Tuesday, February 28, 2012

Bersunat

Sampailah masa si Haikal kena potong anunye......supaya anunye nampak lebih tampan,anggun dan bergaya. Buat keputusan potong kat Klinik Dr Azhar Sri Manjung. 

Plan punya plan maka pada tarikh 18 December 2011 hari Ahad yang bertuah ni, terlaksanalah lagi satu tanggungjawab aku sebagai seorang ayah. 



dulu pisau sekarang laser

Aku plak yang rasa ngeri masa adegan potong memotong ni

Sepupu2 Haikal pun join sekali. Semuanya 4 orang.

Dulu dulu gantung kain pelikat ke syiling, sekarang aku guna meja kecik. Siap boleh hidang makanan lagi ala-ala hospital sambil main PS3

Cakap pasal bersunat ni, kecik-kecik dulu topik ni antara yang digeruni kanak-kanak. Kononnya Tok Mudim tu potong guna "kapak bodoh", gergaji pun ada. Orang dulu-dulu memang takut dengan bersunat ni. Ada yang lari keliling kampung, penuh adegan kejar mengejar....bersunat punya hal. Ada yang panjat pokok kelapa, kena baling dengan buah kelapa sampai jatuh bedebuk.....kes nak lari dari bersunat.

Anehnya budak-budak sekarang ni langsung tak takut pasal bersunat ni. Sikit pun tak takut. Siap desak-desak aku lagi bila nak sunatkan dia. Heh.....mana punya darah pahlawan laa. 

Wednesday, January 18, 2012

I-City Shah Alam

Balik dari outstation kat KL tengah bulan 12 haritu, aku sambung cuti satu hari lagi (Cuti terakhir untuk tahun 2011....dah abis daa). Check out aje dari hotel kat Jalan Pudu (Golden Palace), terus kami menuju ke Shah Alam dan check in kat Hotel Tree Boutique.

Sengaja aku amik hotel ni sebab dekat aje dengan I-City. Sebelum tu makan nasi goreng ayam berhampiran. Fuhhh.....sedap betul aku rasa nasi ayam ni maklumlah lepas check out tadi hujan lebat dan tak sempat nak makan apa-apa.

Hotel ni ok. Sewa baru RM138.00 family room dengan 2 katil besar. Kekurangannya bilik takde wardrobe dan water heater. Nasib baik shower ada heater dan biliknya baru dan selesa.

angsa berenang atas tilam

 nak buat angsa jugak last-last jadi ular...hahhahaha

kat lobi

Lepas je Maghrib terus bergerak ke I-City. Memang cantiklah I -City ni bermandikan cahaya lampu yang pelbagai warna. Walaupun bukan hujung minggu tapi orang tetap ramai. Bijak idea MB Selangor ni. Walaupun ada orang kutuk dia gagap, bagi aku dia ni ok dan banyak idea. Tak lah macam sesetengah MB ni, harap cakap pandai tapi result habuk. Kerjanya nak menghabiskan wang rakyat je.


Satu kereta RM10 boleh naik 2 orang. Boleh tengok view dari atas





Lepas merayau-rayau menikmati keindahan sekitaran, bebudak ni ajak masuk ke snow walk. Memang sejuk habis kat dalam ni...depa ni memang terer, boleh tahan lama, aku rasa nak keluar aje.....sejukkkkk.


 

Dalam rumah ais





Iglu






Esok pagi tu lepas check out aku bawak depa singgah masjid dan Taman Tasik Shah Alam.



Friday, January 13, 2012

Ulang Tahun Kelahiran Nabila

Besday Nabila tahun ni jatuh pada hari Selasa 13 Dec. Dah 13 tahun dah. Macam baru aje aku mendukungnya atau menolaknya ke sana ke mari dengan kereta sorong. Sangat seronok mendukungnya dulu-dulu sebab badan dan pipi dia sangat tembam. Comelnya dia masa tu.

Kalau ada ramai orang sikit mula laa dia macam nak nangis sambil cakap "oyang yamai"......lepas tu pulak kalau dia merajuk kena pujuk dengan ayat macam ni "sayang ayah, baju merah, belang-belang putihhhhh..!" boleh pulak dia tambah perkataan lain sambil tunjuk kat butang dia "butang?". Kenalah ulang lagi sekali " sayang ayah, baju merah, belang-belang putihhhhh, butang hitammmmm". Hahhahhaha.

Masa aku menderita kerinduan selama 6 bulan kat Hamburg, Germany dulu, dialah penyanyi utama lagu "air pasang pagi" tiap-tiap hari tak pernah miss melalui telefon. Sekarang pulak dia dah jadi peyanyi solo nasyid kat sekolah. Nasib baik nasyid.

Blueberry Cake

Sambutan kali ni di buat di Restoran Azmie Teluk Batik. Selain dari kek, aku order sikap bakar, sotong bakar, sup sayur dan telur mata. Seafood ni memang strategik, tepi laut dan suasana pun santai.Tapi rasa makanannya biasa-biasa aje. Tapi sekarang aku dah jumpa restoran ikan bakar yang mantap punya. Dia punya siakap atau gerot-gerot bakar dengan sambal........Perghhhhh........meleleh air liur beb.

Ayah, Umi dan Haikal berdoa semoga satu - satunya anak gadis  kesayangan keluarga ini di rahmati Allah, berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

Masa ni umur Nabila lebih kurang 3 tahun

                                   
Nah ayah bagi hadiah bunga satu ladang untuk Nabila

Wednesday, December 28, 2011

Semalam di Melaka

 30 November 2011

Keluar aje dari tambak Johor, terus kami sekeluarga bertolak ke Melaka. Stay kat Seri Malaysia, Ayer Keroh. Sampai sini dah malam.

Aku dah book family room... rupa-rupanya ketamakkan manusia boleh menyebabkan mereka mungkir janji. Sebenarnya bilik ni aku dah booking 2 bulan sebelum ini. Oleh kerana ada promosi, maka rate dia sama dengan deluxe atau standard room. 

Patutlah aku dapat 4 kali call dari Seri Malaysia bertanya confirmation booking aku... rupa-rupanya permintaan dah bertambah, so mereka berharap aku cancel booking dan bilik itu boleh diberi pada orang lain dengan rate lebih tinggi. 

Inilah ciri-ciri manusia tamak... sedihnya dengan perangai orang Melayu ni. Akhirnya aku hanya dapat deluxe room sahaja, dengan tilam tambahan FOC. Untuk extra tilam aku dah bagitau "I' am not going to pay it". Huhu... dialog aku tu macam dalam movie masa Spiderman lambat hantar Pizza.


Melaka ni kata orang ada banyak tempat menarik. Tapi aku tak pergi mana sangat pun. Lepas check out aku ke tempat orang naik cruising sungai Melaka. Tengok-tengok aje maklumlah panas... mana semangat nak cruising masa tu. Dari sini terus ke A Famosa pulak.

  Dekat river cruise




Turun dari A Farmosa, kami ke Dataran Pahlawan untuk makan tengahari. Sambil pusing-pusing shopping complexnya. 



Depa ni duduk kat kerusi urut ni sampai aku pun tak perasan bila masa depa pegi. Sekali tengok dah tengah bersedap sedapan kat sini. Urut free je... harga kerusi ni sampai 23k sebijik, mahalnye

Selesai kat Dataran Pahlawan, terus ke Muzium Samudera. Depa anak beranak aje yang masuk. Aku tunggu dalam kereta sebab dah letih ni dan dah abis angin.


 





Lepas shopping lebih kurang kat gerai gerai sebelah muzium ni terus gerak balik Manjung.