Sunday, November 26, 2023

Pakistan Road Trip - Day 13

1 Oct 2022

Islamabad  

Dah makan tahun entri ni tersimpan dalam draft. Kena selesai buang laa walaupun 2023 ni tak kemana.

Alang-alang dah ada kat Islamabad ni kenalah melawat apa yang patut. Tak macam tempat sebelum ni cuaca tak lah sejuk. Just nice dan tak perlu pakai sebarang jaket. 

Baru keluar dari hotel... Mumtaz City ni macam kawasan perumahan yang agak mewah

Pusing pusing ternampak KFC. Tapi KFC yang kami jumpa ni tak boleh dine in. Kena bungkuslah nampaknya. Sekali kat depan KFC tu kami nampak ada kedai jual teh tarik atau cai. Ini sudah bagus. Maklumlah minum cai sebelum ni pun kami kagum dengan kesedapannya. Confirm lebih sedap dari teh tarik mamak, maklumlah penyediaan teh yang complicated kut. Siap kena guna cawan seramik yang dibakar sampai membara. Bukan biase-biase😃 

Enjoy betul lepak- lepak kedai ni.

Tu dia cai spesel sudah mari




Selesai makan kami ke destinasi berikutnya iaitu Masjid Faisal yang terkenal di Islamabad ni. Besar dan nampak gah betul masjid ni. Orang pun ramai datang melawat. Masa nak masuk tu kasut kena tinggal kat tempat khas yang berbayar. Tapi yang bestnya penjaga tu tanya kami dari mana. Jawab Malaysia terus dia cakap free. Our friend katanya. Aku nak bagi duit dia tak mau jugak😂

Masjid Faisal ni adalah National Mosque Negara Pakistan. Ianya merupakan salah satu masjid yang terbesar di dunia

Ruang solat utama. Masjid besar ni mempunyai kapasiti 300,000 orang jemaah. Ramai tu 


 Gambar ni diambil dari atas tempat solat wanita 



Laluan berbumbung untuk naik ke ruangan solat utama

Kami menyempurnakan jamak zohor dan asar di sini. Memang ramai pelancong dan budak-budak sekolah. Meriah betul masjid ni. Memang seronoklah datang masjid ni.

Design masjid yang menarik. Abis solat semua sebelum balik kami berfoto foto di bahagian depan masjid pulak


Tepi masjid sana sebelah parking ada beberapa gerai makanan. Takde gambar pulak... semuanya dalam video aje depa simpan. Salah satunya gerai jual gol gappa ni lah.

Makanan ni dipanggil Gol Gappa di Pakistan atau Pani Puri di India. Famous ni, tu yang Nabila ajak cuba. Tak begitu ngam dengan aku, sebab kuah dia yang masam tu. Kalau tengok dalam Youtube India punya cara jual ni memang confirm tak lalu punya sebab semua guna tangan hahaha. Ni Pakistan style jadi ok la

Keluar dari masjid depa ajak pi shopping center pulak. Terus segera menuju ke Centaurus Mall yang terkenal di Islamabad ni. Boleh tahan lah Mall ni walaupun tak gah macam di KL.

Bergambar dengan burung kakak tua



Makan-makan di food court

Suasana senja Centaurus Mall

Jom balik

Habis mall ni dah tak ke mana lagi terus balik ke Guesthouse.

2 comments:

Mulan said...

Best nya baca road trip ni. Hope dapat sampai sana jugak nanti. Makanan memang nampak sedap.

said...

Nnt sampailah tu. Pergi masa spring ke