Sunday, April 10, 2011

Basikal Baru

Aku dilahirkan di sebuah kilang. Badanku diperbuat daripada besi  dan aku mempunyai 2 buah roda........Kecik-kecik dulu begitulah rupanya bentuk karangan kalau diberi tajuk "aku sebuah basikal".  Tapi sampai sekarang pun masih laku lagi karangan macam ni kat sekolah rupanya. Macam tahun lepas Haikal dapat A masa buat karangan tajuk ni walaupun belum pernah ada basikal.

Sebenarnya baru-baru ni aku telah membeli sebuah basikal untuk Haikal. Dia ni baru aje belajar naik. Aku tak pernah beli kat dia selama ni, dia pun takde mintak dan aku sendiri rasa takde keperluan untuk dia ada basikal. Pergi balik sekolah pagi petang ada driver...Baru baru ni aje bila dia dah pandai baru dia minta aku belikan. 

Sayang tu..roda pun cuci. Jangan hangat hangat tahi ayam dah le


Kes dia sama macam aku kecik-kecik dulu. Dia dapat naik basikal secara mengejut sebab ada satu hari tu dia tak tahan hati tengok sepupunya boleh naik dengan cekap. Tercabar......dia berusaha gigih dan dalam masa 3 jam dah berjaya naik. Aku dulu berjaya naik basikal pun sebab tercabar jugak pasal adik aku dah dapat naik...hahha...immediately terus boleh bawak.

Aku harap dia takdelah gunakan basikal ni untuk merayau-rayau tak tentu hala. Risau jugak aku tengok budak-budak taman ni ada yang merayau sampai ke bandar Manjung. Tapi setakat ni under control lah.

Thursday, March 31, 2011

Birthday 2011 @ Teluk Senangin

 26 Mac 2011

Sambutan tahun ni kira kira konsep outdoor ler kononnya. Teluk Senangin ler apa lagi. Tunda seminggu. Macam biasa tidur kat chalet Pak Kamal lagi kali ni.

Menu cadangan utama adalah sate. Minggu lepas baru berangan, minggu ni dah jadi. Senang je rupanya buat sate ni.


Bakar satelah acara paling best. Lembut betul sate kalau guna ayam bahagian tigh ni rupanya. Orang takde gigi pun boleh makan.

 Tak ketinggalan jugak siput remis yang depa cari sendiri pun depa bakar sekali





Selain itu ada jugak buat kuew teow goreng sebelah petang dan nasi lemak keesokan pagi. Budak-budak ni pulak asyik berendam aje. Biaq hitam kulit baru depa tau.

Sunday, March 20, 2011

Outstation - Meeting with Supplier

Hotel Istana 

Minggu ini outstation lagi. Ada meeting penting dengan beberapa syarikat. Kali ni lega sikit pasal ditempatkan di hotel istana......tak payah jalan jauh-jauh sebab Main Office aku sebelah aje dengan hotel ni.

Sebelum tu on the way singgah kat Restoran Jejantas Sungai Buloh. Lebat betul hujan sampai terpaksa parking kereta kat bawah bumbung. Singgah beli sate Kajang. Hari tu aku dah hilang minat sebab rasanya dah merosot tapi masa outstation minggu lepas aku makan sate ayam dia ok la pulak. Cuma sate dagingnya yang masih lagi liat. Kena ada ISO 9001 gamaknya barulah kualiti sate depa ni boleh konsistent.



Check in satu malam untuk kali pertama kat Istana yang 5 star ni. Tapi aku musykil sikit sebab dia mintak cagaran RM150 untuk mini bar sedangkan bila masuk bilik apa pun tarak. Apapun bilik dia memang agak luas dan nampak mewah terutama bilik air, cuma kolam renang agak dalam sikit kira-kira saiz mat saleh.

Aku ni harap tinggal je kat hotel mewah tapi makan semua beli kat kedai mamak......hahhahaha. Sapa nak buang duit beli nasi goreng sampai RM38.00 sepinggan??? Kalau kat Coronade dulu order kat bilik bolehla tahan murah sikit harga dia, sedap pulak tu.




Aku pegi meeting depa bertiga bergumbira kat kolam 


Selera betul dia kali ni, habis semangkuk dia balun

Masa balik singgah makan kat R&R Rawang. Boleh tahan ler rasanya. Masa dah dekat dengan Teluk Intan, tetiba rasa dahaga betul bila teringat cendol pulut yang kami ternampak masa on the way datang semalam. Intai punya intai....terjumpa jugaklah gerai cendol pulut idaman tu. Apa lagi......siap tambah laksa daun janggus. Dia punya cendol tak berapa sedap la pulak. Apapun pulun.......lega.

Wednesday, March 16, 2011

Ulu Licin

12 Mac 2011

Lama sungguh kami tak pegi ke Ulu Licin ni. Minggu ni teringin rasanya nak merasa kedinginan airnya sambil menyaksikan keindahan alam sekitar dan deruan airnya yang mengalir tanpa jemu.

Sampai sana sekitar 11 lebih. Sebelum tu sempat jugak beli ikan kat pasar pekan Beruas. Musykil jugak kami sekeluarga pasal langsung tak de orang kat Ulu Licin ni. Apa dah jadi??? Perlahan lahan naik ke atas lagi..rupanya ada ramai orang kat sana, tapi takkan nak join depa pulak sebab macam group je....siap ada sukaneka lagi. 

Turun pulak ke bawah semula, tempat yang biasa aku pergi.....langsung tak de orang. Cuak rasanya.....nyaris-nyaris nak patah balik, ada pulak yang bagi cadangan pegi je allagar. Last buat keputusan mandi ajelah kat sini.

 Sebelum pergi, pekena dulu roti canai dengan teh kat kedai terapung Kampung Sitiawan ni





Terus turun barang, bentang tikar, diri khemah dan Nora pulak masak sambal tumis telur beserta goreng ikan kat situ. Apalagi guna dapur kecik tulah......berjasa betul. Dah banyak tahun aku guna masih berfungsi dengan baik. 

Hahaa.....betapa sedapnya makan makanan yang walaupun simple, tapi kalau tepi air macam ni bertambah-tambah jadinya dan terasa sungguh lazat. Itu belum lagi aku bakar ayam dan ikan.....puncanya aku dah kehabisan arang dan minyak gas yang belum diganti lagi.



 Aktiviti memanaskan badan selepas berendam

Tak lama lepas tu baru aku tengok ada kereta dan beberapa keluarga lain yang datang sini. Makin panas cuaca, makin best mandi air terjun macam ni. Sempat la jugak baring-baring sampai pukul 4 lebih. Kalau ikut budak-budak ni depa tak mau balik lagi, tapi memandangkan cuaca dah mula mendung, apa lagi angkat kakilah.

Seronok memang seronok bila buat aktiviti dengan ahli-ahli keluarga tersayang. Sebab tu lah aku tak hantar Nabila ke asrama nanti tak cukup korum la pulak. Gitulah adenye...