Wednesday, October 23, 2024
VIETNAM : DAY 1 - NHA TRANG
Tuesday, October 15, 2024
VIETNAM TRIP
Pergi luar negara terutama negara Asia yang dekat dekat ni kalau dapat tempat sejuk kira bonuslah. Nampaknya salah satu tempat sejuk di Vietnam adalah Dalat. Satu lagi Sapa.
Selain Dalat dan Sapa, Vietnam ni ada banyak kawasan pelancongan seperti Phu Quoc, Mui Ne, Danang, Hanoi, Ho Chi Minh, Halong Bay, Nha Trang, dan lain lain.
Aku tengok ramai orang pergi Dalat melalui Ho Chin Minh. Tapi aku tak berapa berkenan sebab kena naik bas pulak banyak jam ke Dalat. Walaupun ada Sleeper Bus yang selesa katenya, aku dok cari cari option lain.
Belek belek terjumpa flight ke Cam Ranh Airport yang merupakan airport terdekat dengan Nha Trang. Manakala Nha Trang pula hanya 2 jam lebih je ke Dalat. Tempat ini popular dengan Theme Park yang hebat iaitu VinWonders Vinpearl. Jugak terkenal dengan aktiviti snorkeling dan island hopping selain pantainya yang cantik.
Aku tengok flight Air Asia ke Cam Ranh berbanding Ho Chi Minh jimat 1K untuk kami empat orang. Bak kata mat saleh who want to give😆
Tentang persediaan makanan Nabila order pek segera Dapogo dan Brahims. Sedia maklum kat Dalat ada lima enam buah restoran Muslim. Nha Trang pun ada jugak satu dua tak berapa pasti.
Jadi kami buat kombinasi sepanjang di Dalat masak di apartment dan sesekali makan di restoran. Di Nha Trang cuma panaskan pek segera.
Awal sehari dari tarikh penerbangan kami pun bertolak dari Kuantan ke Salak Tinggi. Flight pukul 10 esok pagi jadi kami check in dulu di Alanis Core & Soho.

Bercahaya indah poolnya
Best tempatnya view dan harga pun cantik. Cuma bilik airnya bahaya sikit bila malam risau nak buka lampu takut orang nampak sebab tinted glass tu bukan boleh percaya sangat. Nanti jadi macam yang viral di Cameron tu. Walaupun jarak antara bangunan terdekat pun sangat jauh. Kena hati hati juga.
Sunday, October 13, 2024
Kerteh
Wednesday, September 4, 2024
Throwback Paka
11 & 12 Feb
Raya Cina macam biasa ada cuti. Nabila dan Haikal dedua cuti jadi depa semua ajak pergi Terengganu lagi.
Minggu lepas ke Kijal minggu ni ke Paka. Paka ni terletak dalam daerah Dungun. Kawasan ni terkenal dengan aktiviti oil and gas. Sama jugak macam Kerteh. Dari Kuantan akan jumpa Chukai dulu kemudian Kijal, Kemasik dan Kerteh lepas tu Paka.
Suka depa datang Terengganu ni walaupun Kuantan pun punya pantai pantai yang cantik dan bersih macam Pantai Kempadang, Sepat, Teluk Sisek, Tanjung Api, Batu Hitam, Pelindung dan lain lain lagi yang kerap kali dikunjungi.
Dari Kuantan terus menuju ke destinasi. Tapi sebelum tu kenalah singgah Pantai Mok Nik atau Monica Bay ni dulu. Pantai ni yang paling dekat dengan sempadan Pahang selain Pantai Chendor iaitu sebelah Cherating. Banyak kali dah sampai Cherating ni. Nanti rajin rajin buat entry throw back lagi.
Pantai ni kelebihannya sangatlah redup sebab ada banyak pokok. Depa tanam pokok rapat rapat sepanjang pantai. Angin pun sentiasa ada malah terlebih kencang. Jualan makanan pun meriah.
Pergi Terengganu minggu sebelum ni tanpa Haikal. Jadi kami pun bawaklah Haikal tengok Pantai Penunjuk Kijal, nak tengok anak sungai yang cantik tu. Sungai ni pernah viral baru baru ni.
Akan tetapi kali ni kurang cantik sikit dari sebelum ini. Mungkin air pasang surut ada kena mengena dengan anak sungai ni.
Lepas rehat di bilik kejap, mai layan view sementara nak gelap. Kalau peminat surfing suka ombak besar macam ni.
Untuk makan malam kami ke medan selera berhampiran. Tak ramai yang buka gerai malam ni.
Sampai pagi pun angin tetap kencang. Jadi Haikal tak berani nak naikkan drone tinggi tinggi.














.jpg)






































































