Thursday, June 27, 2024

Terengganu Trip - Day 4 : Pulau Kapas

24, 25 & 26  August 2023

Asalnya takde plan langsung nak ke Pulau Kapas ni, ingat nak pusing pusing Kuala Terengganu je. Cadang nak datang khas waktu lain... baru proper sikit.

Entah macamana tiba tiba pagi tu depa  dapat idea  nak ke sini pulak. Nak tukar suasana le kot. Lagipun pulau ni yang paling mudah dan dekat dengan daratan. Pakaian mandi takde masalah memang selalu aje depa spare dalam bonet tu.

Masa aku tingkatan 2, puluhan tahun lalu ada rombongan sekolah nak bercamping di Pulau Kapas. Aku sebagai ahli Pengakap sepatutnya datang sini. Akan tetapi camping tu telah dibatalkan. Sekarang sampai jugak tempat ni . Alhamdulillah.

Jeti terdekat adalah Marang. Segera bergerak ke sana. Masih awal lagi jadi sempatlah  riki-riki pakej  Pulau Kapas yang ada. Ada beberapa kaunter kat sini, kebanyakan pakej bot, penginapan, makan dan snorkeling. 

Last last aku try tanya kat pengusaha bot dia bagitau harga bot pegi balik sekali cadangkan chalet yang sesuai untuk kami. Bila dibandingkan harga dapatlah murah lagi dari pakej tadi dan boleh pilih makanan sendiri.


Makan pagi di gerai Pak Din kat medan selera berhampiran jeti 

Salah satu pakej yang ditawarkan 


Get ready. Kita gerak sekarang


Untuk penginapan kami memilih tinggal di Kapas Coral Beach Resort. Harganya agak berpatutan dan biliknya pun selesa. Cuma makanan sini agak pricey, pulau lah katakan.

Selama 2 malam kat sini memang jenuh mandi laut yang jernih, main dengan ikan, enjoy view dan makan makan. Malam kedua pada sebelah malamnya pulak ada show main api lagilah best.

Awal awal dah nampak kejernihan airnya 


Penginapan untuk malam ini

Our room


Nice view

 Kiosk makanan ringan dan minuman serta sewa peralatan snorkeling. RM10 set snorkeling dan life jaket. Masa kami mai ni dia bagi aje guna lama mana pun takde time limit



Makan malam day 1

Sarapan esok harinya

Sebahagian menu. Dinner sambil tengok pertunjukan api

Banyak ikan yang cantik cantik sini

Snorkeling tepi pantai pun dah jenuh sampai depa tak request pun nak pegi pakej snorkeling tengah laut 

 Jernih dan cantik betul masa ni. Tapi makin lewat petang air laut agak keruh sikit. Entah kenapa. Landak laut pun banyak masa petang... kena berhati hati




Jom snorkeling lagi. Tangga untuk berthing kat belakang tu memang terbaiklah, tak macam di Krabi dulu tak disediakan pun sampai basah semua orang... kedekut punya siam huhuu 

Best betul main main dengan depa ni

Nice underwater view 

Kasi tangkap sama dia





Ramai jugak yang datang balik hari, khemah besar tu Kapas Coral siap pasang untuk yang nak menyewa... yang kecik tu aku tak perasan persendirian atau apa

Selamat tinggal Pulau Kapas

Jeti Marang

Lepas ambik kereta terus menuju ke Kuantan. Lepas pada jeti tadi dalam perjalanan ada singgah makan tengahari. Haikal order sotong tepung. Dia memang suka menu ni dari dulu dulu lagi. Tapi kami perasan celup tepung tu rasa sentiasa sama, tak kira makan kat mana mana kedai area pantai timur ni. Gamaknya supplier tepung yang sama kot. Tak kisahlah janji sodap.

Abis lunch sambung perjalanan lagi sampailah depa ajak singgah Pantai Kemasik. Jam baru pukul 3 lebih masa ni. Takde masalah tepi jalan aje.   Ada 2 medan selera kat kawasan ni. Enjoy betul suasananya. Memang cantik dan banyak angin. 


Makan lagi... kan ke baru je makan tadi aduhaii. Ini kali ikan celup tepung pulak


View ni wife aku kata masa mula tengok rasa macam kat Loch Ard Melbourne. Patutlah ada orang kata Menara Condong Teluk Intan macam Tower of Pisa, Kundasang macam Swiss. Jimat takyah pegi obesi lah lepas ni huhuhu 

Lepas Kemasik singgah Pantai Mak Nik pulak. Lepak kejap sini. Rasanya dah 3 kali sampai pantai ni. Best, pokok pokok tersusun cantik dan sentiasa banyak angin.

Pantai Mok Nik yang happening 


Jenuh dah lepak jomlah gerak... baru gerak sikit aje ehhh nak masuk Pantai Cherating pulak. Aku dan Haikal dah malas nak turun kereta huhuu.


Selamat tinggal  Ganu

Nanti nanti kami datang lagi. InshaAllah 

Sunday, June 23, 2024

Terengganu Trip - Day 3

23 August 2023

Pagi hari ketiga ni lepas check out macam biasa terus pergi ronda ronda cari sarapan.

Nabila search tengok kedai yang berdekatan dan rating tinggi, jumpalah kedai ni. Nampak meriah. Seronok makan kedai yang ada banyak menu macam ni terutama kuih muih. English breakfast pon ado. Memang best. Sayangnya tak ingat nama kedai.


Salah satu sudut kuih. Lambat mari... kalau lagi awai rasanya  penuh meja

Nasi lemak daun pisang pun sedap. Enjoy betul

Lepas sarapan depa ajak pergi muzium negeri. Jam dah pukul 11 masa sampai tu.

Besar jugak muzium ni. Cantik environment muzium ni. Dikelilingi air dan nampak menarik. Dalam muzium pun cantik cuma pamerannya taklah semeriah muzium Negara atau muzium Taiping. 

Ramai sungguh rombongan budak dari merata sekolah mai masa ni.

On the way ke Muzium Negeri 

Cantik dikelilingi tasik


Antara bahan pameran



Lepas muzium ni, pusing- pusing area Pasar Payang lagi kemudian ke Pesisir Payang. Tepi tepi tu aje.


Pesisir Payang

Untuk makan tengahari depa ajak ke Restoran Singgang Budu yang katanya femes. Makanan dia rasa biasa aje. Tapi pilihan makanan  memang banyak.




Untuk penginapan malam ni kami check in di Ibai Beach Guesthouse. Selesa tempat ni. Sebelah laut je tapi pantai tu di bawah kena turun tangga.

Ni lah Ibai Beach Guesthouse... gambar google je ada 

Thursday, June 13, 2024

Terengganu Trip - Day 2

22 August 2023

Hari ni cadang nak pusing-pusing bandar Kuala Terengganu. 

Sebelum tu kita pegi sarapan dulu. Depa search tempat makan yang famous dan recomended.

Jumpalah satu kedai ni tak ingat nama pulak. Dah tak ramai  orang ada 2 meja je maklumlah dah lewat check out tadi. Jadi jom kita cuba tengok.

Banyak pulak dia punya peringatan
 Rasa macam masuk asrama dulu dulu pun ada. Itu tak boleh ini tak boleh hahahaha


Selain nasi kerabu, nasi minyak pun order jugak. Sejak selalu tengok youtube Indon ni, rajin pulak makan nasi dengan keropok

Lepas makan, terus ke Jambatan Angkat yang katanya famous. Agak panas cuaca masa ni, jadi cancel la nak singgah. Tengok dari dalam kereta sudah le.

Menuju Jambatan Angkat

Cantik view jambatan ni

Lepas sikit dari jambatan nampak Pantai Miami dan terus melalui Pantai Seberang Takir. Terus jalan lagi sampai nampak aiport Sultan Mahmud. 

Cantik dan meriah pantai area sini tapi tak ingatlah pantai mana, Ketapang ke, Tok Jembal atau lain sebab main jalan aje deme ni. Pantai agak meriah dengan pelbagai jualan makanan dan minuman. Dua beradik ni apa lagi turun pi beli lah. Memanglah jualan tu nampak best, tapi rasa aku macam baru je lagi sarapan tadi. 

Ada satu gerai tu jual sengkuang cicah depa punya rasa kelakar sebab makcik tu terlalu sistematik dan kemas sangat masa dia buat kerja tu. Apa pun sengkuang dia memang terpaling sedap kami pernah makan.

Cantik tersusun

Anak anak aku memang peminat la minuman semua ni. Orang lama macam aku pelik macamana lah depa boleh suka air yang ada campur macam macam ni

Bawa makanan tadi sampai ke  Pantai Takir semula. Best tempat ni walaupun tepi sangat dengan jalan. View lautnya cantik dan angin sejuk berhembus. Apalagi teruslah keluarkan camping chair dan lepak sini 

Unik... first time makan sotong pulut ni. Lemak manis gitu.
 Rasa cam telur sotong pun ado pulut tu. Rm20 sebekas.

Next singgah Pasar Payang. Famous tempat ni. Ntah apa yang depa beli kat sini aku pun tak tau. Off season macam ni tak ramai orang.

Pasar Payang

Antara jualan Pasar Payang


Destinasi berikut adalah Pantai Batu Buruk. Cantik pantainya. Angin pun kencang.  Best.

Pantai Batu Buruk



Dah sampai masa kena cari tempat bermalam. Lepas search kat internet kami pun menuju satu chalet tepi pantai. Yang tak bestnya sebelah chalet ni ada tempat pembuangan sampah. Nampak kotor, terus rasa tak jadi tidur sini walaupun bilik dan harga memang ok. 

Sayang betul tempat cantik macam ni dibiar kotor macam ni. Apa salahnya owner chalet bersihkan sikit

Terpaksa cari hotel lain area bandar lagi. Alhamdulillah, dapat sebuah hotel yang agak selesa  terus ambik.

Sebelum tu singgah di Masjid Terapung. Ramai sungguh orang solat kat sini masa ni. Ceramah pun ada.

Makan malam pula kami ke Restoran Kuala Ibai Bawah Jambatan. Alhamdulillah

Menu padprik seafood ni rasa biasa. Sotong tepung dia sedap