Babusar Pass - Chilas - Jaglot - Skardu
Hari ni kena travel agak jauh 290km. Kalau kat Malaysia ni kira dekat, tapi memandu di kawasan pergunungan yang berliku-liku, perjalanan pasti terasa jauh dan mencabar. Dalam jam 6 lebih macamtu kami dah check out dari hotel. Pagi ni Nabila offer nak bawak kereta.
Depan hotel sebelum bertolak
Kereta ni nampak kotor. Singgah basuh apa yang patut kat water stream yang jernih ni
Selesai cuci kereta lebih kurang maka perjalanan disambung lagi. Nak cari kedai makan untuk sarapan area Babusar ni. Harap ada la kedai yang bukak sebab masih awal pagi. Jalan depan lagi jumpa satu kedai tepian sungai yang dah bukak. Akan tetapi menu yang ada cuma roti prata. Prata pun prata lah, tengah lapar ni apa pun boleh. Kalau tengok pada banner dia macam macam ada tapi tu menu tengahari la kot.
Order dulu
Tengah buat roti prata. Ada aje sejadah depa atas meja tu dan kedai orang-orang muda ni sentiasa pasangkan bacaan Quran... bagus betul
Sama menu macam semalam. Bezanya kuah ada sejenis saja harini. Dia kata ada menu prata dan chana. Jadi depa orderla 3 prata, 1 chana dan teh. Ada sedikit kegembiraan sebab terdapat menu baru iaitu chana. Sadisnya sekali mai 3 prata dan 1 kuah. Rupanya chana yang dimaksudkan tu kuah dia le hahaha
Suasana kedai makan tepi sungai ni memang best
Ke mana la agaknya brader ni nak bawak keldai-keldai dia
Lepas makan pagi, sambung lagi. Kami melalui Chilas. Suruh Nabila singgah sini kejap sebab aku nak beli simkad.
Tak perasan apa nama pekan ni
Aku beli simkad Scom. Ambik masa jugak sebab foreigner tak boleh beli simkad kat sini. Nasib baik boleh pinjam IC kawan owner kedai. Alhamdulillah selamat ada internet selama 2 minggu
Dalam sejam lebih aku memandu dari pekan tadi sampailah di Pekan Jaglot. Singgah beli ayam panggang sini.
Roti prata ada dalam pekej ayam ni. Mesti dia ni musykil kenapa depa tak mau ambik prata dia. Nak makan ayam tu macam tu jeke haha. Padahal kami dah tak berasa nak makan prata lagi... kalau ambik jugak membazir la. Ayam tu kami cicah dengan sos yang dibawak bagi lagi sedap
Seronok tengok suasana pekan Jaglot yang aman damai. Friendship sesama mereka di mana mana pekan kecil sangatlah mengkagumkan. Selalu aje nampak orang-orang lelaki berpegang tangan sambil berjalan-jalan dan ketawa-ketawa terutamanya orang tua-tua. Kawan dari kecik agaknya. Comel betul, kami terpesona tengok suasana macam ni.
Masa kat pekan ni pun aku nampak lagi. Terhibur aku suami isteri tengok depa sambil menunggu anak-anak beli ayam. Tak sempat nak rakam.
Salah satu contoh kemesraan
Lepas sikit dari Jaglot tadi Haikal offer nak bawak kereta. Aku ok aje lagipun dah ada rasa mengantuk sikit-sikit ni. Geng wanita ni dok gempaq-gempaq pulak betul ke nak bagi Haikal bawak sebab ni first time dia nak bawak di Pakistan lagi pulak jalan ke Skardu ni memang lain macam sikit. Sentiasa ada jurang dan sungai yang kebanyakan takde penghadang serta bahu jalan pulak tu. Aku yakin je ngan anak aku sorang ni. Alhamdulillah elok je dia bawak sampai ke hotel sana. Jauh jugak dia ambik alih.
Tq my son
Ni lah rupa jalan takde penghadang tu
Selalu je nampak orang sini melepak tepi jalan, atas bukit tepi sungai dan kadang-kadang sambil bertinggung macam ni
Gebu je nampak ladang jagung ni
Taktaulah pasaipa depa pi berenti sini ambik gambar semua... malas aku nak join sebab nampak macam takde apa menarik pon hahah
Walaupun highway ke Skardu ni nampak baru dan elok tapi tanah runtuh memang selalu berlaku dan sentiasa ada orang membaiki jalan
Mentanglah jalan ni tak banyak kenderaan, photoshoot pulak depa
View kesukaan aku... snow capped mountain
Zoom sikit
Aku syak kurta ni memang pakaian wajib depa, sebab repair jalan pun masih pakai kurta jugak
Ketika makin hampir ke Skardu
Hampir dengan Skardu, kami singgah di suatu lookout yang cantik. Masa ni jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Maghrib pukul 6 sini. Memang mempersonakan tempat ni. Cuaca panas terik tapi nyaman sejuk aje. Bolehlah ambil gambar dan video sikit.
Lookout ni memang best. View dia jauh lebih cantik dari foto ni. Kalau ada cucoq udang dengan kopi o ka lagi sempoi lepak sini
Perjalanan disambung lagi menuju ke Upper Kachura Lake. Laluan ke Kachura Lake ni memang sempit apalagi kalau berselisih dengan kereta lain. Jadi kena lebih berhati-hati memandu.
On the way ke Kachura Lake. Depa ni sidai kain atas batu dan rumput aje. Teringin Nabila nak singgah sini sebab ada sungai kecik-kecik macamtu... sayang jalan sempit, tak ada tempat nak parking
Dalam pukul 4 ptg macam tu sampai sini. Kena parking di tempat yang disediakan. Lepastu kami perlu jalan kaki dalam 15 minit tak silap aku untuk sampai ke Upper Kachura Lake tu.
Tasik memang cantik aku nampak dari atas dan celahan-celahan pokok. Tapi nak turun sampai betul-betul ke tepi tasik tu kena lalu 2 jenis tangga yang curam betul. Letih aku rasa, jadi depa saja yang turun sementara aku sembang-sembang dengan owner hotel atas ni.
Laluan jalan kaki untuk ke tasik... stream ni memang jernih betul
Salah satu tangga untuk turun ke tepi tasik
Upper Kachura Lake
Habis Upper Lake kami terus ke penginapan di Skardu ini iaitu Rafsal Inn Guesthouse. Dekat aje dengan jalan utama. Hari dekat nak malam ni. Tuan rumah dia Mr Tanveer sedia menunggu kami. Skardu ni selalu aje blackout, jadi owner dia dah ready dengan back-up generator. Baik sungguh dan peramah betul orangnya. Siap tolong order dan pickup makan malam untuk kami. Mana nak dapat owner macam ni kat negara lain. Kalau lapar sendiri cari lah... hahahha.
Dia katanya tinggal di Denmark, balik sini sebab dia nak menguruskan harta nenek dia termasuk guesthouse ni. Selesa guesthouse ni bagi kami sekeluarga. Cuma macam biasalah hot water shower kena tunggu sejam baru ada. Apapun Alhamdulillah.
Ni Mr Tanveer tengah dok explain macam-macam... ruang tamu dia agak luas
Salah satu bilik di Rafsal Inn... besar rumah ni ada tiga bilik yang lengkap dengan bilik air dan satu lagi bilik air di ruang tamu. Jenuh bantal dan selimut hahaha
Tanveer ni siap hidang dan bentang saprah serta pinggan mangkuk gelas semua untuk kami. Menu malam ini nasi goreng cina, nasi biriani, pizza dan burger... alhamdulillah
Lepas makan malam yang agak sedap, dengan suasana yang sejuk ni lagi cepatlah mengantuk. Siap mandi semua orang, apalagi tidur laa.
No comments:
Post a Comment