Sunday, May 29, 2022

Arif Haikal ke IIUM Kuantan

Catatan 7 - 11 Nov 2021

Lama betul entry ni terbenam kat dalam draft. Kena publish la.

Nampaknya dah sampailah masa menghantar Arif Haikal ke IIUM Kuantan untuk menyambung pelajarannya lepas tamat Asasi di IIUM CFS. Yelah dekat 2 tahun belajar online mana boleh jadi. Dewan kuliah pun tak pernah jejak kaki. Paling best masuk aje dah 2nd year terus jadi senior tak payah attend orientasi bagai.

Maka pada hari Ahad bertolaklah semua ke Kuantan. Alhamdulillah perjalanan lancar. Check in di GM Hotel selama 3 malam dan Veer Hotel selama 1 malam.

Hari Isnin pagi kami dah ada dalam IIUM ni. Terus pegi sarapan di kantin Mahallah Khalid Al Walid. Makanan boleh tahan sedap. Satu yang best IIUM ni procedure masuk tak ketat berbanding UITM, alhamdulillah.  

Untuk masuk kolej, student cuma perlu buat PCR test negatif  terus dapat bilik dan kunci.  

Selama 4 malam di sini, kesemuanya Arif Haikal  tidur dengan kami di hotel. Pagi pagi singgah sarapan dan terus pergi hantar dia ke kolej semula. Syukurlah keluar masuk tak ada masalah.

GM hotel ni memang ok, sewa dia RM144 semalam

Sarapan di kantin Mahallah. Lepas ni anak aku kena makan sinilah selalu

View dari kantin

Jualan makanan kat depan lift ni student punya agaknya, style ambik dan letak duit sebab takde sapa tunggu

Mahallah Khalid Al Walid

Satu dorm ada 4 orang dan dipisahkan bilik masing masing, kira privacy lah sikit

Ni makan malam kat Gerbang Bandar Indera Mahkota 

View dari tingkap bilik

Fakulti Arif Haikal 

Dua beradik ni pergi riki riki library. Tak cukup tu pi tengok swimming pool. Terkini anak aku bagitau dia dah beberapa kali pi mandi pool. Hebat IIUM siap ada pool


Masjid.... sini semua bangunan saiz besar


Tasik sebelah masjid

Depa ajak pi makan malam kat Texas Chicken. Malam berikutnya makan di Andaman Tomyam depan hotel, sedaplah jugak


Tepian sungai Kuantan memang menarik waktu malam. Ramai orang sampai nak cari parking pun payah


Makan malam di Ana Ikan Bakar... ni masa nak balik. Aku pegi awai sikit  jadi orang belum ramai macam ni

 Bilik Veer Hotel... semua ok je, cuma yang tak best sebelah hotel ni ada construction works. Dia punya piling memang bisinglah

Sarapan di Restoran Qaseh Adinda Indera Mahkota

Makan tengahari di Restoran D'wan family Indera Mahkota lagi

Sarapan kali ke 2 kat sini rasanya. Restoran D'WAFI ni famous... kerabat Diraja Pahang pun makan kat sini katanya

Takde apa aktiviti dibuat selain keluar makan. Sebab kedua anak aku ada kelas. Nabila kena kelas online. Aku sebenarnya takde plan nak tinggal banyak hari kat sini tapi tulah... maknya tak sampai hati nak balik awal. Huhuhu. Maklumlah dah lama sangat dok sama sama masa PKP. 

Dah 4 malam ni, dah dah lah tu maknye. Jomlah kita pulang ke pangkal jalan. Maka tiba masa kami pun tinggalkan Arif Haikal di IIUM Kuantan. Semoga dapat menyambung pelajaran dengan selesa dan sempurna. InshaAllah.

Otw balik singgah dulu Temerloh. Makan tengahari di Along Patin. Aku makan nasi lauk biasa je. Geng wanita ni suka beno dengan patin. Heran aku tak jemu jemu deme ni

Lewat petang, masa ni dekat nak sampai dah. Singgah makan di Lekir. Alhamdulillah Allah permudahkan  perjalanan pergi dan pulang kami dengan selamat

Monday, January 10, 2022

Cameron Highland

21 - 23 October 2021

Dah setahun tak mai Cameron. Last mai sini September 2020, kira lama tu. Perjalanan ke atas ikut Simpang Pulai memang lancar langsung tak kena jam. Alhamdulillah.

Kali ni sepakat pilih family room Hotel Avillion. Walaupun stay Casadela Rosa hari tu best, mesti cuba yang baru pulak baru ada kelainan sikit. Memang berbaloilah pilih hotel ni. Selesa dengan 2 bilik serba lengkap, makanan sedap dan dekat dengan segala kemudahan dan gerai gerai di Tanah Rata ni. 

Orang memang ramai masa ni maklumlah sejak tamat PKP ni semua tempat kena serbu. Ok je, tak nama Cameronlah kalau tak de orang atau tak kena jam. 

Kali ni paling rilek sungguh, takde buat apa apa pun. Pergi makan makan aje tapi tetaplah best bila mai sini dan sentiasa rasa nak ulang dan ulang lagi.  

Strawberry putih ni idea Nabila. Harga lebih sikit la tapi memang lagi sedap dan lembut dari yg biasa

Tak sah kalau tak singgah sini. Aku lagi suka tempat ni dari Kea Farm

Casadela Rosa menggamit memori tahun lepas

Cameron Highland Resort

Hotel Avillion Tanah Rata

Receptionist dia sebelah aje dengan tempat makan. Semua urusan check in dan booking Nabila dan Haikal yang buat

View dari tingkap

Suasana ruang tamu

`    


Bilik pertama


Bilik kedua

Bilik air kedua 

Ada katil tambahan kat ruang tamu... macam ni 5 orang pun boleh

Medan Selera sebelah hotel. Asalnya nak pergi tempat lain nak cari yang jauh sikit tapi ramai orang, jadi tak kesudah mai sini pulak😀


Sarapan Avillion 1st day. Nasi lemak dia memang sedap

Sarapan Avillion 2nd day

Ni pulak masa malam kedua. Makan di Highland Grill & Cheese Steamboat. Pergi awal sikit takut orang ramai




Sebelum balik singgah sini dulu beli apa yang patut... lagipun tengah jam teruk


Singgah Mc D dulu sementara menunggu jam reda. Sampai sudah tak reda.....Cameron lah katakan😀

Otw turun suasana kabus dan gunung sangat cantik 

Tak puas mai sini. Cameron kan, manalah pernah jemu. Semoga 2022 Allah beri kesempatan untuk datang lagi. Insyallah

Monday, December 20, 2021

Rumah Sungai Lenggong

9, 10 & 11 September

Lama dah tak pi jalan jauh PKP punya pasal. Dok rumah pun seronok... tapi nak tambah lagi keseronokan tu kenalah pi jalan mana mana hehe. 

Sempadan oversea pun dah bukak dan ada 14 negara yang boleh melancong, akan tetapi anak anak aku pulak dah kena masuk Universiti masing masing. Jadi simpan aje cita cita tu tahun depan atau tahun lagi satu dengan harapan dapat matching cuti UITM dan UIA. Ditambah pula dengan kuarantin lagi tambah sukarlah nampaknya. Moga ada sinaran dimasa akan datang. InshaAllah.

Rumah sungai ni Nabila yang jumpa dan baca review serta buat booking. Nak alih angin pulak sebab nak merasa tidur dengan view sungai. Jadi semua setuju ke Rumah Sungai di Lenggong.

Bayarannya untuk 2 malam RM360 termasuk 2x sarapan dan 2x makan tengahari. Sampai masa bertolaklah semua ke sana ikut jalan lama Sitiawan - Manong - Kuala Kangsar - Lenggong. Kejap aje sampai. 

Masa kat Kuala Kangsar tu ada le lalu kat asrama sekolah lama aku SMC Kuala Kangsar. Banyak nostalgia pahit dan manis di sini. Ada satu peristiwa tu bila betul betul tak ada duit dan teringin nak makan laksa di kantin. Makanan di dewan makan memang ada tapi sesekali terasa nak makan di kantin.  Harga laksa 30 sen semangkuk dan aku cuma ada 20 sen. Aku mintak kat Mak Cik Munah, boleh tak nak beli laksa 20 sen. Nyaris menangis makcik tu, last dia bagi free pulak😅

Syukurlah Allah mudahkan jalan hidup aku ini. Masih lagi bernafas, dapat menyambung pelajaran serta membina kehidupan dan berkeluarga sehingga hari ni. Alhamdulillah. Ehhhh kenangan la pulak😅

Sampai di Lenggong sudah tengahari. Jenguk sekejap Tasik Raban. Senyap sunyi tempat ni yang dulunya meriah. Gerai semua tutup. Penangan Covid la ni. Panas pulak tu terus kami gerak ke tempat tujuan. 

Jalan lagi sampai ke Rumah Sungai. Parking dia sempit dan terhad. Nasib baik ada satu kosong. Lepas check in, terus masuk ke rumah yang disediakan. Boleh tahan suasana dan sungainya nampak menarik. Cuma banyak batu dalam sungai. Aku mengimpikan sungai tanpa batu batu macam kat obesi yang  selalu tengok dalam youtube😅

 Sarapan masa on the way
                                                           
Rumah Aulia ni tak ada aircond cuma ada kipas siling. Tersilap pilih, nak merasa rumah kayu katanya. Tengahari  panas la sikit, tapi aku mintak kipas tambahan. Sini bilik semua katil queen. Request je tilam lebih atau apa saja termasuk makanan, nanti dia kira la murah murah  

Merasai suasana makan tepi sungai. Ni tadi sebelum sampai singgah beli makanan kat kedai area Tasik Raban 




Makan roti homemade Nabila malam ni


Makan pagi ni dihantar ke bilik. Sedap jugak nasik lemak dia


Makan tengahari. Memang sedap betul  dia punya masak lemak labu, talapia bakar sama sambal, ikan pekasam dan air asam serta ulam ulaman. Makan pulak tepi air macam ni bayangkanlah😍 

Aku tak berapa tahan nak berendam lama macam depa ni. Dia punya sejuk lain macam la

Selain bersantai santai di sini kami jugak ke Kuala Kangsar. Melepak ambik angin dan makan makan sini.

Sebelum tu saja pergi jenguk jenguk Glamping yang baru tengah nak beroperasi semula lepas tamat PKP.  Depa kata agak viral tempat ni.

 Sumpitan Glamping. Boleh tahan suasana tempat ni. Sesuai untuk group yang ramai

Cantik sungai dia

Ada pool gitu

Bandar di Raja Kuala Kangsar ni kena marilah maklumlah dah dekat benor

Laksa dalam medan selera ni rasa dia biasa aje... sedap lagi laksa Pakngah. Sebelum tu anak anak aku pegi tapau makanan dari tepian sungai sana. Ala ala pasar malam gitu

 Seronok pule teman rase rilek rilek tepi Sungei Perak ni kome😃

Geng hitam suda mari

Sarapan kedua untuk hari ketiga. Lunch tak ambil gambar pulak tapi tetap mantop rasa dia

Kesimpulannya bercuti tepian sungai ni agak seronok dan jenuh depa mandi  manda, cuma viewnya agak limited. Sekali sekala haruslah cuba suasana baru. Tak gitu.