11 & 12 Feb
Raya Cina macam biasa ada cuti. Nabila dan Haikal dedua cuti jadi depa semua ajak pergi Terengganu lagi.
Minggu lepas ke Kijal minggu ni ke Paka. Paka ni terletak dalam daerah Dungun. Kawasan ni terkenal dengan aktiviti oil and gas. Sama jugak macam Kerteh. Dari Kuantan akan jumpa Chukai dulu kemudian Kijal, Kemasik dan Kerteh lepas tu Paka.
Suka depa datang Terengganu ni walaupun Kuantan pun punya pantai pantai yang cantik dan bersih macam Pantai Kempadang, Sepat, Teluk Sisek, Tanjung Api, Batu Hitam, Pelindung dan lain lain lagi yang kerap kali dikunjungi.
Dari Kuantan terus menuju ke destinasi. Tapi sebelum tu kenalah singgah Pantai Mok Nik atau Monica Bay ni dulu. Pantai ni yang paling dekat dengan sempadan Pahang selain Pantai Chendor iaitu sebelah Cherating. Banyak kali dah sampai Cherating ni. Nanti rajin rajin buat entry throw back lagi.
Pantai ni kelebihannya sangatlah redup sebab ada banyak pokok. Depa tanam pokok rapat rapat sepanjang pantai. Angin pun sentiasa ada malah terlebih kencang. Jualan makanan pun meriah.
Pergi Terengganu minggu sebelum ni tanpa Haikal. Jadi kami pun bawaklah Haikal tengok Pantai Penunjuk Kijal, nak tengok anak sungai yang cantik tu. Sungai ni pernah viral baru baru ni.
Akan tetapi kali ni kurang cantik sikit dari sebelum ini. Mungkin air pasang surut ada kena mengena dengan anak sungai ni.
Lepas rehat di bilik kejap, mai layan view sementara nak gelap. Kalau peminat surfing suka ombak besar macam ni.
Untuk makan malam kami ke medan selera berhampiran. Tak ramai yang buka gerai malam ni.
Sampai pagi pun angin tetap kencang. Jadi Haikal tak berani nak naikkan drone tinggi tinggi.
No comments:
Post a Comment