Tuesday, November 19, 2019

Teluk Cempedak Kuantan

17 &18 August

Ke Gambang lagi. Kali ni untuk menghantar semula Arif Haikal yang bercuti selama seminggu sempena Aidil Adha. Perjalanan aku sekarang ni dah makin lega semenjak depa berdua dah berlesen... ada je yang offer nak jadi driver ganti hehehe.

Nabila buatkan durian crepe ni pagi pagi buta nak jamu adik dia... baiknya kakak

Macam biasa la depa ni kalau travel tu ada aje idea nak singgah merata tempat. Kali ni depa ajak singgah di air terjun Batang Kali. Tak lah sukar sebab tepi jalan aje dengan laluan ke Jalan Genting Sempah. Boleh tahan jugak tempat ni. Seronok mandi manda kat sini. Air jernih, cuaca baik dan matahari bersinar terang. 


Air Terjun Batang Kali yang dingin dan nyaman
Habis mandi-manda sambung semula perjalanan sehinggalah sampai ke R&R Gambang. Semua orang pun dah lapar. Last makan kat air terjun tadi itupun ringan ringan je. Nampak ada menu patin tempoyak, apa lagi teruslah order. Sedap rasanya... ni belum kat restoran yang famous lagi nih, mesti lagi terangkat punya. 


Semangkuk ni RM12

On the way ke Kuantan tu, singgah dulu di airport. Survey dan nak tunjukkan kat anak aku apa yang patut kalau kalau dia nak naik flight sekali sekala. Kecik dan serba mudah nampaknya airport ni. Tak sesat punyalah... InshaAllah.


Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah

Untuk penginapan pulak aku book di Teluk Cempedak, maklumlah ni peluang nak merasa tempat ni yang taklah jauh dari Gambang. TC Bed and Breakfast jadi pilihan. Biliknya agak lama kira cukup makan aje. Mungkin sepadan dengan harganya kot. 


Suasana depan motel


Apapun Teluk Cempedak ni memang best. Waktu malam memang meriah dan menarik. Jarang aku jumpa pantai sebegini hidup malam-malam macam ni. Orang pun ramai dan seronok untuk bersantai-santai.

Ada pertunjukan main api


Sewa bangku angin ni RM10 tak silap aku

Melepak sambil merenung bulan sampai terpejamlah kiranya... letih dohhh

Mari anak anak kita balik tidur... mata bapak dah tak tahan sangat dah ni

Esok paginya sarapan pagi di KFC tepi laut ni. Sedap jugak sarapannya. Dah kenyang apa lagi merayau-rayau la sekitar pantai termasuk ke sebelah kirinya yang ada trek / jambatan panjang melintasi hutan bakau. Menarik jugak boleh berjalan sampai ke penghujungnya kalau kuat la😅 

Suasana pantai Teluk Cempedak ni agak sunyi pagi-pagi Ahad rupanya. Beza pulak kat tempat aku Teluk Batik biasa pagi cuti lagi meriah. Malam-malam biasa aje.

Ni kedai yang aku makan malam tadi... biasa je rasa makanannya

Dalam KFC



Tepian pantai berhampiran Hyatt Regency


Nice view

Trek ni memang panjang... ada yang berbasikal di laluan ini





Dah beso pun seronok main belon ni ye anak-anak

Lepas check-out terus menuju ke Gambang. Singgah seketika di taman tepian Sungai Kuantan. Tempat ni pun best jugak dan viewnya menarik. Habis tempat ni terus gerak ke CFS dan singgah sebentar di Taman Tas, beli barang-barang untuk anak aku ni.
  
Taman tepi sungai yang agak menarik



Selesai semuanya kami pun menghantar Arif Haikal ke CFS dan mengucapkan selamat tinggal. 

Monday, November 18, 2019

Teluk Senangin 2019

27 & 28 Julai 

Rasanya cukup nisab dan haul dah ni, nampaknya semua orang nak kena pi Teluk Senangin😁. Jadi timbullah idea nak ke tempat special ni bagi mencapai KPI bagi tahun 2019 ini. 


Sehari sebelum tu Arif ni pulak tetiba aje call bagitau nak balik rumah sebab ada cuti apa entah selama 5 hari. Riuhlah jugak sekejap pasal beli tiket bas lah lah grab lah ehhh macam macam lagilah. Ditambah pulak kerisauan maknye lagi, maklumlah first time dan jauh pulak tu katanya. Tak nyenyak  tidur mak dia malam tu nak tunggu anak sampai. Adeh.

Berbalik kepada Teluk Senangin tadi, sama je chalet pilihan kami tak move on lagi nampaknya dari Chalet Kamal Haji Zaman. Nanges pokcik.

Seronoknya menghabiskan masa bersama ahli-ahli keluarga. Sementara diberikan oleh Allah umur dan kesempatan seperti ini jangan disia-siakan peluang untuk bersama-sama insan-insan tersayang. 

Nampaknya Hj kamal dah improve... sudah tambah chalet baru kaler biru, 2 tingkat lagi 

Tu dia kari ikan plotan dan ulaman... lain lain tu semua beli je. Sebelah malamnya macam biasa la goreng kuey teow, bakar bakar ayam percik dan seafood yang lain. Pagi esok pulak buat nasi lemak dan laksami kuah... fuh terangkat


Kek harilahir tertangguh aku dan Arif ni depa beli dari brader serius katanya... sebab pembuat kek tu kalau tanya sepatah jawab sepatah. Hahahahha. Suka betul depa sebab sedap katanya. Aku ni boleh rasa gitu gitu aje la... manis kan. Nama je kek untuk aku tapi depa yang pulun... cait



Rajin la depa ni pi beli benda-benda merapu bagi meriah sambutan



Durian pun ada maklumlah tengah musim ni

Lalat dah makin berkurangan... Alhamdulillah


Nabila punya penyu haha

Ni apadia pulak






Bahagian sebelah hujung tanjung ni memang lagi cantik... aman aman je depa mandi sini. Sebelah hutan yang hujung tu ada port mancing baik punya... aku dulu pernah la pegi sekali kat sini,  tak tahan aku menunggu. Boring giler rupanya memancing ni terus aku blah balik haha


Tamat sudah percutian di Teluk Senangin bagi tahun ni. Azam aku tahun depan nak try chalet lain pulak. Semoga berjayalah hendaknya hahaha.

Monday, November 4, 2019

Kunjungan Gambang

5, 6 & 7 Julai 


Lama dah tak update blog. Badan pun rasa lega maklumlah dua kali dapat cuti selama 3 hari. Sekali masa Isnin Deepavali minggu lepas, sekali lagi Jumaat 1 November baru ni senpena Keputeraan Sultan Perak. Sanah Helwah Tuanku. 

Anak anak pun  dedua ada kat rumah, Nabila cuti seminggu dan Haikal cuti 3 minggu. Tak pi mana-mana pun dok layan anak anak melepaskan kerinduan  makan-makan apa yang depa teringin di Manjung ni😁. Tapi semalam anak sulong aku dah balik Penang, abis dah cuti seminggu dia.

Kisah 5 Julai. Dah 3 minggu anak lelaki aku sorang ni dok di Gambang. Semua orang pun rindu nak jumpa dia. Apalagi mohle kite ke Pahang. Jadi hari Jumaat aku pun ambik cuti sehari. Dapatla 3 hari 2 malam, berbaloila sikit alang alang dah pergi jauh tu. 

Bertolak awal kali ini. Hikmahnya perjalanan memang lancar dan sampai awal sebab jalanraya langsung tak sesak, lori pun sikit aje. Dekat nak subuh bertolak dan singgah kat Masjid Haji Isa Batu 8 Lekir kalau tak silap aku.

Singgah sarapan kat Medan Selera Kg Selabak. Makan roti canai dan nasi lemak. Tak cukup tu bungkus kuih lagi... Adeh

Suasana jalanraya di pagi hari

Sampai di Gambang dekat pukul 12 tengahari. Pergi ambik Haikal di CFS seterusnya ke pekan Taman Tas sesiap untuk topup barang anak aku ni serba sedikit dan terus makan tengahari sebelom solat Jumaat di Masjid Batu 8 Taman Tas Jaya.


Alang-alang dah sewa homestay yang ada mesin basuh, suruh dia bawak semua pakaian yang nak dibasuh termasuk cadar sekali

On the way tu, anak aku wasap gambar ni nak bagitau dia dah ready nak balik haha

Check in di i-Gambang Homestay. Ok aje nampaknya homestay ni. Lebih kurang sama macam Aleesya Homestay yang lepas. Lengkap dengan pelbagai kemudahan. Cuma mesin basuhnya tu manual. 

Untuk makan malam, kami pergi ke Restoran Thai berhampiran.







Rajin Nabila buat ais krim goreng ni nak jamu adik dia 

Esoknya pepagi lagi depa ajak pi Gambang Waterpark. Dekat aje kira-kira 2km dari homestay. Aku ingat tak ramai sangat orang kat sini, rupanya salah. Bukan main penuh lagi orang yang datang padahal awal lagi ni. Pening pokcik.

Pintu gerbang Gambang Waterpark

Sekali waktu anak aku nak bayar tiket rupanya ada offer tiket masuk RM10 saja, harga asal RM28. Haha... patutlah bukan main meriah lagi. Aku syak yang ramai ni dari kalangan student. Maklumlah Gambang ni kan dipenuhi dengan pusat pengajian.


 Locker room... Google aje ni

Happy dan enjoy nampaknya dapat mencuba beberapa attraction yang ada di sini antaranya Family Raft Ride, Crystal Slide, Galaxy Slide, Kids Slide dan lain-lain. Depa terkilan tak dapat naik 6 Lane Racer sebab tak sanggup nak queue terlalu panjang. 

Bagi aku yang pokcik pokcik ni pulak macam biasala yang paling best Journey of Ice Glacier River. Sewa pelampung dua biji menyusuri sungai. Santai abis. Satu lagi tadah kepala kat air pancur dia,  ni pun wow 😄

Anak-anak aku suka nampaknya dapat makan-makan kat Pizza Time dalam ni. Sedap katanya. Harganya pun berpatutan. Takde gambar yang dapat diambil sebab malas rasanya nak ke sana kemari bawak HP, jadi semuanya disimpan di dalam locker.

Habis Water Park ni dah agak petang terus pulang semula ke Homestay. Makan malam kali ni aku beli aje kat pasar malam taman ni. Beria-ia depa nak beli Fried Korean Chicken. Ingatkan sedap sangat sebab kena tunggu lama beno, sekali biasa je rasanya..  kesian.

Esoknya lepas menghantar Haikal ke CFS, jenuh peluk cium semua, maka kami bertiga pun bertolak balik.