Lama dah tak pegi hotel yang ada nama aku macamni
Sunday, September 27, 2020
Cuti Cuti Malaysia Day 2 : Lexis Hibiscus Port Dickson
Thursday, September 24, 2020
Cuti Cuti Malaysia Day 1 : Semalam di Kuala Lumpur
Seharusnya kalau ikutkan plan asal ada ler niat nak ke oversea bulan Ogos ni. Last pergi Japan awal tahun Februari 2019... lama benor dah tu. Namun manusia hanya mampu merancang. Covid 19 pun belum reda sepenuhnya.
Sempena cuti hari kebangsaan ni cantik jugak kalau cuti ni disambung untuk cuti-cuti Malaysia. Untuk hari pertama ni kita bermalam dulu di KL.
Lancar aje perjalanan hari ini sebab bertolak awal pagi, orang pun dok sambung tido agaknya sempena cuti merdeka. Singgah makan pagi dulu kat Pasar Tani Lekir sekali lagi. Ni dah kali ke 3 makan kat sini. Macam merosot aje tempat ni dengan pilihan makanannya yang makin susut, nampaknya kena cari tempat lainlah lepas ni.
Sampai KL terus depa ajak pi Time Square. Alamak hazab jugak nak dapat parking kat tempat ni, entah berapa kali punya pusing la, baru nak dapat parking. Aku tak le minat shopping centre macam ni, layankan aje anak-anak tu. Bapak misali lah katakan.
Habis Time Square terus ke penginapan pertama kali ni iaitu Saba Suite at Platinum KL. Ratenya RM152 semalam. Ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Agak murah untuk suite ini aku rasa. Maklumlah musim Covid macam ni.
Kampung Baru dari apartment. Patutlah ada aje politician berusaha keras nak jual tanah Kampung Baru ni. Tak tahan depa tengok kampung yang tersepit dicelah-celah pembangunan pesat macam ni
Sunday, September 20, 2020
PKPB Travel : Kuantan

Tuesday, September 15, 2020
Tujuh amalan yang membuatkan pahala terus mengalir walaupun setelah meninggal dunia
1. Ilmu yang disebarluaskan
Amat besar rahmatnya bagi orang yang menyampaikan, menyebarkan dan mengajarkan ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat.
2. Anak soleh yang ditinggalkan
Pendidikan anak-anak seharusnya bermula sejak di dalam rahim ibu. Bacaan zikir, al-Quran, kata-kata yang baik dan amal soleh harus dilazimkan oleh ibu bapa sejak awal lagi kerana memiliki anak yang soleh banyak kelebihannya. Antaranya anak-anak itu boleh terus mengalirkan manfaat kepada ibu bapanya, mendoakan kita dan menutup aib kita.
3. Kitab-kitab keagamaan yang diwariskan
Barang siapa yang mewariskan buku-buku yang baik, maka, pahala berterusan akan diterima oleh si pemberi tersebut selagi mana ia ada dan dibaca.
4. Masjid yang dibina
Orang yang membina, mewakafkan dan mendermakan wang bagi pembinaan masjid akan dikurnikan pahala serta kedudukan di syurga.
Ia sebagaimana disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW: "Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana ALLAH walau sekecil apa pun, maka, ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
5. Rumah yang dibina untuk musafir
Rumah atau wakaf yang dibina untuk para musafir bagi memudahkan mereka datang berehat dan tidur sebentar. Ia bukan untuk tujuan maksiat. Di negara ini, antara contohnya adalah hentian rehat dan rawat (RnR).
6. Sungai yang dialirkan untuk kepentingan ramai
Mereka yang membantu mengalirkan alir bersih kepada manusia dan makhluk-makhluk ALLAH yang lain bakal memperoleh barakah selagi mana air itu diminum dan digunakan.
7. Harta yang disedekahkan
Antara manfaat sedekah adalah memanjangkan umur dan rezeki kita, kehidupan kita diberkati ALLAH SWT, dikurniakan kesenangan dan kelapangan jiwa serta pahala dan kebaikan yang berlipat ganda.
Credit : sinar harian














































