6, 7 & 8 Mac
Edisi entry tertangguh dalam draft. Selalu jadi camni.
Hari tu Haikal bagitau dia dah boleh berkereta dalam U dia. Macam Nabila tak merasalah nak berkereta pasal UITM Penang memang tak benarkan parking dalam kampus. Takde kereta pun takde masalah semua benda serba dekat.
Jadi ada peluang, kami suami isteri rasa wajarlah Haikal ni diberi kereta. Motor, dia tak ada lesen. Lagipun U dia ni luas benor. Satu tempat ke tempat lain memang jauh dan berbukit-bukit.
Aku UKM dulu-dulu pun ada motor honda kapcai masa 2nd year. Hasil duit biasiswa aku belasah beli motor, jadi kena jimat-jimat makan lah. Yelah bukan senang nak pergi kuliah, Kamsis Ibrahim Yaakub nun atas bukit sana. Setakat nak berpeluh-peluh senang aje. Plate dia ABB, famous plate ni sampai member UKM kat Facebook dah 28 tahun masa berlalu pun masih ingat plate number tu😅.
2nd car aku yang dah 8 tahun pakai ni kena bagi dialah. Sayang aku kereta ni. Dia punya pickup memang mantap dan tak pernah breakdown sejak beli. Alhamdulillah. Bye kereta 😁
Sampai masa maka bertolak lah kami bersaing 2 kereta. Aku naik dengan Haikal dan Nora dengan Nabila. Nama aje bersaing, bukan main laju lagi deme bawak kereta. Apapun, singgah makan ke bilik air ke kena calling-calling le.
Untuk penginapan Nabila booking OYO Golden Guest. Selesa dan dekat jugak dengan IIUM hotel dia, parking pun mudah.
No comments:
Post a Comment