20 Sept 2022Abbottabad - Mansehra - Balakot - Kaghan - Naran - Batakundi - Gittidas - Babusar Top - Babusar
Walaupun tarikh ni dikira masih awal autumn, suasana pagi memang sejuk di Abbottabad ini. Jam 4.30 pagi dah waktu subuh, maka cepatlah siang. Jadi kami decide bertolak lebih awal sikit. Sebelum tuan rumah bangun kami dah bergerak tak menunggu sarapan walaupun guesthouse ni ada menyediakan sarapan jam 8 pagi.
Pagi di Republika Central Guesthouse
Bilik kami di tingkat bawah
RC belakang tu Republika Central
Wife aku memulakan pemanduan pagi ni. Sebab jarak yang jauh jadi selalu aje kami tukar tukar driver
Singgah makan kat satu kedai. Semua pelanggan adalah lelaki. Payah nak tengok perempuan makan di kedai atau merayau-rayau area pekan di Pakistan ni. Peniaga pun semuanya lelaki. Sepanjang laluan tadi pun sama kecuali student yang on the way ke sekolah.
Aku tanya apa yang dijual tapi dia macam kurang faham. Jadi kena guna offline google translate English - Urdu. Aku order roti prata, sedap jugak cuma kuah depa style lain sikit. Teh memang sedaplah maklumlah aku tengok youtube penyediaan teh memang agak sukar dan banyak proses.
Roti dia memang lembut. Tapi kuah dia jauh benor taste dari Malaysia. Kurang matching walaupun sampai 3 jenis kuah dibaginya. Hantam ajelah. Bekas oren tu tempat basuh tangan takyah susah susah nak bangun pegi sinki walaupun dekat aje. Memanjakan pelanggan sungguh orang Pakistan ni
Habis makan perjalanan disambung. Pemandangan memang indah dengan gunung-ganang dan sungai. Tapi jalan rayanya tidaklah begitu baik dan rosak sana sini. Kena hati-hati kalau melalui tempat yang ada laluan air di atas jalan raya.
Singgah tambah minyak lagi tak silap aku dalam PKR 5K lebih kurang RM100. Semalam kat Islamabad dah isi penuh dalam PKR 12K. Attock ni kira macam Petronas la kat sini. Paling selesa dan ada merata tempat
Ini masa berhenti anak aku nak muntah huhu.... punya lawa view sini siap gunung ganang dan sungai turquoise lagi kat bawah tu. Takde gambar le pulak nak letak
Lepas berhenti kejap tadi tiba tiba ternampak tandas awam depan sikit je jadi singgah sini pulak. Ada hotel lagi. Yang aku perasan memang banyak hotel sepanjang perjalanan
Kagum aku tengok rumah-rumah di lereng gunung ni
Hampir 3 jam perjalanan kami sampai di Kewai Waterfall. Restoran di tepi jalan yang agak popular. Tapi tak makan apa sebab masih kenyang lagi ni.
Kedai makan style rendam kaki ni memang famous dikalangan pelancong
BRINGING ENERGY TO THE WORLD... tu lah yang dia tulis kat situ lain semua tulisan Cina
Singgah di beberapa spot dan lookout menarik termasuk lereng gunung dan air terjun. Kerap kali jugak berjumpa pos pemeriksaan polis. Passport dan salinan visa yang mencukupi mesti kena ada. Maklumlah negara yang berkrisis dengan jirannya, mestilah kena selalu ada police check post. Tapi polisnya baik-baik dan peramah belaka. Dengar dari Malaysia lagi depa ramah-tamah, ada yg sebut our brother country.
Tak silap aku ni tempat daftar nama untuk orang luar yang melalui sini sebelum sampai ke Naran. Kalau tak tulis nama nanti kena patah balik masa check post kat depan nanti
Laluan menghampiri Naran lebih mencabar lagi sepadan dengan viewnya yang indah. Sungai yang turquoise dan langit yang membiru memang mempersonakan. Dapat singgah kejap kejap aja memandangkan perjalanan masih jauh lagi.
Anak-anak singgah beli jagung bakar di tepian sungai. Bakar dalam garam yang macam pasir. Rupa dia cantik. akan tetapi menjadi misteri kenapa jagung ni keras... dah tua atau ni memang style Pakistan, tak pasti la pulak
Kerja membaiki jalan sedang giat dijalankan
Semakin hampir pekan Naran
Suasana kedai makan Naran
Singgah makan tengahari tapi agak lewat dah di Pekan Naran ni. Aku tanya ada ke nasi dia kata ada. Dia siap offer kari ayam. Aku ingat semua dah ready macam nasi campur kat Malaysia, rupanya lepas duduk baru tau apapun tak ready lagi. Ayam pun baru dikeluarkan dari peti ais. Adeh... camni kena tunggu lamalah. Depa sini style masak on the spot. Sekali dengan kuali mai atas meja haha. Prata ni biasanya depa akan hidang sekali kalau tak bagitau. Alhamdulillah rasa makanan agak sedap
Mana nak cari atas jalanraya ada air terjun macam ni
Lepas makan tengahari sambung lagi perjalanan, Singgah solat Jamak Zohor dan Asar di Masjid Jamia Abubakar Siddique area Batakundi. Sekali nak cek bawah kereta macam ada bunyi sikit. Alhamdulillah takde apa yang sirius.
Terlalu baiklah orang Pakistan kat masjid ni. Layanan yang mesra dari Jemaah Tabligh ni sampai rasa segan. Yelah kita mana biasa orang layan punya baik ramah macam ni. Siap pegang tangan tarik aku dan dudukkan aku atas kerusi. Hehehe. Tak cukup tu bungkus bagi makanan berupa buah buahan kering pula ke Haikal dan aku.
Air terjun atas jalan ni kena lebih hati-hati boleh sangkut kereta kalau silap sikit aje atau nasib tak baik. Skru yang mengikat rubber protection bawah kereta kami ni jatuh. Nasib baik ada orang sudi tolong kami kalau tak, susah lah nak berjalan rubber protection dok menyeret atas jalan
Inilah orang yang tolong kami tu. Sorang ni tengah cuci jeep. Sorang lagi tengah sibuk angkut barang ke dalam kereta. Sanggup tinggalkan kerja depa sebab nak tolong kami. Baiknya depa ni aku nak bagi duit depa tak mau. Jenuh aku suruh ambik, banyak kali baru dia terima
Masjid Jamia Abubakar Siddique sebelah kanan yang hijau tu
Sambung lagi perjalanan. Singgah sekejap di Lulusar Lake. Naikkan drone untuk pertama kali di Pakistan. Sekejap aje sini. Di pertengahan jalan atas gunung tiba tiba ada sebuah lori rosak menghalang laluan. Kami dah cuak takut tersadai kat sini, sudahlah sejuk atas gunung ni hari pun makin senja. Dahla laluan sebelah kanan sempit dan ada gaung pulak tu. Terpaksalah lalu dengan keadaan suspen dan amat berhati hati dengan bimbingan driver tu dan Haikal.
Seterusnya melalui Babusar Top, tak singgah pun sebab dah makin gelap. Malam baru sampai di Zig Zag Babusar Pass, malangnya motel yang aku target tak jumpa pulak. Terpaksalah cari motel lain. Nasib baiklah sekarang ni off season jadi memang ada banyak motel kosong. Ambik ajelah lagipun dah letih ni.
Lulusar Lake
Ini gambar hotel waktu pagi. Kami walk in aje sebab penginapan asal iaitu Imran Hill Top Hotel gagal ditemui. Rate dia RM70.
Nama penginapan malam ni Al Amin Hotel, agak selesa dan masih baru. Cuma macam semalam hot water shower kena tunggu sejam baru berfungsi. Rimas punya pasal sanggup aje aku mandi dalam kesejukan manakala family aku kena menunggulah baru boleh mandi.
Pasal makan malam pulak, late lunch tadi kat Naran tu dia punya kenyang membawa sampai ke malam. Makan buah buah pun dah cukup.
No comments:
Post a Comment