Tuesday, July 14, 2020

Orang yang tak tersentuh api neraka

ORANG YG TAK TERSENTUH API NERAKA
Rasulullah SAW bersabda :
‎ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ - ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - ،ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﻻَ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﻤَﻦْ ﺗُﺤَﺮَّﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ؟ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ : ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻫَﻴِّﻦٍ، ﻟَﻴِّﻦٍ، ﻗَﺮِﻳﺐٍ، ﺳَﻬْﻞٍ
"Maukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya tersentuh api neraka?"
Para sahabat berkata, "Mahu, wahai Rasulullah!"
Baginda menjawab: "(yang Haram tersentuh api neraka adalah) Orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl."
(H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban).
1. Hayyin
Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin.
Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya..
2. Layyin
Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia
3. Qarib
Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara dan murah senyum jika bertemu.
4. Sahl
Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada cara untuk selesaikan setiap permasalahan.
Mudah- mudahan Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang Diberkati Dan Dirahmati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di samping Orang-Orang yang kita sayang.

Tuesday, July 7, 2020

Thursday, May 21, 2020

Berita Terkini : Perak Benarkan Aktiviti Makan Di Restoran, Riadah Di Taman Rekreasi

IPOH: Perak menarik balik larangan aktiviti makan di premis atau ‘dine in’ di restoran atau kedai makan seluruh negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), berkuatkuasa serta-merta.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, walau bagaimanapun ia terpulang kepada pemilik premis berkenaan sama ada membenarkan ia atau tidak.
“Saya ingin maklumkan, kita dah boleh benarkan para pengusaha premis makanan seperti Restoran Nasi Kandar Vanggey dan Restoran Tauge Ayam Lou Wong untuk beroperasi secara ‘dine in’ atau makan di dalam restoran.
“Tetapi, keputusan sama ada untuk benarkan pelanggan makan dalam restoran atau tidak, adalah terpulang sepenuhnya kepada para pengusaha.
“Sekiranya mereka telah bersedia untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan, bolehlah benarkan. Jika belum bersedia, eloklah tangguhkan dahulu,” katanya.
Dalam pada itu katanya SOP yang harus dipatuhi di dalam restoran adalah termasuk penjarakan sosial, menghadkan bilangan pelanggan serta mendapatkan maklumat diri setiap daripada mereka sebelum masuk ke premis.
Selain itu ujar beliau, kerajaan negeri turut mengumumkan pembukaan semua taman-taman rekreasi awam yang ditutup sebelum ini.
“Bagi orang ramai yang rindukan aktiviti riadah di taman-taman rekreasi awam pula, saya umumkan ia akan dibuka semula kepada orang ramai berkuatkuasa serta merta.
“Begitu pun, orang ramai diingatkan bahawa mereka wajib mematuhi SOP ketat norma baru khususnya mematuhi penjarakan sosial sewaktu beriadah di taman rekreasi awam,” katanya.

Thursday, February 13, 2020

Pantai Batu Hitam Kuantan

26 - 28 Jan 2020

Nak kena hantar Arif Haikal ke Gambanglah nampaknya sebab cutinya selama 3 minggu dah tamat. Ni kira semester last lah anak aku ni kat CFS. Kakaknya pulak cuti semester sebulan, jadi lengkaplah sekeluarga. Alhamdulillah. Cantiklah kalau ada ramai driver gantian😄. Lama dah tak mai Pahang ni.

Untuk penginapan kali ini aku memilih tinggal selama 2 malam di Pantai Batu Hitam. Apartment pilihan adalah Zara Suite, TimurBay Seafront Suites & Residence.

Perjalanan lancar aje, maklumlah hari Ahad jalan belum sesak lagi. Tunggu Isnin kalu, baru tau sesak ke tak sesak bila warga kota pulang semula dari cuti CNY. 

Macam biasalah, otw tu singgah merata termasuk makan pagi kat medan selera Lekir, cendol kat Batang Kali dan yang paling wow, singgah makan patin tempoyak yang famous di Temerloh 👍👍

Anak-anak aku pantang nampak cendol nak aje menyinggah

Restoran Go' Bang Maju Temerloh ni memang ramai orang padahal dah pukul 5 petang... ada baca kata cawangan dia ada di Bangi dan Sri Rampai

Meletop. Kuah dia style pekat. Memang sedap rasa dia. Satu mangkuk ni RM12. Ada orang suggest Patin Bangau tapi masa aku lalu depa dah tutup

Singgah merata punya pasal, dah gelap baru sampai apartment. Check in tak sukar, ownernya hantar parents dia bagi kunci dan terangkan cara nak access masuk. Memang comel, bersih, kemas dan cantiklah apartment ni. Semua orang suka.


Deko yang menarik hati

Ada TV pun tengok gitu-gitu aje, adakah aku telah mencapai tahap percutian ala-ala mat saleh yang request tv diremove dari bilik? 😅

Dapur yang lengkap

View dari tingkap dapur

Paginya kami ke CFS. Tujuannya sebab wife aku ajak beli makanan serta minuman tambahan Haikal kat Taman Tas, jugak nak tengokkan bilik dia dan tolong susun apa yang patut. Aku tengok banyak jugak wife aku beli barang untuk anak aku ni. Udah mcm supermarket kecik nampaknya🤣🤣. 

Ni kira kali kedua la masuk bilik dia lepas setengah tahun lebih dia duduk sini, hahaha. Tu dia Haikal, bilik dia kena inspection dengan warden asrama 😇


Cantik viewnya

Suasana malam  agak sejuk dan sangatlah banyak angin

Santai nampak

Makan malam restoran depan apartment. Ikan masak stim dia sedap jugak

Makan pagi kedai depan apartment jugak... senang jalan kaki aje

 Keropok ni depan apartment

Suasana apartment ni memang menarik. Cuma kolamnya tak begitu jernih, agaknya sebab ramai orang datang sempena CNY. Lagi satu seram jugak kami nak beria-ia mandi maklumnya sekarang ni tengah heboh pasal  coronavirus. Ntahlah kebelakangan ni makin takut kami bila nampak geng ni, rasa macam nampak virus aje 😅

Macamanapun nak merasa, hari last tu sebelum check out mandilah juga kat pool sini, sambil mengelak-ngelak bila nampak depa datang dekat.





Suasana tepi pantai

Pantai sini memang luas dan panjang. Kami tak mandi pun

Habis mandi naik bilik kemas apa yang patut dan terus gerak. Singgah sana sini makan pizza bagai last last lewat petang jugak baru bertolak balik dari CFS. Selamat tinggal anakku... sampai jumpa lagi.

Alhamdulillah, perjalanan pulang pun lancar aje, maklumlah kebanyakan wargakota dah pulang semalam. Selamat.