Tuesday, July 7, 2020
Thursday, May 21, 2020
Berita Terkini : Perak Benarkan Aktiviti Makan Di Restoran, Riadah Di Taman Rekreasi
IPOH: Perak menarik balik larangan aktiviti makan di premis atau ‘dine in’ di restoran atau kedai makan seluruh negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), berkuatkuasa serta-merta.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, walau bagaimanapun ia terpulang kepada pemilik premis berkenaan sama ada membenarkan ia atau tidak.
“Saya ingin maklumkan, kita dah boleh benarkan para pengusaha premis makanan seperti Restoran Nasi Kandar Vanggey dan Restoran Tauge Ayam Lou Wong untuk beroperasi secara ‘dine in’ atau makan di dalam restoran.
“Tetapi, keputusan sama ada untuk benarkan pelanggan makan dalam restoran atau tidak, adalah terpulang sepenuhnya kepada para pengusaha.
“Sekiranya mereka telah bersedia untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan, bolehlah benarkan. Jika belum bersedia, eloklah tangguhkan dahulu,” katanya.
Dalam pada itu katanya SOP yang harus dipatuhi di dalam restoran adalah termasuk penjarakan sosial, menghadkan bilangan pelanggan serta mendapatkan maklumat diri setiap daripada mereka sebelum masuk ke premis.
Selain itu ujar beliau, kerajaan negeri turut mengumumkan pembukaan semua taman-taman rekreasi awam yang ditutup sebelum ini.
“Bagi orang ramai yang rindukan aktiviti riadah di taman-taman rekreasi awam pula, saya umumkan ia akan dibuka semula kepada orang ramai berkuatkuasa serta merta.
“Begitu pun, orang ramai diingatkan bahawa mereka wajib mematuhi SOP ketat norma baru khususnya mematuhi penjarakan sosial sewaktu beriadah di taman rekreasi awam,” katanya.
Thursday, February 13, 2020
Pantai Batu Hitam Kuantan
26 - 28 Jan 2020
Nak kena hantar Arif Haikal ke Gambanglah nampaknya sebab cutinya selama 3 minggu dah tamat. Ni kira semester last lah anak aku ni kat CFS. Kakaknya pulak cuti semester sebulan, jadi lengkaplah sekeluarga. Alhamdulillah. Cantiklah kalau ada ramai driver gantian😄. Lama dah tak mai Pahang ni.
Untuk penginapan kali ini aku memilih tinggal selama 2 malam di Pantai Batu Hitam. Apartment pilihan adalah Zara Suite, TimurBay Seafront Suites & Residence.
Perjalanan lancar aje, maklumlah hari Ahad jalan belum sesak lagi. Tunggu Isnin kalu, baru tau sesak ke tak sesak bila warga kota pulang semula dari cuti CNY.
Macam biasalah, otw tu singgah merata termasuk makan pagi kat medan selera Lekir, cendol kat Batang Kali dan yang paling wow, singgah makan patin tempoyak yang famous di Temerloh 👍👍
Anak-anak aku pantang nampak cendol nak aje menyinggah
Restoran Go' Bang Maju Temerloh ni memang ramai orang padahal dah pukul 5 petang... ada baca kata cawangan dia ada di Bangi dan Sri Rampai
Meletop. Kuah dia style pekat. Memang sedap rasa dia. Satu mangkuk ni RM12. Ada orang suggest Patin Bangau tapi masa aku lalu depa dah tutup
Singgah merata punya pasal, dah gelap baru sampai apartment. Check in tak sukar, ownernya hantar parents dia bagi kunci dan terangkan cara nak access masuk. Memang comel, bersih, kemas dan cantiklah apartment ni. Semua orang suka.
Deko yang menarik hati
Ada TV pun tengok gitu-gitu aje, adakah aku telah mencapai tahap percutian ala-ala mat saleh yang request tv diremove dari bilik? 😅
Dapur yang lengkap
View dari tingkap dapur
Paginya kami ke CFS. Tujuannya sebab wife aku ajak beli makanan serta minuman tambahan Haikal kat Taman Tas, jugak nak tengokkan bilik dia dan tolong susun apa yang patut. Aku tengok banyak jugak wife aku beli barang untuk anak aku ni. Udah mcm supermarket kecik nampaknya🤣🤣.
Ni kira kali kedua la masuk bilik dia lepas setengah tahun lebih dia duduk sini, hahaha. Tu dia Haikal, bilik dia kena inspection dengan warden asrama 😇
Ni kira kali kedua la masuk bilik dia lepas setengah tahun lebih dia duduk sini, hahaha. Tu dia Haikal, bilik dia kena inspection dengan warden asrama 😇

Cantik viewnya
Suasana malam agak sejuk dan sangatlah banyak angin
Santai nampak
Makan malam restoran depan apartment. Ikan masak stim dia sedap jugak
Makan pagi kedai depan apartment jugak... senang jalan kaki aje
Keropok ni depan apartment
Suasana apartment ni memang menarik. Cuma kolamnya tak begitu jernih, agaknya sebab ramai orang datang sempena CNY. Lagi satu seram jugak kami nak beria-ia mandi maklumnya sekarang ni tengah heboh pasal coronavirus. Ntahlah kebelakangan ni makin takut kami bila nampak geng ni, rasa macam nampak virus aje 😅
Macamanapun nak merasa, hari last tu sebelum check out mandilah juga kat pool sini, sambil mengelak-ngelak bila nampak depa datang dekat.
Suasana tepi pantai
Pantai sini memang luas dan panjang. Kami tak mandi pun
Habis mandi naik bilik kemas apa yang patut dan terus gerak. Singgah sana sini makan pizza bagai last last lewat petang jugak baru bertolak balik dari CFS. Selamat tinggal anakku... sampai jumpa lagi.
Alhamdulillah, perjalanan pulang pun lancar aje, maklumlah kebanyakan wargakota dah pulang semalam. Selamat.
Alhamdulillah, perjalanan pulang pun lancar aje, maklumlah kebanyakan wargakota dah pulang semalam. Selamat.
Sunday, February 2, 2020
Seri Malaysia Penang
15 - 17 November 2019
Maka tamatlah cuti anak bujang aku selama 3 minggu kat rumah. Jadi kenalah dia balik semula ke CFS Gambang untuk menyambung kuliahnya semester ke 2. Maka aku pun search la Firefly, macam mahal la pulak tambangnya. RM400 lebih Penang - Kuantan sehala sahaja.
Selalu aje aku search mana tau harga ada diskaun. Rupanya lagi tiga hari sebelum tarikh bertolak ada diskaun flight untuk hari Ahad 17 November harga RM246. Yes tak lepas peluang terus aku book flight ni. Nampaknya kalau last minit ada aje diskaun. Kalau Jumaat lagi murah RM100 lebih je , tapi takkan aku nak suruh dia balik awal pulak. Huhu.
Boleh aje terus hantar direct ke airport Penang hari Ahad tu tapi memandangkan Nabila memang ada di Permatang Pauh, teruslah buat plan nak menginap di Penang, enjoy-enjoy dengan anak-anak. Ginilah keadaan kalau anak ada 2 orang aje. Sayang tu lebih😻
Dah berapa kali tukar hotel kat booking.com, keputusan akhirnya adalah menginap di Seri Malaysia Penang dan ini kali pertama aku try book dari Agoda. Tak best Agoda ni, lembab dan nak dapat confirmation pun kena follow up.
Nampaknya aku kena rujuk semula dengan booking.com sementelahan status aku di booking.com adalah "Genius Level 2" walaupun aku bukanlah genius... hehehehhe. Ratenya untuk 2 malam Family Room berharga RM321 termasuk sarapan untuk 3 orang. Tambahan untuk sorang makan RM18. Ni kali kedua check in di hotel yang sama... last dulu 2013.
Kereta ini dipandu oleh Arif Haikal. Untuk kali pertama kami menggunakan Jambatan kedua iaitu jambatan Sultan Abdul Halim sebab tak perlu ke UITM lagi. Sepatutnya terus pergi ambik Nabila, tapi dia ada tournament chess mewakili Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Malam baru habis pukul 10 katanye, jadi terpaksalah kami bertiga check in di Hotel Seri Malaysia dulu.
Nampaknya aku kena rujuk semula dengan booking.com sementelahan status aku di booking.com adalah "Genius Level 2" walaupun aku bukanlah genius... hehehehhe. Ratenya untuk 2 malam Family Room berharga RM321 termasuk sarapan untuk 3 orang. Tambahan untuk sorang makan RM18. Ni kali kedua check in di hotel yang sama... last dulu 2013.
Kereta ini dipandu oleh Arif Haikal. Untuk kali pertama kami menggunakan Jambatan kedua iaitu jambatan Sultan Abdul Halim sebab tak perlu ke UITM lagi. Sepatutnya terus pergi ambik Nabila, tapi dia ada tournament chess mewakili Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Malam baru habis pukul 10 katanye, jadi terpaksalah kami bertiga check in di Hotel Seri Malaysia dulu.
Terlebih enjoy view sampai terlupa nak ambik gambar masa atas jambatan
Bilik di Seri Malaysia
Anyway masa kat sini si Haikal check result exam, dia dapat 4 flat. Alhamdulillah. Dia punya gaya happy tu nak tergelak nengoknya. Hahaha
Mana dia result tu tak nampak pun😅
Semua orang dah lapar tambahan hujan - hujan macam ni. Jadi singgah aje di Restoran Fais Station kegemaran semua. Macam biasalah order siakap sweet and sour dan lain lain. Sedap opkos dan cepat aje makanan siap. Habis makan tak ke mana lagi terus ke hotel semula.
Bangun pagi sebelum ke mana-mana sarapan dulu kat Cafe Seri Malaysia ni. Banyak jugak pilihan makanan dan sedap rasanya. Memang puas hatilah makan sini, boleh ulang lagi nampaknya.
Makan pagi kat Seri Malaysia memang best
Macam-macam ada

Suasana dalam Cafe

Lobi
Ada dua hari ni takkanlah nak duduk bilik aje walaupun aku tak tau dah nak pegi mana kat Penang ni, Tempat pertama yang ada dalam fikiran aku adalah Taman Metropolitan Relau. Maka kami pun menuju ke sana. Tak lama kat sini, sebab pernah datang dulu. Jalan-jalan kejap aje terus aku ajak ke Batu Ferringhi pulak.
Relau Metropolitan Garden
Ada kolam untuk kanak-kanak mandi
Suasana pantai Batu Ferringhi
Cendol sama rojak ni susah dilepaskan
Habis baru Ferringhi bergerak pulak ke Teluk Bahang nak tengok empangan katanya. Sebelum tu on the way singgah kejap solat jamak di Masjid Teluk Bahang. Cantik dan selesa masjidnya.
Empangan ni merupakan tadahan air terbesar di Penang


Singgah kejap Taman Rimba Teluk Bahang tapi tak masuk mandi pun. Sebelah ni ada Escape Penang yang agak baru dibuka

Pulut udang Teluk Bahang ni memang sedap. Besor pulak tu. Betul agakan aku kalau makanan jenis jual banyak bertimbun timbun dan sejenis je ni biasanya sedap
Next menuju ke tempat penginapan semula. Lalu Shamrock Beach sekali lagi. Depa ajak singgah, singgah ajelah takde masalah. Sempat pulak depa makan pasembor, ABC dan entah apa lagi.
Shamrock Beach yang memang cun


Singgah kejap Taman Rimba Teluk Bahang tapi tak masuk mandi pun. Sebelah ni ada Escape Penang yang agak baru dibuka

Pulut udang Teluk Bahang ni memang sedap. Besor pulak tu. Betul agakan aku kalau makanan jenis jual banyak bertimbun timbun dan sejenis je ni biasanya sedap
Next menuju ke tempat penginapan semula. Lalu Shamrock Beach sekali lagi. Depa ajak singgah, singgah ajelah takde masalah. Sempat pulak depa makan pasembor, ABC dan entah apa lagi.
Selesai pantai Shamrock terus menuju ke hotel semula. Susah pulak nak cari makan area ni, dapatlah beli makanan lapik perut sebab depa ni kata kenyang lagi. Plan asal nak makan steambot kat hotel Seri Malaysia. Sekali aku call staf dia bagitau tak ada steambot malam ni sebab ada orang buat majlis kat cafe. Alamak rosak plan.
Aku dah dapat agak kalau malam je mesti semua orang malas nak keluar. Last-last aku call lagi dan order makanan ke bilik. Selesai masalah.

2 set nasi goreng kampung dan 1 set Chicken Chop harganya RM53. Besar portionnya. Sedap.
Esoknya lepas sarapan sekali lagi kat hotel semua orang takde buat apa hanya melepak di bilik. Sampai masa gerak ke Penang Airport. Sempatlah makan kat KFC kejap sebelum anak aku masuk ke departure hall.
Kalini masuk awal sikit sebab takmau jadi macam yang lepas siap nama Arif Haikal kena umum. Tak sangka kalini kena panggil jugak siap call pulak, lagi ganas nampaknya. Adeh... nangesss. Taktaulah pokcik berapa banyak awal la mau check in.
Babai Arif sayang... semoga bertemu lagi dimasa akan datang.
Kalini masuk awal sikit sebab takmau jadi macam yang lepas siap nama Arif Haikal kena umum. Tak sangka kalini kena panggil jugak siap call pulak, lagi ganas nampaknya. Adeh... nangesss. Taktaulah pokcik berapa banyak awal la mau check in.
Babai Arif sayang... semoga bertemu lagi dimasa akan datang.
Selamat jalan anakku
Habis airport menuju ke Mydin pulak, beli apa-apa barang yang patut untuk Nabila. Masuk UITM semula hantar Nabila. Selesai semua kami suami isteri menuju ke Manjung. Kali ini aku mencuba laluan baru highway dari Beruas ke Sitiawan. Highway baru kereta pun jarang-jarang ada memang la best. Tambahlah lewat malam pulak tu. Alhamdulillah selamat sampai Manjung.

Highway baru siap ni menyambungkan Sitiawan ke Bruas sahaja, betapa bestnya kalau dah siap dari Beruas ke Changkat Jering pulak. Senang aku nak pi Penang
Subscribe to:
Posts (Atom)





































