Habis Big Red Strawberry terus ke Taman Sedia. Ingat nak makan scone, ramai orang pulak. Last-last pegi makan durian dekat sorang akak berniqab tu. Durian daun kata dia, memang sedap dan elok isinya. Next ke Tanah Rata sekejap sebelum check in di Hotel Casa De La Rosa.
Kena jam masa nak ke sana dari Tanah Rata. Polis suruh ikut lencongan alternatif Jalan Tengkolok area Cameron Jaya sana. Aku ingat tak jam lah dah masuk jalan lain... sama jugak traffic jamnya. Nasib baiklah tak jauh takde lah rasa lama sangat.
Casa De La Rosa ni aku ambik untuk dua malam. Rezeki dapat bilik paling hujung corner lot yang boleh access dengan tangga. Jadi aku pun parking kereta tepi tangga tu, tak payah lalu lobby hujung sini kalau nak ke mana-mana.
Tak ingat pulak nak amik gambar dari sudut ni... thanks booking.com bagi pinjam😆Bilik aku yang 1st floor niBilik dia memang terlebih luas untuk family kecik aku ni. Sungguh selesa dan view dari balkoninya pun cantik. Ada banyak bunga-bungaan sekitar hotel ni. Berehat sakan maklumlah letih jugak pegi Big Red Strawberry tadi.
Lewat petang sikit depa ajak pi makan di Highlands Steamboat Cheese and Grill kat Rainbow Garden Center yang famous tu. Ni cawangan ke 2, yang pertama di Cameron Jaya kawasan yang aku kena jam tadi tu. Katanya sini banyak pilihan dan lebih meriah.
Sebelum ni asyik di Steambot Snack Corner je, jadi kali ni ubah selera. Walaupun tempat ni agak tersorok, tapi ramai betul orang. Ada pulak rombongan bas Cik Kiah... bising kot rombongan ni, sabor ajelah.
Best, memang terbaiklah steamboat dan grill kat sini. Macam-macam ada, makanlah selagi terlarat. Berbaloi bayar RM150 termasuk tambahan cheese dan kuah dua jenis iaitu tomyam dan sup. Lagi best sebab ownernya Muslim. Hidup BMF.
Alhamdulillah. Balik ke bilik dengan perut kenyang dan hati pun senang😅
2 comments:
Lama betul tak ke CH.. Makin cantik & menarik dari dulu
Betul tu
Post a Comment