Saturday, October 3, 2020

Cuti Cuti Malaysia Day 4 : Port Dickson - Cameron Highland

3 September

Hari ni dah nak kena balik. Jadi sarapan lebih awal dari semalam sebab cadang nak pusing-pusing area chalet ni dengan basikal. Awal pun kesudahannya lama jugak sebab enjoy sarapan yang banyak ni haha. Kena cepatlah pukul 11 dah kena check out.

Semalam dah makan kat area luar, hari ni kat dalam pulak la. Sini masih banyak meja kosong


Kat lobi. Penjarakkan sosial. 

Take away breakfast pun ada



Nak mencuba ambiklah 2 basikal single dan 1 basikal double (1 basikal 2 orang kayuh tu). Sewanya total RM40 untuk setengah jam. Seronok jugak berbasikal kat tempat ni, tengok view laut. Pergi sampai ke tempat paling hujung iaitu presidential suite sana. Setengah jam tu rasa kejap benor.

Belah kiri tu tempat sewa basikal


Balik ke bilik 125 kejap sebab aku nak tukar kasut



Habis mengayuh naik buggy semula untuk ke bilik. Nasib baik betul datang bercuti masa ni. Orang tak begitu ramai, buggy pun senang dapat


Lepas check out, naik kejap ke tingkat atas main building. Nak tengok tengok view dari atas sana. 

Seterusnya terus menuju ke  Cameron Highland pulak destinasi kegemaran semua. Arif bawak kereta dari PD hingga ke Tapah dan Nabila pulak sambung sampai ke Tanah Rata. Alhamdulillah lega aku boleh berehat sentiasa di belakang. Hehehee

Masih dalam keraguan samada nak tidur di Tapah atau terus ke Cameron kerana hari dah agak lewat, sempatkah nak naik ke atas sana?
 


Dalam perjalanan singgah beli sate Kajang kat R&R. Asal lalu aje area ni, terasa aje nak beli sate ni. 

Walaupun ada hujan sikit-sikit, akhirnya kami buat keputusan teruskan ajelah naik ke atas dengan harapan tiada sebarang kesesakan. Ini kali pertama ke Cameron ikut Tapah, selalunya ikut Simpang Pulai. 

Mula-mula lancar. Lepas sikit Tapah tetiba ada traffic jam sampai tak bergerak langsung. 20 minit ada rasanya. Alamak!!! Ada lori melintang kata penunggang motorsikal yang lalu bila ditanya. Dekat aje dengan Tapah, kalau nak patah balik pun tak rugi apa-apa. Semua orang dok berbolak-balik. Dapat idea apa kata tunggu sekejap lagi. 

Alhamdulillah, menunggu beberapa minit, dah boleh jalan. Lepas aje area sangkut tadi lancar perjalanan sampailah ke Ringlet dan seterusnya Tanah Rata. Masa ni aku belum book sebarang hotel, cadang nak walk in aje sebab aku tengok ada banyak lagi hotel di Tanah Rata dan Brinchang.

Singgah makan kejap kat Hot D Kitchen dalam satu medan selera. Macam macam gerai ada di sini. Masa ni dah malam dan hujan agak lebat. Boleh tahan rasa menu dia, harga pun berpatutan.

Medan selera ni dah dekat nak sampai Pekan Tanah Rata, sebelah kiri dari jalan besar kalau datang dari Ringlet sebelum simpang ke kanan nak ke Herritage Hotel

Chicken Chop dan laici kang ni memang favourite Nabila

Sambung lagi perjalanan ke Brinchang sebab depa google ada beberapa hotel area ni. Bagi aku hotel budget pun dah berbaloi sekadar untuk tidur aje. 

Pilih punya pilih akhirnya check in di Hotel JP Budget Hotel di Brinchang pada harga RM84.80 total untuk family room selepas menggunakan shopback. Harga asal RM93. Paling murah jumpa kat tengah pekan Brinchang untuk malam ni. Bersih bilik dia.  

Bagi yang belum ada app shopback ni, bolehla download kat play store. Sebelum buat pembayaran tu, buka dulu app shopback dan cari app yang nak digunakan lalu bayarlah macam biasa. Kat situ ada traveloka, agoda, booking.com dan lain lain. 

Tekan Link ni. Masukkan Code shopback : amWMtu masa download app tersebut.

Ni contoh duit yang aku dapat balik sebab guna app tu. RM8.20. Dia bagi ikut percent.


Jomlah kita tido dulu

Terlebih sejuk pulak suasana malam ni maklumlah hujan. Bermalamlah kami di sini sementara menunggu esok hari.

No comments: