Sunday, September 20, 2020

PKPB Travel : Kuantan


27 May 2020

Aku nak publishlah entry yang lama sangat terbenam dalam draft ni. Nak masuk empat bulan dah dia punya lama tu.

Lama betul langsung tak ke mana-mana sejak Covid-19 ni melanda seluruh dunia. Aku pun dapat cuti panjang yang tak pernah dapat sebelum ni. Dekat 3 bulan bercuti. Seronok aje dok kat rumah lagi-lagi dua beradik kesayangan ada bersama kami. Alhamdulillah.

Syukurlah depa berdua terselamat dari terkandas di IPTA masing-masing. Nabila tu nyaris aje tersangkut kat UITM nun, nasib baik dengar aje announcement terus dia ambik tiket bas, kalo tunggu semalam aje lagi, memang sangkut la. Arif pulak kebetulan tengah cuti seminggu kat rumah, sambung jelah terus.

Hujung May lalu, UIA keluarkan pengumuman kena kosongkan barang-barang di CFS Gambang. Siap depa sediakan form permohonan rentas negeri. Akupun apalagi teruslah ke Balai Polis Sitiawan buat application. Senang aje permohonan diluluskan, maklumlah sudah ada surat dari UIA.

Sabtu pagi-pagi bertolak ke Kuantan. Singgah sarapan di Pasar Tani Lekir. Lama tak berjalan jauh rasa bebas semacam semua orang. Gembira pun ada dapat peluang macam ni. Tak silap ada 7 roadblock kena tempuh sampai ke Kuantan, tapi semuanya lancar langsung tak ada masalah.

Satu masalah travel musim Covid di Kuantan ialah nak cari makanan, sebab depa di Kuantan masih lagi strict  follow PKP. Semua gerai sini diwajibkan tutup pukul 7 malam. Merata cari kedai untuk makan malam, abis tutup walaupun baru pukul 6 lebih. Sudahnya singgah petrol station beli roti dan makan maggi kat pantry hotel. Maggi ni memanglah penyelamat tak kira di mana sahaja dalam maupun luar negeri. Haha.

Check in di Golden Guest House Kuantan. Sampai pun dah malam. Tak de sapa kat sini, cuma kami sekeluarga je. Penangan Covid memang dahsyat sampai hotel-hotel kosong belaka. Ratenya RM80 lebih semalam. Selesa tempatnya.

Aiseyy orang dah le tak boleh melancong mana, ko pergi letak gambor gunung Fuji pulak... nanges le teman



Singgah Masjid Sultan Ahmad kejap sebelum sampai hotel tadi

Malam dapat berita yang pergerakan mengambil barang di IPTA telah dibatalkan oleh MKN. Heheheh... apa nak kata aku dah terlanjur sampai kat sini. Takkan nak patah balik kot.

Memandangkan Isnin baru boleh ambik barang anak aku, jadi ada 1 hari iaitu Ahad untuk pusing-pusing sini. Tidurlah dulu dengan nyenyaknya maklumlah seharian travel.

Maka esok paginya tu aku bungkus je sarapan sebab rasa macam susah aje nak makan kat  kedai kecil tu musim PKP ni. Terus ke Teluk Cempedak akan tetapi tutup pulak. Akhirnya merayau sampai ke Esplanade Tanjung Api. Makan je situ. Santai suasana sini.




Next ke Tanjung Lumpur seberang sana lintas jambatan. Kawasan sini aku perasan dari tadi macam meriah makan la pulak. Ikan bakar merata rata. Cuaca pun makin panas ni ada lebih baik balik bilik jelah.



Hotel ni yang nampak dari Tanjung Api tadi... baru gayanya

Bila dah lapar semula kami keluar balik pegi makan patin tempoyak tengah pekan tu... kedai apa tak ingat. Ada patin bunga, buah ke apa entah harga lain lain.

Pusing-pusing pulak area UIA Kuantan tu dan terus ke Pantai Pelindung. Sebelum balik ke bilik sesiap la aku bungkus makan malam tak mau jadi macam semalam huhu. Habis satu hari.

Boleh tahan cantik Pantai Pelindung ni, cuma kurang dibangunkan macam Teluk Cempedak




Isnin pagi ke CFS. Nyaris penuh satu kereta punya banyak barang. Maklumlah Uminya rajin benor menambah barang-barang anak aku ni. Abis ambik barang terus bertolak semula ke Perak.



Selamat tinggal Mahallah Al Biruni

Singgah makan patin tempoyak lagi kat Temerloh pulak. Banyak gerai yang tutup, sudahnya makan kat kedai dekat Exit tol Temerloh. Jangan tak sangka, rasa kuahnya agak sedap cuma ikannya jenis kecik sikit.

Perjalanan balik agak kurang lancar. Sejam lebih tersangkut kat sempadan Selangor-Perak area Tanjung Malim. Apapun selamat sampai ke Seri Manjung. Alhamdulillah.

No comments: