Manjung - Salak Tinggi - KLIA - Islamabad Airport - Abbottabat
Flight Pakistan International Airlines (PIA) ni pukul 12.40 tengahari. Jadi kena ke Salak Tinggi sehari sebelum tu lah. Settle semua terus menuju ke Salak Tinggi. On the way ada macam macam benda lagi depa ni buat apa entah jadi sampai pun sudah lewat malam.
Check in di hotel Night Queen Salak Tinggi untuk semalaman. Hotel ni dekat betul dengan stesen ERL. Dua minit dah sampai.
Hotel OYO family room ni rate dia RM57 je semalam. Dapat diskaun sebab check in lewat malam. Ada 1 katil queen dan 2 katil single
Katil queen ni selesa banding katil single atas nun, depa kata keras sikit. Apapun masih berbaloilah nak kira dengan harga dia tu
Esoknya terus ke ERL Salak Tinggi. Susah jugak nak dapat parking sampai level 5 baru ada kosong. Lepas parking kereta terus naik ERL ke KLIA.
Check in PIA ni senang aje. Luggage pun dia check gitu-gitu aje. Yang tak bestnya flight dia delay sampai 1 jam. Boarding gate patut dah tutup tapi aku tengok ada aje penumpang baru nak naik. Heran aku tak ada undang-undang ke atau depa ni suka kesian dekat customer. Lambat pun depa tak kisah.
Suasana KLIA... lama dah tak mai airport
Smooth elok je Pilot ni take off ... ni masa nak sampai
PIA ni ada 3 seater aje di bahagian tengah dia. Sebelah anak aku ni, Pakistan. Lama depa bersembang. Cakap melayu fasih bukan main.
Untung Haikal ni, aku nampak bahagia aje dia tidur memanjang. Tak macam kami terkebil-kebil maklumlah flight tengahari bukan senang nak lelap mata
Sejam lepas take off depa hidangkan menu ni... agak sedap juge
Sampai Islamabad Airport dalam pukul 4.30 waktu tempatan. Penerbangan ambil masa 6 jam. Ikut ETA nak jumpa car rental owner pukul 3.30. Ni dah kira delay la. Jadi segera aku aktifkan roaming Telenor dan menghubungi owner tu. Kami bertemu di Parking bay.
Suasana depan parking bay
Honda Civic yang aku sewa
Aku tanya owner ni mana nak tukar duit ke Pakistan Rupee sebab kat dalam airport tadi tutup aje nampaknya. Sekali dia offer nak bawak kami ke money changer. Syukriya. Dalam setengah jam jugak perjalanan. 2 kedai mula pergi tu tutup yang ke 3 baru buka. Alhamdulillah.
Yang kelakarnya money changer ni dia bagi duit 1000 rupee punyalah banyak dan tebal. Aku ingat dia nak bagi duit besar-besar. Terasa kaya pulak aku kat Pakistan ni.
Lepas tukar duit terus menuju ke Abbottabat menggunakan Hazara Highway. Kereta Honda ni dah siap ada M2 Tag sticker. Jadi nak bayar tol tak ada hal. Singgah kejap makan di Mc D sebab semua orang lapar.
Sambung lagi perjalanan. Semua orang tidur keletihan. Aku memandu dengan cermat hanya berpandukan offline map yang siap-siap Nabila download dalam phone. Line Telenor memang macam biskut kejap ada kejap tak ada. Tol dia memang murah aku macam tak percaya pun ada. Ada ke 121 km tol dia cuma RM4. Pemurah betul.
Sunset dari dalam kereta
Jom singgah makan dulu. Menu dia terhad dan rasa sederhana, bole la janji kenyang
Hampir 2 jam memandu akhirnya kami tiba di Abbottabat dan terus menuju ke Guesthouse Republika Central. Susur keluar dari highway tadi terus aku masuk ke jalan biasa nak ke guesthouse ni. Laluannya sedikit berbukit serta sunyi betul sampai kami sangka salah jalan. Tapi map tunjuk betul lokasinya, jadi yakin ajelah. Rupanya memang betul tempat yang dituju dan ownernya menyambut kedatangan kami.
Rate bilik ni RM100 semalam. Murah banyaklah berbanding negara lain yang pernah pegi sebelum ni.
Layanan orang sini memang baik. Malam tu anak aku tanya mana kedai yang ada jual air. Terus owner dia ajak Haikal jalan kaki sama sama ke kedai. Kedai pulak dah tutup. Dia pi ketuk kedai dan tuan punya kedai keluar dengan muka senyum aje, langsung tak nampak kurang senang. Rupanya depa semua bab melayan tetamu memang superb. Nanti ada banyak lagi peristiwa macam ni, sampai kami terasa segan betul.
Suasana malam Republika Central
Sejuk suasana Abbottabat ni nasib baik selimut guesthouse ni cukup tebal dan selesa. Bilik ni ada 1 katil king size dan 1 katil single serta set sofa. Hot shower ada cuma kena tunggu 1 jam sebelum boleh mandi. Sini punya hotel style dia cuma boleh on pemanas bila ada tetamu saja. Aku tau beberapa hari kemudian bila owner hotel lain explain yang pemanas akan terlalu panas berisiko tinggi kalau sentiasa on.
No comments:
Post a Comment