Friday, June 18, 2010

Melbourne Last Day - St Kilda Beach

27 May 2010

Jumaat. Hari terakhir di Melbourne. Plan hari ni nak ke St Kilda Beach, tapi sebelum tu pegi merayau kat sekitar Federation Square dan Botanical Garden sekali lagi. 

MH dari depan

 Persembahan ahli mozik ni sungguh merdu



 Dalam National Gallery







 Ala ala Eiffel Tower kat belakang tu



Habis kat sini kami pun terus ke St Kilda Beach dengan menaiki Tram no 16. Suasana makin sejuk aku rasakan, maklumlah sudah hampir benar dengan winter.

Usha punya usha mana tempat nak turun ni......nampak aje laut terus kami pun turun. Salah....rupanya kena turun stesen depan. Alamat menapaklah kami sekeluarga.

Tengah dok jalan tu, nampak ada McD apalagi masuk makan dulu.



Dah kenyang kami pun terus ke pantai dan lalu depan Luna Park. Walaupun anak anak aku teringin nak masuk.....apakan daya Luna Park ni tutup, dan hanya akan di buka pada June nanti.

Luna Park 





Pantai St Kilda ni memang luas, bersih dan jernih airnya. Siap ada sea bath yang merupakan kompleks yang lengkap dengan tempat tinggal, restoran dan kolam renang.

Sejuk-sejuk macam ni pun ada lagi mat saleh yang mandi laut sedangkan anak anak aku nak rendam kaki pun menggigil.











Balik dari St Kilda beach terus kami berkemas-kemas dan makan malam.Dalam pukul 9.00 malam kami pun check out dari Malaysian Hall dan terus mengambil teksi untuk ke Airport. 12.30 tengah malam flight pun berangkat.

Kesimpulannya Melbourne memang best. Tak puas rasanya.