Friday, August 6, 2010

Outstation - Pump Manufacturer Visit

Oriental Crystal Hotel Kajang

Outstation lagi. Visit Pump manufacturer di Seri Kembangan. Kali ni aku bawak family pasal dah banyak kali sebelum ni aku terkebil-kebil tidur sorang-sorang di bilik hotel. Tinggal semalam di Oriental Crystal.

Dalam perjalanan singgah beli buah mata kucing kat Bidor. Best pulak makan buah ni sambil bawak kereta. Sungguh aku tak sangka susah jugak nak jumpa jalan ke Kajang ni sedangkan dulu ni lah tempat lepak aku masa study di UKM Bangi. Entah hapa-hapa system jalanraya sekarang berbanding dulu. Sesat jugaklah aku sekejap. Dekat nak maghrib baru sampai.
 
Di lobi masa check out

Senaman 

Putera puteri duyung




Pagi makan kat cafe hotel, aku ingat macam biasa kena tambah duit untuk budak-budak dua orang ni....rupanya free aje, rezeki. Lepas makan aku terus ke SIHI Pump Seri Kembangan bersama-sama rombongan Cik Kiah dari Boustead.

Tengok presentation dan melawat kilang pump yang sederhana besarnya. Sepatutnya lunch supplier belanja kat Marriot Hotel, tapi aku tak join dan balik dulu. Pukul 2.00 check out dan terus bertolak pulang.

No comments: