Tuesday, June 30, 2026

ISTANBUL TURKEY : DAY 2

27 APRIL : ISTANBUL


Hari yang ceria dan semestinya sejuk di Istanbul. Plan pagi ni nak merasa pengalaman naik feri di Istanbul dan takde tujuan tertentu nak ke mana pun masa naik ni. Katanya feri ni sangat penting bagi penduduk tempatan untuk ulang alik pegi kerja. Memang betul, nampak ramai penumpang berpakaian kemas gaya masuk office dan kelebihan naik feri jugak katanya membantu masalah trafic jem di sini.

Awal pagi terus kami menuju ke Eminonu Ferry Terminal atau Eminonu Iskelesi dalam bahasa Turkey. Jalan kaki aje. Tapi sebelum tu kenalah singgah sarapan dulu. Jarak dalam 15 minit macam tu. 

Kami skip hotel punya sarapan sebab nak gerak awal, maklumlah waktu Subuh awal dan cepat siang. 


Boleh tahan jugak rasa makanan kat Balkan Lokantasi atau Balkan Restaurant ni. Sup pekat cicah roti dia memang sedap. Siap bertambah lagi.

Total sarapan kat kedai ni rm46

Puding nasi atau sutlac ni agak sedap 

Jalan depan sikit singgah beli ni 

Sampai Eminonu Terminal terus kami beli Istanbul Card. Sini ada dua jenis kad iaitu Istanbul Card  dan Istanbul City Card. Bezanya Istanbul Card boleh kongsi kongsi, banding jenis City Card tu boleh guna sorang je. Kad ni beli kat mesin depan terminal guna wise.

Ada banyak laluan feri ni kalau nak diikutkan. Kami pilih ke Kadikoy saja yang ambil masa dalam setengah jam sehala. Nampaknya kami dah terlepas satu feri sebab masa dok sibuk nak beli tiket, feri pun jalan jadi kena tunggu lagi 15 minit. 

Kadikoy ni terletak di bahagian Asia Istanbul di selatan Selat Bosphorus.

Sebelum beli Istanbul Card, aku terbeli City Card ni satu

Besar jugak ferinya, penumpang tempatan kebanyakan duduk di lower deck. Jadi sebagai pelancong kami pun bergerak ke upper deck, baru view lebih mantap. Lagipun kat atas sekali ni ada sorang je selain kami. Ini feri Ahmad Albab yang punya😁

Gabungan cuaca yang cantik hari ini dan air laut yang kebiruan menjadikan pemandangan sepanjang perjalanan ke Kadikoy ini terasa sangat indah. 



Sekejap je dah sampai di Terminal Kadikoy. Takde jalan mana mana sekadar melepak dan minum minum di satu gerai tepi laut ni. Memang syoklah santai santai tepi laut di kedai kopi bersama family dalam suasana macam ni. Terasa macam dalam movie😀

Kat hujung tu ada taman tapi tengah ada kerja kerja pembinaan pulak.

Tiba di Kadikoy

Signboard perkhidmatan feri di Istanbul yang kini berusia 175 tahun.. lama betul usia company ni beroperasi, dikatakan dari zaman Empayar Uthmaniyyah lagi


Best wei lepak sini

Dah terbayang nak order nasi lemak daun pisang. Berangan ajelah😐


Jomlah kita naik feri semula... kalau biar ni asyik nak terlajak lama aje. Rugi lah masa macam ni esok dah nak ke Denmark dah.

 Terminal Kadikoy

Next ambik feri semula dan menuju ke Karakoy. 



 Deretan restoran bawah Galata Bridge 


Yeni Mosque dari seberang jambatan

Dari Karakoy tadi ambik tram menuju ke area Kabatas. 

Kabatas Square atau Kabatas Meydani dalam bahasa Turkey ni terletak di tepi selat Bosphorus. Suasananya lapang, ada kemudahan tandas berbayar sekali. 


 Terminal feri Kabatas



View sebenar dari atas ni jauh lebih cantik daripada gambar


Jalan depan sikit ada Dolmabahce Mosque dan seterusnya Dolmabahce Palace. Tak masuk pun dalam istana, sekadar tengok dari luar aje.

Dolmabahce Mosque


Ni jumpak 3 beradik dok berkampung sebelah masjid pulak

Seberang jalan ada stadium

Banyaknya mesin ATM

Security check sebelum masuk kawasan istana

Dolmabahce Clock Tower atau Dolmabahce Saat Kulesi


Dolmabahce Palace

Habis kat sini, kami try pulak guna teksi menuju ke Taksim Square. Harga RM25 tak silap. Area ni antara lokasi popular di Istanbul. Tapi masa sampai, sebahagian kawasan ditutup dengan penghadang. Tak pasti lah pulak kenapa.



Jualan makanan

Kat sini kami solat jamak di Masjid Taksim. 




Tempat wuduk wanita di Taksim Mosque

Seterusnya kami ambik Nostalgic Tram Merah yang melalui Istiklal Avenue atau Istiklal Caddesi. Street ni famous dengan shopping dan aiskrim trick. Terdapat deretan cafe, restoran, butik dan macam macam lagilah.  Meriah sungguh nampaknya.

Bagus jugak tram ni dia bergerak slow jadi dapatlah tengok santai suasana laluan popular ni. 

Masa tengah bergerak ramai pulak dok berebut panjat tram ni dari luar pulak sambil bergayut gayut gitu😁

Yang warna merah tulah Nostalgic Tram  

View dari dalam tram


Kami turun berhampiran Galata Tower atau Galata Kulesi untuk seketika. Singgah makan kebab dan roti kat satu gerai area sini.

Galata Tower


Ok je rasa dia

Puas lepak dan mengisi perut, kami mula menapak turun bukit curam melalui deretan kedai yang penuh kiri kanan jalan sambil tengok suasana kota. Nabila dan wife aku singgah satu kedai beli dessert yang namanya naugat untuk dibawa balik.


Jalan lagi sebelum akhirnya tiba di jalan besar dan terus menuju ke Karakoy tram stop di seberang jalan. Stesen yang sama masa mai awal pagi tadi. 

Underground tram tunnel siap ada kedai lagi

Harap comel aje, bukan main eksyen dan garang lagi yang ni

Ikut itinerary asal lepas area Galata Tower kami sepatutnya jalan kaki melintasi Galata Bridge dan samada ke Grand Bazar atau Gulhane Park sebelum balik semula ke hotel. 

Tapi itulah, plan tak menjadi. Tiba tiba aje berubah jadi naik tram di Karakoy.. bukan tu saja, siap terlajak sampai ke Blue Mosque pulak. Semua pun malas nak patah balik jadi decide terus ke hotel melalui Blue Mosque dan Hagia Sofea. 

Yang menariknya, dapatlah sekali lagi tengok view kedua dua masjid ni dalam suasana lewat petang pulak. 




Alhamdulillah selesai hari kedua di Istanbul. Esok ada lagi sedikit masa sebelum bertolak ke airport.

Monday, June 15, 2026

ISTANBUL TURKEY : DAY 1

26 APRIL : KLIA - ISTANBUL


Cukup sebulan kami balik dari bercuti ke Istanbul dan Scandinavia countries. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan boleh melihat ciptaanNya yang indah sekali lagi. 

Bermula dengan transit di Istanbul dan berakhir dengan road trip yang membawa kami merentasi Denmark, Sweden dan Norway. 

Sebenarnya ada beberapa kali aku intai flight negara negara Scandinavia ni tak kira Norway, Denmark atau Sweden. Aku tengok harga tiket beza beza. 

Macam mahal, kebanyakan 16k ke atas. Sekali terjumpa RM11.2k  untuk 4 orang, flight Turkish Airline. Peluang baik jangan dilepaskan, maka aku pun pilih trip dari 26 April hingga 15 May, landing di Copenhagen dan transit 2 malam di Istanbul. Yelah sapa nak lepaskan peluang singgah Istanbul 2 malam. 

Turkish Airline ada offer boucher hotel free tapi aku tak ambik pun sebab offer tu untuk 2 orang saja, kalau nak tambah lagi 2 orang harga pulak jadi terlebih mahal dan bilik pun berasingan.

Jumlah keseluruhan perjalanan kali ini 20 hari dan paling lama dalam sejarah percutian kami setakat ini. Hehe. 

Maklumlah bila anak anak semakin besar dan semua dah bekerja nanti, semakin sukarlah untuk mencari masa bercuti panjang bersama sama. Peluang ini sangatlah kami hargai. 

Nak susun itinerary pun perlu hati hati jugak nak matching laluan, attraction, penginapan, flight, feri dan lain lain. Musim pulak walaupun penghujung spring tapi negara Scandinavia terutama Norway confirm lebih sejuk maklumlah dekat dengan artic circle.

25 April kami bertolak ke Kuantan, ada urusan sana. Tidur semalam di Veer hotel. Makan malam di restoran favourite Kassim Baba. Nasi Arab dan roti nan dia memang another level punya sedap.

Dari KL lepas sikit Genting Sempah sebelah Shell, singgah beli ni. Sedap, sebekas confirm tak cukup 

Esoknya gerak dari Kuantan ke rumah adik aku Amir di Desa Pinggiran Putra untuk meninggalkan kereta di sana. Biasanya parking di Salak Tinggi, tapi kali ni sebab percutian agak panjang jadi lebih berbaloi. 

Esok sesudah Subuh terus ambik grab ke KLIA.

Dekat nak sampai KLIA dah ni

Sebenarnya sebelum beli tiket keadaan agak merisaukan sebab tarikh ni kan perang USA - Iran masih tengah hot, dan ada banyak flight bermasalah. Syukurlah flight Turkish Airline KL - Istanbul  tak terjejas dan semuanya on time serta berjalan lancar. 

Dan 9.40 pagi flight pun berlepas menuju Istanbul dan penerbangan mengambil masa 11 jam.

Jarang jarang ler merasa departure KLIA ni, marhaen cam aku selalu KLIA 2 je😁

Urusan luggage memang mudah. Maklumlah total weight sampai 120kg untuk 4 orang, nak bawak apa sampai banyak sangat tu

Jom berangkat

Ikutkan, memang Air Asia lebih murah sedikit, tapi untuk kali ini aku nak try Turkish Airlines. Lebih selesa. Banyak movies & entertainment.

Freegift untuk penumpang, balik dapat lagi sorang satu. Kuat sedekah airlines ni

Makanan pun 2 kali dihidangkan. Sedap je semua cuma ada satu dua dessert yang tak boleh pi😁

1st meal

2nd meal, lagi satu menu nasi dengan ayam merah

Flight tiba di Istanbul Airport dalam pukul 4 petang. Terus cari teksi nak ke Sultanahmet. Susah pulak nak dapat teksi ke sana petang petang Ahad ni. Hotel yang aku book ada offer nak pickup tapi harga agak mahal sebab dia charge harga pergi balik. Last kami ke kaunter kereta sewa di airport yang dari tadi dok panggil panggil. 

Tulah tadi eksyen, sekarang tak kesudah pi tanya depa pulak😆. Harganya pun taklah mahal sangat 50 euro sahaja berbanding hotel yang nak sampai 180 Euro, yang bukan bukan harga. Booking.com nak 75 pound, mahal jugak. 


Yang pasti MPV yang dia bagi ni memang sangat best, besar, cantik dan selesa untuk kami berempat. Untuk bayaran semua aku guna wise card dan memang sepanjang perjalanan ni aku guna wise, rate dia lebih menguntungkan dari credit card dan diterima seluruh Europe.

Blue Mosque dari dalam kereta

Dari airport tadi, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam sebelum tiba di hotel.

Untuk penginapan, kami memilih Le Safran Suite Hotel. Hotelnya tak besar mana tapi cukup selesa dan kemas. Harga pun ok RM390 semalam sekali ada sarapan roti, omlette, salad, cereal dan lain lain. Lokasinya jugak strategik berjalan kaki aje ke Hagia Sophia dan Blue Mosque. 

Pekerja pun tak berkira siap tolong angkat semua beg. Maklumlah kalau transit lebih dari 24 jam semua luggage kena bawak turun.

Le Safran Suite Hotel. Kami ditempatkan di sebelah kanan pintu masuk. Sebelah tangga tu pun bilik jugak, cafe pun level ni


2 katil single dan 1 bilik  lagi katil double. Ada tingkap yang besar dan tinggi 

Lepas check in, berehat seketika sebelum keluar berjalan kaki area hotel. Kawasan sini sedikit berbukit tapi masih selesa untuk berjalan.

Suasana malam agak meriah dengan banyak kedai dan restoran sepanjang jalan.


 Yang jual karpet cakap Melayu pun ada


 Harga makanan area popular macam ni tak murah mana

Anak anak aku suka je semua menu ni



Tengok menu sekali lalu tadi terus masuk ke kedai ni. Awalnya penuh orang kat luar.. elok kami sudah makan, kosong terus 

Lepas makan kami ke Blue Mosque dan Hagia Sophia. Seberang jalan je dari kedai ni. Memang cantiklah suasana malam kedua dua masjid terkemuka ini bermandikan lampu lampu. Tapi ada sikit sejuk la.



Dataran antara Blue Mosque dan Hagia Sophia






2 tempat ikonik dah kami lawat malam ni. Walaupun dari luar je, view malam dia memang memukau. Takde pergi mana dah lepas tu, terus menapak ke hotel lah.

Tetamu berbulu depan hotel. Tadi masa kat Blue Mosque pun dah berapa ekor dok main main. Betullah Istanbul ni dunia kucing