Tuesday, August 31, 2010

Berbuka Puasa di Kampung Halaman

Hidangan berbuka

Yeay.... main mercun

Kemesraan 2 ekor anak kucing


Jalan tepi sungai pengkalan baru depan rumah mertuaku


Lepak-lepak bawah pokok mangga menunggu waktu berbuka

Imam muda

Minggu ni balik kampung dan berbuka bersama keluarga aku dan jugak keluarga mertua. Macam biasa waktu terasa bergerak dengan lambat.....maklumlah bila tiada aktiviti nak dibuat kecuali bersantai-santai dan bermalas-malasan bila di kampung.

Hari pertama berbuka di rumah mertua di Pengkalan Baru. Menu hari tu laksami, kanji, mee kari, masak lemak rebung yang sedap beserta telur masin buatan sendiri dan kuih muih serta air tebu dan cincau. Kak Leha dan suaminya Abg Shaf pun ada sekali masa berbuka.

Hari kedua berbuka di Matang Kerian atas anjuran En Aziz. Antara makanan utama adalah kari ikan bawal yang sedap, udang besar masak kering, sempera (ni makanan kegemaran aku sejak kecil- sejenis karipap tapi berintikan kelapa dan udang), gulai lemak jantung, cucur udang dan kuih muih serta air kelapa dan karot susu. Baguih punya balun. Dalam 9 lebih baru aku bertolak ke Manjung..

No comments: