3 & 4 Jun
Nampaknya family aku ni nak ke Terengganu lagi. Tapi area yang dekat dekat jelah. Cuti pun sekejap. Kalau anak anak ada cuti banyak hari bolehlah lajak atas sikit. Kunjungan ke Terengganu selama ini tak pernahnya ada itinerary, main hantam aje.
Rajin wife aku ni, siap masak bekal lagi nak mai piknik sini. Haha. Aku sebagai bapa dan suami mithali follow je. Lagipun duduk belakang tak payah drive. Semua depa.
Dalam 11 pagi macam tu gerak dari rumah. Dah tengahari sampailah kami semua ke Pantai Teluk Kalong ni. Terus buka meja kerusi.
Ayuh anak anak kita berkelah dulu.
Makan nasi menu sambal ikan sembilang, lagi lagi tepi laut macam ni memang awesome. Padu. Ikan sembilang ni kalau buat kari pun sama sedap jugak.
Tapi tak kira sedap macammana pun, bagi Haikal yang kurang berkenan dengan nasi ni dia sanggup singgah beli mee rojak dan makanan lain. Sampai hati dia tak pandang menu favourite kami bertiga ni. Haha.
Dah habis lunch lajak ke Pantai Penunjuk Kijal pulak. Sampai sini wajiblah terus ke jeti nelayan hujung sana. Suka depa view tempat ni.
Aku dah tak ingat apa lagi aktiviti yang dibuat selepas solat zohor tu, yang aku tahu tup tup makan pulak lagi kat tepi pantai ni. Dengan angin yang sepoi sepoi memang santailah.
Dah dekat nak malam baru nak cari hotel. Ada beberapa bilik yang Nabila call. Dapatlah OYO hotel, tepi jalan besar. Bangunan 2 tingkat. Family room RM100.
Bilik selesa tapi malangnya tak kalis bunyi. Bila tengah malam aku dengar suara baby menangis. Lama jugak. Siap ada dialog lagi yang suami dia asyik kejutkan wife dia suruh tengokkan baby. Kering hati betul wife dia ni tak mahu bangun, tak kesian ke kat baby tu. Lama kot nangis.
Depa ni selamat aje tidur, musykil aku. Sekali aku bagitau wife aku terus diketuknya dinding bilik sebelah tu. Dinding tu pun rupanya bukan batu. Hahhh lega lepastu elok je senyap dah.
Esoknya lepas check out terus pergi makan di Restoran dekat Kuala Kertih ni. Belum tengahari tapi menu dah penuh. Bagus. Popular gaya kedai ni.
Lepastu pergi rilek rilek jamu mata dekat sungai dan laut cantik Kuala Kertih ni. Jalan kaki sampai hujung tanjung, port orang mancing ni.
Next depa ajak ke Menderu Waterfall. Tak jauh katanya jadi jom lah. Sebelum tu singgah solat di satu surau berdekatan. Sampai aje air terjun tu semua orang terkejut. Nahhh hai parking jem. Banyaknya kereta. Walaupun takde parking, depa ni turun jugak pergi tengok suasana air terjun alang alang dah sampai.
Sekali lagi terkejut tengok ramainya orang kat sini. Air pun cetek. Huhuhu.
Jadi patah balik dan menuju ke Kuantan. Terus ke Santai di Kuala Kemasik. On the way tu singgah pantai di sebelahnya kejap.
Jom kita makan celup celup tepung dulu bersama ABC. Rangupp aje.
Tempat ni nama Kemaman Waterfront.
Dekat nak sampai Kuantan depa singgah Pantai Balok pulak. Saja nak tengok suasana pantai yang baru habis Pesta Layang Layang katanya.
Luas sungguh pantai ni. Haikal pun dah beberapa kali buat family day kat sini dengan kelas dia. Selesa dan lapang. Memang sesuailah.
Usai Pantai Balok terus balik rumah.
No comments:
Post a Comment