Tuesday, September 20, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Lama betul tak update blog aku ni. Maklumlah bulan puasa mana ada mood nak update. Badan lembik macam kangkung. So sempena bulan syawal ni elok rasanya aku update sikit tentang Aidilfitri yang lepas.


 Masa beraya di rumah Kak Chik dan Abang Sudin raya ke 3. Macam macam ada.

Macam tahun-tahun yang lepas jugaklah persediaan kami sekeluarga sederhana je. Baju raya pun last minit baru pegi beli.....untungnya pilihan makin banyak dan harga makin diskaun terutama biskut raya.

Bakar bakar ketam dan ikan. Tak menang tangan...



Raya tahun ni aku solat sunat di Masjid Pengkalan Baru. Pak imam Mat Long siap menangis tu.. terharu kata dia. 

Thursday, July 21, 2011

Family Day 2011 - Padang MDM

Sabtu minggu lepas Yard buat family day. Aku sekeluarga pun join la. Nak tau jugak apa yang menarik kat sini. Meriah rupanya dengan macam-macam acara telematch dan yang penting ada pelbagai makanan disediakan.  

Nabila masuk acara kerusi berirama. Walaupun tak menang, dapatla saguhati. Haikal pulak sepatutnya masuk acara tiup belon...entah macamana terlebih peserta pulak dah. Takpe lain kali boleh masuk lagi.

Keluarga rumah kuning di bawah khemah masing masing. Macam sukan kat sekolah le pulak.



Topi kuning macam BERSIH lak






Sampai acara cabutan bertuah yang suspen tu. Asal orang tu umum nombor pekerja aje Nabila dengan Haikal dok tanya.....bila nombor ayah nak ada ni? Aku cakap rilek le.....ada punya. Sekali dah dekat nak last round pertama cabutan bertuah ni, akhirnya nombor aku 1017 pun naik. Haaaa....kan dah betul. Dapat jugak le hamper kat aku. Kalau pusingan kedua ada LCD TV dan barangan elektrik lain. Apapun dapat hamper ni dah Alhamdulillah daripada tak dapat apa. Bayangkan pekerja sikit punya ramai ke. 

Kami kat sini pulak dari mula datang asyik makan dan minum aje. Siap boleh  bawak balik lagi. Dekat pukul 2 jugak baru balik. Nasib laa cuaca hari tu redup sampai petang, kalau tidak dah lama cabut.

Transformers & Harry Potter



Ada lagi !!!. aku ingat dah abis ler musim tengok wayang ni. Rupanya masih belum tamat. Sempena Haikal dapat nombor 1 dan 4 kat kedua dua sekolah baru baru ni, maka dia mintak la nak tengok wayang. Ish ish.....aku dulu memanjang no 1 dan 2 aje tak dapat apa pun?? Gitulah bebudak sekarang. 

Nabila pulak dia jenis tak mintak apa-apa. Keinginan dia setakat ni nak bela pets je. Tapi itupun dah cukup buat aku pening.  

Transfomers Dark of the Moon baru aje tengok. Lepas tu pulak datang lagi Harry Potter melanda. Panggung kat Sitiawan ni pun bukan main ramai lagi pengunjung semenjak kebelakangan ni. Lambat booking sikit alamat duduk depan sekali laa.
 
Komen aku : Kedua-dua cerita ni memang hebat dan superb. Puas hati tengok.

Sunday, June 26, 2011

Outstation

 Citin Hotel Puduraya

Outstation baru ni aku bermalam kat Hotel Citin, betul-betul depan Puduraya. Aku kalau datang area ni makan malam paling favourite mestilah medan selera kat sebelah Hotel Ancasa / Kotaraya. Kat sini aku suka makan steamboat, nasik lemak muncung tinggi dan lain-lain. 

Selain dari suasana yang terasa sempoi, dapat jugak tengok suasana kehidupan KL yang sentiasa sibuk dan bernyawa. Nak tunggu KL ni malap dan suram kena tunggu le hari raya nanti.......orang kata atas jalan pun boleh tidur....gitu.

Breakfast kat Citin ni simple je tapi sedap

Kat A&W

Aku pegi opis, depa pulak pegi makan makan dan  merayau sampai tertidur tidur sorang mamat tu


Welcome to Land Port Puduraya

Nasi lemak muncung tinggi dan steamboat


Sebenarnya lama aku tak menjengah Puduraya ni......sedangkan masa kat UKM dulu, nilah tempat aku kalau nak balik kampung, atau balik dari kampung. Lepas renovation hampir 3 tahun......Puduraya kelihatan canggih. Escalator di mana-mana.......Sampai turun ke platform pun pakai escalator. Suasana dah macam kat Airport.....such a drastic change.