Monday, October 17, 2022

Pakistan Road Trip - Travel Day & Day 1


18 & 19 September 

Manjung - Salak Tinggi - KLIA - Islamabad Airport - Abbottabat

Flight Pakistan International Airlines (PIA) ni pukul 12.40 tengahari. Jadi kena ke Salak Tinggi sehari sebelum tu lah. Settle semua terus menuju ke Salak Tinggi. On the way ada macam macam benda lagi depa ni buat apa entah jadi sampai pun sudah lewat malam. 

Check in di hotel Night Queen Salak Tinggi untuk semalaman. Hotel ni dekat betul dengan stesen ERL. Dua minit dah sampai.

Hotel OYO family room ni rate dia RM57 je semalam. Dapat diskaun sebab check in lewat malam. Ada 1 katil queen dan 2 katil single 

Katil queen ni selesa banding katil single atas nun, depa kata keras sikit. Apapun masih berbaloilah nak kira dengan harga dia tu

Esoknya terus ke ERL Salak Tinggi. Susah jugak nak dapat parking sampai level 5 baru ada kosong. Lepas parking kereta terus naik ERL ke KLIA.

Check in PIA ni senang aje. Luggage pun dia check gitu-gitu aje. Yang tak bestnya flight dia delay sampai 1 jam. Boarding gate patut dah tutup tapi aku tengok ada aje penumpang baru nak naik. Heran aku tak ada undang-undang ke atau depa ni suka kesian dekat customer. Lambat pun depa tak kisah.

Suasana KLIA...  lama dah tak mai airport

Smooth elok je Pilot ni take off ... ni masa nak sampai

PIA ni ada 3 seater aje di bahagian tengah dia. Sebelah anak aku ni, Pakistan. Lama depa bersembang. Cakap melayu fasih bukan main.

Untung Haikal ni, aku nampak bahagia aje dia tidur memanjang. Tak macam kami terkebil-kebil maklumlah flight tengahari bukan senang nak lelap mata


Sejam lepas take off depa hidangkan menu ni... agak sedap juge

Sampai Islamabad Airport dalam pukul 4.30 waktu tempatan. Penerbangan ambil masa 6 jam. Ikut ETA nak jumpa car rental owner pukul 3.30. Ni dah kira delay la. Jadi segera aku aktifkan roaming Telenor dan menghubungi owner tu. Kami bertemu di Parking bay.

Suasana depan parking bay

Honda Civic yang aku sewa

Aku tanya owner ni mana nak tukar duit ke Pakistan Rupee sebab kat dalam airport tadi tutup aje nampaknya. Sekali dia offer nak bawak kami ke money changer. Syukriya. Dalam setengah jam jugak perjalanan. 2 kedai mula pergi tu tutup yang ke 3 baru buka. Alhamdulillah. 

Yang kelakarnya money changer ni dia bagi duit 1000 rupee punyalah banyak dan tebal. Aku ingat dia nak bagi duit besar-besar. Terasa kaya pulak aku kat Pakistan ni.  

Lepas tukar duit terus menuju ke Abbottabat menggunakan Hazara Highway. Kereta Honda ni dah siap ada M2 Tag sticker. Jadi nak bayar tol tak ada hal.  Singgah kejap makan di Mc D sebab semua orang lapar. 

Sambung lagi perjalanan. Semua orang tidur keletihan. Aku memandu dengan cermat hanya berpandukan offline map yang siap-siap Nabila download dalam phone. Line Telenor memang macam biskut kejap ada kejap tak ada. Tol dia memang murah aku macam tak percaya pun ada. Ada ke 121 km tol dia cuma RM4. Pemurah betul.

Sunset dari dalam kereta 

Jom singgah makan dulu. Menu dia terhad dan rasa sederhana, bole la janji kenyang

Hampir 2 jam memandu akhirnya kami tiba di Abbottabat dan terus menuju ke Guesthouse Republika Central. Susur keluar dari highway tadi terus aku masuk ke jalan biasa nak ke guesthouse ni. Laluannya sedikit berbukit serta sunyi betul sampai kami sangka salah jalan. Tapi map tunjuk betul lokasinya, jadi yakin ajelah. Rupanya memang betul tempat yang dituju dan ownernya menyambut kedatangan kami.

Rate bilik ni RM100 semalam. Murah banyaklah berbanding negara lain yang pernah pegi sebelum ni.

Layanan orang sini memang baik. Malam tu anak aku tanya mana kedai yang ada jual air. Terus owner dia ajak Haikal jalan kaki sama sama ke kedai. Kedai pulak dah tutup. Dia pi ketuk kedai dan tuan punya kedai keluar dengan muka senyum aje, langsung tak nampak kurang senang. Rupanya depa semua bab melayan tetamu memang superb. Nanti ada banyak lagi peristiwa macam ni, sampai kami terasa segan betul.

Suasana malam Republika Central





Sejuk suasana Abbottabat ni nasib baik selimut guesthouse ni cukup tebal dan selesa. Bilik ni ada 1 katil king size dan 1 katil single serta set sofa. Hot shower ada cuma kena tunggu 1 jam sebelum boleh mandi. Sini punya hotel style dia cuma boleh on pemanas bila ada tetamu saja. Aku tau beberapa hari kemudian bila owner hotel lain explain yang pemanas akan terlalu panas berisiko tinggi kalau sentiasa on.

Sunday, October 16, 2022

Pakistan Road Trip - Intro

Sempena habis covid, satu family semangat nak pergi melancong. Lama dah tak ke oversea. Last pergi Japan 2019. Sejak border dibuka tahun lepas pun kami masih tak berkesempatan nak ke mana. 

Ada beberapa destinasi target selain Norway iaitu Pakistan, Iceland, Turki dan Kashmir. Tiket masing-masing pun ada  offer aku dok search dalam Cheap Flight website.  Tapi itulah ada kesukaran nak dapat date yang sesuai yang matching schedule IIUM Haikal.

By the time Haikal confirm date yang tepat, tiket kebanyakan dah naik 3 kali ganda. Tinggal satu pilihan paling sesuai iaitu Pakistan. Lagi satu Kashmir, tapi aku malas nak apply visa India yang banyak pulak syaratnya, ada ke patut latest dah tak boleh apply online, kena submit hard copy ke kedutaan dia. Tak kuasa teman.

Sebelum beli tiket kami dah study dan search info tentang banjir di Pakistan. Attraction top  semua ok. Banjir yang teruk di bahagian selatan. Area pergunungan di bahagian utara tak terlibat. Alhamdulillah. Pakistan ni  sangatlah luas. 

Self drive dengan kereta sewa memang jarang di Pakistan. Orang Pakistan sendiri pun pakai driver bila ke spot pelancongan area pergunungan. Mana-mana website, atau traveller group yang berkenaan termasuk company sewa kereta memang akan nasihatkan jangan self drive. 

Macamanapun kami beranikan diri untuk self drive. Sebelum ni trip Australia, New Zealand, Jeju Korea, Japan semua self driving. Aku syak kekok jugak kalau ada driver, yelah mau berhenti mana mana pun nak kena bagitau dan macam macam hal lagilah.

Rasanya kalau berhati- hati bawak kereta dan "letakkan tawakkal kepada Allah di depan sekali dan usaha datang kemudian" (pinjam kata-kata youtuber Kas Hariz), insyallah segalanya akan selamat dan baik-baik saja. 

Pasal persediaan dokumen mesti get ready semuanya termasuk passport dan tourist visa untuk 3 bulan. Tiket aku beli dari Pakistan Air, Kuala Lumpur - Islamabad. Yang lain semua mahal termasuk Malindo yang landing Lahore.

Tentang gadget pulak selain laptop macam-macam depa nak bawak. DJI Pocket, GoPro, digital camera dan drone semua depa angkut. Paling merisaukan adalah drone tu. Takut jugak kot kena rampas, maklumlah Pakistan ni military country. Alhamdulillah elok lepas, dari mula sampai balik sapa pun tak check.

Lepas semuanya ready termasuk booking hotel dan luggage, maka pada 19 September kembara pun bermula.

Gambar-gambar intro:




Saturday, October 15, 2022

Ngantor Kereta

6, 7 & 8 Mac 

Edisi entry tertangguh dalam draft. Selalu jadi camni.

Hari tu Haikal bagitau dia dah boleh berkereta dalam U dia. Macam Nabila tak merasalah nak berkereta pasal UITM Penang memang tak benarkan parking dalam kampus. Takde kereta pun takde masalah semua benda serba dekat. 

Jadi ada peluang, kami suami isteri rasa wajarlah Haikal ni diberi kereta. Motor, dia tak ada lesen. Lagipun U dia ni luas benor. Satu tempat ke tempat lain memang jauh dan berbukit-bukit. 

Aku UKM dulu-dulu pun ada motor honda kapcai masa 2nd year. Hasil duit biasiswa aku belasah beli motor, jadi kena jimat-jimat makan lah. Yelah bukan senang nak pergi kuliah, Kamsis Ibrahim Yaakub nun atas bukit sana. Setakat nak berpeluh-peluh senang aje. Plate dia ABB, famous plate ni sampai member UKM kat Facebook dah 28 tahun masa berlalu pun masih ingat plate number tu😅.

2nd car  aku yang dah 8 tahun pakai ni kena bagi dialah. Sayang aku kereta ni. Dia punya pickup memang mantap dan tak pernah breakdown sejak beli. Alhamdulillah. Bye kereta 😁

Sampai masa maka bertolak lah kami bersaing 2 kereta. Aku naik dengan Haikal dan Nora dengan Nabila. Nama aje bersaing, bukan main laju lagi deme bawak kereta. Apapun, singgah makan ke bilik air ke kena calling-calling le.

Untuk penginapan Nabila booking OYO Golden Guest. Selesa dan dekat jugak dengan IIUM hotel dia, parking pun mudah.

OYO golden Guest House. Dah beberapa kali menginap sini. Kali ni pun dapat family room yang sama

Lepas hantar Haikal masuk U dia, kami bertiga mai jalan-jalan kaki dulu pusing tasik Bandar Indera Mahkota ni. Cantik juga dan nyaman tempatnya.  Pusing keliling tasik ni bagus juga, dan ada ramai orang jogging sini.







2nd day datang lepak sini sementara tunggu Haikal habis kelas 

Ni makan tengahari di Restoran Jaman Tory... dia punya Paih Tempoyak memang meletop. Tapi harga lebih sikit la dari kedai-kedai lain kat Kuantan. Kasi berapi sikit baru mantop

Harap Haikal jaga kereta yang ada kucing atas bumbung ni elok-elok 😀

Habis hantar kereta dan ajar Haikal serba sedikit pasal penjagaan kereta, kami bertiga bertolak  pulang.

Monday, June 6, 2022

De Rhu Beach Resort


20 - 24 Feb 2022

Sebenarnya aku pun dah tak berapa ingat masa bila dua beradik ni ada semula di rumah. Macam biskut kejap ada kejap takda. Pantang ada kelas online mula le depa balik. Tetiba aje meriah semula rumah aku ni, hahaha. 

Ke Kuantan ni sebab Haikal ada exam selama 4 hari dan selepas tu dia boleh balik ke rumah semula. Boleh je bagi dia balik naik bas... tapi itulah ada plan nak mengantor sekali bercuti katenye. Lagipun rasa macam dah lama tak ke mana mana.

Macam selalu kami semua bertolak pagi. Alhamdulillah Allah permudahkan sepanjang perjalanan.

Untuk 1st night bermalam di hotel OYO Mancalin, Bandar Indera Mahkota. Selesa je dan hotel pun agak baru. Suasana dan bangunan kat Mahkota ni kebanyakannya nampak baru. 

Untuk malam malam berikutnya selama 3 malam kami menginap di The Rhu Beach Resort, Pantai Balok. Disebabkan anak aku ada exam jadi kena berulang-alik menghantar dan mengambil dia di IIUM. Ok aje, asalkan semua orang enjoy. 

Memang bestlah De Rhu Resort ni. Bilik dan viewnya memang cantik serta enjoy betul suasananya. 3 malam dok sini rasa macam tak berapa cukup aje. Harga semalam RM240.

Singgah makan pagi di sebelah Pusat Kesihatan Lekir. Walaupun kedai ni nampak simple dan pilihan makanan yang terhad tapi makanan dia agak sedap. Murah pulak tu. Ada nasi lemak, kuih dan makanan yang siap digoreng. Aku panggil ni warung Pak Jabit macam dalam Hantu Kak Limah tu sebabnya pernah sekali terdengar bualan dari meja sebelah  dalam loghat Perak " Roti canei kedeinye tu bukan sedap benor, udah tak ade pilihannn" giituu membawang kedai kopi😁

On the way singgah Along Patin Temerloh ni lagi untuk kali ke 2. Ramai orang harini. Rasa patin tempoyaknya kurang sedap berbanding makan sebelum ni. Rasa kurang kaw dan agak cair

Dari google. Family room 1st Floor, tak ada lift jadi kena panjat tangga. Agak petang sampai sini. Sebelah malamnya depa order 4 Fingers makan kat bilik. Udah letih teman nak turun makan bagai

Ni sarapan kat bawah hotel OYO.  Restoran Fatih Ayam Kampung

Lepas je checkout terus ke IIUM ambik Haikal. Dah selesai exam hari pertama. Semua orang setuju nak sambung ke hotel yang lagi best di tepi laut sana. Jadi aku pun book De Rhu selama 2 malam. Tak cukup nampaknya, tambah lagi 1 malam. 

Sebelum check in makan tengahari dulu di Afiz Corner kat jalan besar lepas sikit simpang nak ke hotel. Rupa sebijik macam kedai melayu tapi menu macam kedai mamak. Tukang goreng pun mamak. Ok makanan dia sedap aje. Redup suasana ada pokok ceri lagi.

Lobi De Rhu

View dari tingkap bilik nampak laut dan pool

Sebelah petang turun cari makan di tepi jalan depan sikit dari hotel. Singgah gerai ni. Makan mee kari dan laksa. Cendol dan ABC pun ada. Oklah rasanya sederhana.



Suasana tepi kolam 

Kolam dia memang luas... puashati mandi sini


Kesian budak ni kena study tepi kolam pasal tengah exam 

Pantai yang luas dan banyak angin.... best


Pantai ni nak mandi boleh nak main ATV pun boleh... tapi kami tak mandi lepak ambik angin pun dah best


Ni masa lepas hantar Haikal ke IIUM. Kami bertiga ke Taman Tasik Bandar Mahkota sampai Haikal habis exam tengahari tu

Menarik suasana Taman Tasik ni, comel je



Mini library pun ada  

Masa nak check in aku ada nampak De Rhu buat iklan dari jalan besar sana sampai depan hotel dok promote nasi kandar... jadi kena try order lah nampaknya. Room delivery. Sedap juge

Sarapan di D'Wafi lagi... sehari sebelum tu sarapan di Umie's Kitchen kat belakang Hotel Mancalin 

Ni pun kes malas nak pi cari makanan... depa order Marry Brown kat Food Panda

Ni malam last sebelum balik makan kat Secret Recipe Bandar Indera Mahkota

Kek Macadamia ni favourite Nora dengan Nabila tiap kali mai Secret Recipe


Sarapan hari terakhir kat Cafe De Rhu

Ni masa dah abis makan nampak kosong aje... padahal tadi masa masuk takde tempat kosong sampai kena tunggu


Ni masa singgah makan kat R&R Genting Sempah 

Habis le dah masa lawatan. Anak pun dah habih exam. Kena balik ke rumah lah. Seronok rasa bercuti kat sini. Rasa macam nak ulang lagi pulak. Hehehee