Saturday, January 22, 2011

Outstation - Meeting with Valve Manufacturer

Coronade Hotel Bukit Bintang

Walaupun tajuk macam pasal urusan kerja, tapi aku pun konfius jugak sebab gambar yang ada selalu macam aktiviti makan angin aje. Ishhh konfiusnya haku.

Kali ni meeting dengan supplier valve pulak. Check in kat Coronade Hotel sebelah Lot 10 dan depannya pulak Sungei Wang Plaza. Lenguhlah kaki aku meronda dengan depa ni kat dua-dua shopping centre ni. Shopping centre ni pulak udah macam kat negeri China.....maklumlah dah dekat CNY.


Pasal Coronade pulak, inilah kali pertama aku mandi kolam yang buat kami semua menggigil sejuk. Tu lah akibatnya kalau kolam renang dibina di bawah tempat berbumbung dan tak de cahaya matahari.


Area National Geographic...sempat jugak sampai ke Mesir dalam Lot 10 ni 

Lobi hotel

Kolam ni kosong aje takde orang nak mandi. Aku je yang suka mandi sebab kecil kecil dulu aku memang suka mandi parit dan sungai



Aku nak tergelak pun ada tengok gelagat bebudak ni mandi terutama Haikal. Dia ni kalau pasal mandi memang tak tahan sejuk, tapi nak mandi jugak. Apa yang dia buat asyik-asyik rendam sekejap lepas tu cepat-cepat naik dan berlari-lari pergi mandi shower air panas kat sebelah kolam. Bila badan dia panas sikit, masuk balik. Ulang lagi sampai banyak kali.

Tak cukup tu depa siap rembat pelampung kepunyaan hotel untuk guna kat situ...lagipun tak de siapa pun yang tunggu.

Sunday, January 16, 2011

Outstation - Meeting with Cable Manufacturer Company

Royale Bintang Hotel

Kali ni ada meeting dengan Cable Manufacturer Company. Pergi awal satu hari sebab emak aku nak menjenguk rumah Hadi di Bandar Mahkota, Cheras. Kebetulan mak aku ada kat rumah jadi aku ajaklah sekali ke KL. Maka tidurlah kami semalam kat rumah Hadi ni, sambil melihat gelagat si Nisa yang banyak mulut tu.

Sibuk depa ni main game

Haikal ni kaki tak sampai pun tak nak mandi kolam kanak-kanak. Sanggup pegang dinding aje.





Esoknya baru kami check in kat Royale Bintang macam biasa. Tidur semalam saja, dan esoknya lepas meeting kami pun bertolak pulang. Hujan lebat sepanjang jalan, sampai nak keluar kereta pun payah. 

Sempat jugak singgah makan kat Restoran Atap keluar dari exit Bidor. Alahai......cokia habis restoran ni, makanan pun tak berapa sedap. Lapar punya pasal belasah ajelah.

Jalan Jalan Makan Pagi

Ni le Kampung Matang.......antara tempat makan kegemaran aku sekeluarga. Hari cuti suka jugak kami datang sarapan kat sini. Walaupun ala ala kampung aje, tapi makanan paginya sedap jugak. Menu spesel biasanya nasi putih dengan kari ikan, mee kari, mee rebus dan macam macam la.

Tepi sungai dan pengkalan ikan......lepas makan biasanya aku suka pergi menjenguk tempat jualan ikan tu. Kalau nasib baik ada la banyak ikan dan makanan laut yang fresh. Puas hati ler kalau dapat beli benda fresh ni.....makan pun rasa sedap.




Kadang-kadang tengok orang naik motorbot kat sini, teringin jugak aku nak merasa....tapi ntah-ntah keluar kat tepi pun aku dah sesat....maklumlah aku mana ada skill jadi nelayan, walaupun ayah aku dulu nelayan. Belajar kat asrama punya pasal.....habis ler semua skill ni. 

Wednesday, December 29, 2010

Makan Kenduri @ Kuala Kangsar

Akhirnya sampai jugak jodoh member aku Azizi ni...pada usia 43 Tahun. Tahniah le. Maka sabtu lepas aku pun ke Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar untuk menghadiri kenduri member aku ni. Lama benor rasenya teman tak ke kuale. Udah lebih 5 tahun agaknye. Lewat jugak aku bertolak...pukul 12 lebih. Konvoi dengan keluarga Asri member aku kat Kencana HL.

Terasa jauh la pulak Kuala Kangsar ni. Tak susah nak cari rumah kenduri ni sebab sini tempat lepak aku masa zaman persekolahan dulu. Mana taknya dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 aku di sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar. Habis dah seluruh pelusuk bandar diraja ini telah aku jelajahi.

 Kenduri ni siap ada cendol dan laksa kuala lagi...


Selesai makan kenduri aku pusing pusing bandar KK. Singgah lepak kat tepi sungai sambil mengimbau kembali kenangan dulu dulu dan cerita sikit sikit kat budak budak ni  tentang asal usul tempat ni..subjek sejarah le pulak..


Ni Sungai Perak, seberang sana pulak Sayung...dulu dulu selalu ada lumba perahu, sekolah aku Clifford dengan MCKK. Selalunya sekolah akulah menang, budak MCKK ni anak anak orang kaya...mana larat nak kayuh perahu. Sini jugak kalau harijadi Sultan Perak selalulah ada pertandingan perahu berhias, konsert Battle Of The Band dan fun fair. Sanggup budak budak Clifford curi curi keluar sebab nak tengok konsert. Kalau kena tangkap dengan cikgu memang nahas le jawabnya.


Yang jauh warna putih tu Jambatan ke Sayung...dulu sebelum ada jambatan ni orang yang nak ke Sayung semua kena naik bot. Selalu jugaklah aku dengar ada orang mati lemas kat sini. Kebanyakkannya dikatakan lemas di "Lubuk Mak Anjing" yang kononnya berpuaka. Baru baru ni abang kepada kawan aku ada mati lemas kat sini. Mayatnya beberapa hari baru ditemui. Innalillah.


Satu lagi yang famous kat KK ni mestilah laksa kuale. Dulu dulu gerai je tapi sekarang dah bina medan selera yang lebih teratur sebelah jambatan sungai Kangsar. Adalah menurut sejarah dulu secara ringkasnya asal usul nama Kuala Kangsar ialah "Kuala kurang Sa" yakni 99 anak sungai yang mengalir dari hulu Perak hingga ke muara sungai menuju ke laut .Tidak cukup satu untuk genap jadikan yang ke seratus. Maka di panggil "Kuala kurang Sa" hingga menjadi Kuala Kangsar. Tapi ada pula versi lain yang mengatakan namanya di ambil dari pokok kangsar. Wallahualam..


Ini pulak jam besar kat KK. Dulu dulu masa kat asrama Clifford kalau sapa sapa bertengkar dan orang tu tak mau mengalah, kita kata la kat dia...'ye lah kau menang, kau ambik le jam besor...' 


On the way balik sempat aku singgah kat Lata Ulu Kenas. Depa semua tak pernah sampai sini lagi. Tapi menyesal le pulak tak bawa pakaian mandi. Cuaca elok dan air pun nampak jernih. Nak lepas gian basuh kepala dengan kaki je lah...




Ada lagi....tak berakhir kat sini. Dekat nak sampai singgah pulak 'kedai terbakar' kat Ayer Tawar. Beli kain lagi untuk buat cadar pulak...