Friday, August 30, 2024

Throwback Kijal

6 & 7 Feb 

Lawatan ke Kijal yang terletak dalam daerah Kemaman ini sempena Nabila outstation. Jadi ada peluang kami pun join ajelah. Haikal tak dapat nak turut sama sebab ada kelas di IIUM sana.

Jarak Kijal dengan tempat tinggal kami ni dalam sejam setengah lebih kurang. Takdelah jauh mana.

Pulau Ular dan Pulau Lang. Air laut masa ni cantik betul

Bertolak agak lewat dan dalam perjalanan singgah dulu kat pantai area Sungai Ular ni. Berdekatan dengan Lis Na Ree Resort. Dulu kami pernah menginap di sini selama 2 malam. Pantai dia bersih. Masa tu cuma ada camping ground aje, sekarang nampak makin cantik dan parking pun dah berturap. Petang petang ada gerai lagi.

Ni foto Lis Na Ree Resort yang pergi dulu 


Sekejap aje sini teruskan perjalanan ke Pantai Penunjuk Kijal. Setibanya di sini terus pasang meja kerusi camping dan makan makan dulu kat sini. Memang sedaplah makan nasi bekal dengan suasana macam ni. Walaupun pun tengahari tapi banyak angin dan redup sebab banyak pokok.

Lepas makan kami temankan Nabila yang ada urusan di kawasan industri Telok Kalong. Selesai kerja kami datang semula ke pantai yang sama tapi sebelah sungai dan batu batu besar. Yelah masa datang tadi tengahari, nak lah enjoy view petang pulak.
 
Cantik bersih pantai ni. Sungai yang bersambung dengan hujung pantai ni pulak lawa sungguh dan sangatlah jernih airnya, kebetulan pula kami sampai masa ni. Memang mantaplah.


Puan aje ditulisnya. Bukan kena tulis puang ke dah alang-alang Ganu hehehe

Singgah solat kat surau nelayan
dan minum minum  kat gerai Kopi Penunjuk di sebelahnya 



Jeti nelayan di sungai 

Ada budak budak mandi sini. Memang selamat tempat ni sebab air cetek aje hujung tu




Sungai ni nampak jernih berkaca. Time ni 5 petang

Pantai Penunjuk Kijal


Masa ni dah dekat nak maghrib. Bilik belum dapat. Nampaknya chalet harga patut semua dah penuh. Cari punya cari jumpa Homestay Balkis yang dekat dengan laut dan tinggallah kami semalaman di sini. 

Rumah ni ada 2 bilik. Aku bagi rating 3/10 kat homestay ni. Sebab walaupun serba cukup malah ada lebihan toto dan bantal tapi kurang bersih. Rumah nampak usang dan tak macam ready untuk menerima tetamu. Hari pun dah malam.  Sabor dan tidur ajelah.

 Apapun view sini memang best. Gambo gugel je ada

Untuk makan malam kami bertiga ke Restoran Acu Try Test. Suasana kedai ni luas dan lapang. Kami try order goreng goreng. Rasa makanan sederhana. 

 Pondok belakang homestay. Lepak sementara menunggu owner hantar kunci

Esok tu lepas check out kami ke kawasan industri semalam untuk urusan Nabila sekejap. Waktu lunch kami tapau makanan terus ke Pantai Kijal buka meja kerusi dan makan. 

Berehat rehat santai sini dulu lepas makan. Best banyak angin. Setelah itu baru sambung sekali lagi kerja Nabila dan terus gerak balik. 

Semalam piknik hari ni piknik lagi



Dekat nak sampai Batu Hitam, Haikal call bagitau kelas dah habis dan ajak makan. Jomlah... ayah turutkan aje. Jumpalah kami semua dengan Haikal di sana.

Nippon Sushi Kuantan 

No comments: