Thursday, June 13, 2024

Terengganu Trip - Day 2

22 August 2023

Hari ni cadang nak pusing-pusing bandar Kuala Terengganu. 

Sebelum tu kita pegi sarapan dulu. Depa search tempat makan yang famous dan recomended.

Jumpalah satu kedai ni tak ingat nama pulak. Dah tak ramai  orang ada 2 meja je maklumlah dah lewat check out tadi. Jadi jom kita cuba tengok.

Banyak pulak dia punya peringatan
 Rasa macam masuk asrama dulu dulu pun ada. Itu tak boleh ini tak boleh hahahaha


Selain nasi kerabu, nasi minyak pun order jugak. Sejak selalu tengok youtube Indon ni, rajin pulak makan nasi dengan keropok

Lepas makan, terus ke Jambatan Angkat yang katanya famous. Agak panas cuaca masa ni, jadi cancel la nak singgah. Tengok dari dalam kereta sudah le.

Menuju Jambatan Angkat

Cantik view jambatan ni

Lepas sikit dari jambatan nampak Pantai Miami dan terus melalui Pantai Seberang Takir. Terus jalan lagi sampai nampak aiport Sultan Mahmud. 

Cantik dan meriah pantai area sini tapi tak ingatlah pantai mana, Ketapang ke, Tok Jembal atau lain sebab main jalan aje deme ni. Pantai agak meriah dengan pelbagai jualan makanan dan minuman. Dua beradik ni apa lagi turun pi beli lah. Memanglah jualan tu nampak best, tapi rasa aku macam baru je lagi sarapan tadi. 

Ada satu gerai tu jual sengkuang cicah depa punya rasa kelakar sebab makcik tu terlalu sistematik dan kemas sangat masa dia buat kerja tu. Apa pun sengkuang dia memang terpaling sedap kami pernah makan.

Cantik tersusun

Anak anak aku memang peminat la minuman semua ni. Orang lama macam aku pelik macamana lah depa boleh suka air yang ada campur macam macam ni

Bawa makanan tadi sampai ke  Pantai Takir semula. Best tempat ni walaupun tepi sangat dengan jalan. View lautnya cantik dan angin sejuk berhembus. Apalagi teruslah keluarkan camping chair dan lepak sini 

Unik... first time makan sotong pulut ni. Lemak manis gitu.
 Rasa cam telur sotong pun ado pulut tu. Rm20 sebekas.

Next singgah Pasar Payang. Famous tempat ni. Ntah apa yang depa beli kat sini aku pun tak tau. Off season macam ni tak ramai orang.

Pasar Payang

Antara jualan Pasar Payang


Destinasi berikut adalah Pantai Batu Buruk. Cantik pantainya. Angin pun kencang.  Best.

Pantai Batu Buruk



Dah sampai masa kena cari tempat bermalam. Lepas search kat internet kami pun menuju satu chalet tepi pantai. Yang tak bestnya sebelah chalet ni ada tempat pembuangan sampah. Nampak kotor, terus rasa tak jadi tidur sini walaupun bilik dan harga memang ok. 

Sayang betul tempat cantik macam ni dibiar kotor macam ni. Apa salahnya owner chalet bersihkan sikit

Terpaksa cari hotel lain area bandar lagi. Alhamdulillah, dapat sebuah hotel yang agak selesa  terus ambik.

Sebelum tu singgah di Masjid Terapung. Ramai sungguh orang solat kat sini masa ni. Ceramah pun ada.

Makan malam pula kami ke Restoran Kuala Ibai Bawah Jambatan. Alhamdulillah

Menu padprik seafood ni rasa biasa. Sotong tepung dia sedap

Saturday, April 27, 2024

Terengganu Trip - Day 1

21 Ogos 2023

Ini cerita tahun lepas. Ikutkan ada lagi tempat tempat lain yang aku pegi tapi dekat dekat la. Nanti bila rajin aku publishlah yang lain lain tu.

Arif Haikal tengah cuti semester ni. Jomlah jalan jalan Ganu pulak. Terengganu ni katanya cantik, jadi jangan lepaskan peluang. Ada banyak pantai yang perlu dikunjungi. Lama dulu pernah sampai, dah 20 tahun rasanya itupun area Sekayu aje.

Alhamdulillah perjalanan lancar. Ada yang guna highway dan ada jalan biasa.

Singgah Paka Waterfront dulu. Gayanya masih dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya. Ni kalau dah siap mesti lagi cantik.



Kuih akok ni memang sedap dan lembut tapi terlebih manis. Wife aku terkenang akok area UITM Permatang Pauh sana, lagi sedap katanya

 Tak pasti ni pantai apa. Tanjung Jara ke?Warna pasirnya yang keemasan nampak lawa


Seronok pulak melepak kat buaian sini... rasa macam citer bawang putih bawang merah  
 


Pantai Rantau Abang ni famous. Sejak sekolah rendah lagi aku dah tahu pasal pantai yang terkenal dengan tempat pendaratan penyu bertelur ini. Sayangnya pantai hebat ni kelihatan terbiar sekarang. Penyu takde kucing pun jadila

Selain mengunjungi pantai wajiblah melawat Masjid Kristal yang mashyur ni.  Orang lain dah lama pergi aku ni baru nak sampai. Masjid ni siap 2008. Seperti namanya, masjid ni memang cantik dan gah. 

Dengan kedudukannya di tepian air, terasa benar akan suasana nyaman sekitar kawasan ini. Kami menghabiskan masa di masjid ini sambil menunggu masuk waktu solat maghrib.

Dengan teknik lampu yang pelbagai, masjid ini kelihatan sungguh menarik di waktu malam. Hebat.
 



Tenang dan damai



Cantik sungguh

Biru pule

Eh tukar lagi


Untuk makan malam kami ke Waterfront Kuala Terengganu. 


Harga makanan
Selera Bos ni memang berpatutan sungguh


Untuk malam first ni, suruh Nabila cari hotel yang paling murah sebab dah lewat malam. Mai cuti sini langsung tak booking apa semua main walk in saja. 

Dapatlah Hotel OYO Wahee. Atas kedai makan je. Haha bolehla tu. Sementara kedai tu nak tutup bisinglah jugak kejap, letih punya pasal elok je semua tidur.

Friday, April 5, 2024

Islamabad - Kuala Lumpur - Glenmarie Shah Alam - Manjung

3 October 2022

Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur lancar aje. Untuk makan malam dalam flight nasi biriyani rasanya. Sampai di KLIA lebih kurang pukul 11 pagi. Keluar dari airport macam biasa ambik ERL ke Stesen Salak Tinggi. Lepas ambik kereta, terus ke Medan Selera berdekatan. Singgah lunch dululah. Apa lagi.
 
Suasana KLIA. Kasi tukar Rupee ke RM dululah

Tak ramai dalam ERL time ni 

Aku ingat depa nak ajak balik terus ke Manjung. Tak perasan aku masa bila depa plan nak melepak satu malam di Hotel Glenmarie Shah Alam. Rupanya Nabila dapat diskaun teruk melalui shoppe. Ini sudah bagus. Mana taknya 2 buah deluxe connecting room sekali dengan sarapan untuk 4 orang hanyalah RM200 lebih aje. Terbaiklah.

Lega rasa memandu jalan kat Malaysia ni. Maklumlah setelah 2 minggu melalui jalan jalan sukar di Pakistan 

Alhamdulillah dah sampai Glenmerie. Ni bilik pertama. Bilik kedua kat sebelah dengan connecting door.
Hotel ni memang bestlah. Bantal dia memang terpaling selesa ðŸ˜€

View dari bilik. Tu ada orang tengah main golf. Swimming pool pun ada tapi malas nak mandi

Makan malam order nasi goreng dan 4Fingers 

Cafe

Sarapan. Antara menu yang ada. Rasa nikmat betul dapat makan makanan Malaysia yang sedap ni hahaha

Yang ini pun sedap juge

Jom le balik anak oi dok buat gaya haru apa kat situ 

Lepas checkout terus menuju ke Manjung. 

Singgah makan dulu. Area mana ntah tak ingat. Maka terlerailah rindu Haikal nak makan char kueteow macam yang dia dok craving masa kat Yasin Valley haritu 

Tak habis lagi nampaknya kami dok mengulang ulang sembang pengalaman indah di Pakistan. Sepanjang jalan dok terkenang kenang akan keindahannya.

Sampai 2024 ni pun aku masih lagi  dok tengok tengok video Pakistan yang kami ada.

Ternyatalah Pakistan memang best. Tersenarai antara destinasi terbaik yang kami pernah pergi selain Swiss dan New Zealand.