Monday, November 15, 2010

Jalan Jalan Depan Air - Lumut Waterfront

Dah agak lama aku tak datang sini. Memang santai le kalau nak melepak lepak hujung minggu sambil ambil angin yang sepoi sepoi tu dan makan makan. Ada beberapa gerai yang beroperasi hujung hujung minggu. Tandasnya pun bersih. Waterfront ni lengkap dengan mainan kanak-kanak. Bersambungan dengannya pulak Yatch Club yang merupakan tempat bot-bot dan kapal-kapal kecil berlabuh.

Kalau ikut angan-angan aku yang tinggi ni, teringin rasanya aku nak merasa bercuti dengan kapal kecik ni. Tapi aku tau belanjanya mestila mahal. Lagi-lagi bila aku tengok seronoknya mat saleh semua bercuti atas kapal macam dalam rancangan Travel & Living dan 100 places you must go before you die. Dapat tengok kapal kat sini pun jadilah...









Tempat ni best dan sejuk mata memandang. Cuma kekurangannya takde angin yang bertiup kencang macam Teluk Batik atau Jeti Lumut. Aku rasa tiupan angin yang kuat telah terhalang oleh bukit-bukau yang mengelilingi tempat ni. Kalau nak sejuk betul kena datang pagi, bawak nasi lemak ke, bentang tikar baekkk punya....memang santai habis. 

Ramai orang suka memancing kat sini........hai...rasanya tak lama lagi aku pun nak kena beli pancing jugak la....

Saturday, November 6, 2010

Cuci Cuci Sdn Bhd

Company cuci cuci ni ada dua orang pekerja saja. Operasinya pun bila aku tengah isi minyak kat mana-mana stesen minyak. Bila aku pergi aje kaunter bayar duit.....terus lah operasi depa mulakan. 

Mula-mula dulu aku larang jugak depa buat kerja ni.....takut bahaya dan lagipun kalau orang nampak mesti kata aku buli anak anak. Dah depa rajin sangat, last last aku biarkan aje la. Rasa lucu jugak kadang-kadang aku tengok bila depa beria-ia betul  mencuci segala tingkap dan cermin semua. Terimakasih sayang-sayang ayah.


Tinggi pun tak cukup lagi tapi nak jugak mencuci

Saturday, October 30, 2010

Presentation

Kali ni sengaja aku nak masukkan sebahagian dari Presentation yang aku baru buat jumaat lepas. Bukan apa, simpan kat blog akan kekal selama-lamanya dan boleh diaccess bila-bila masa sahaja berbanding simpan dalam PC yang entah tak semena-mena boleh lingkup kena virus. Lagipun bila sampai masa aku dah batuk-batuk nanti boleh tunjuk kat cucu-cucu aku yang atuk depa pernah buat presentation dulu-dulu. 


Alhamdulillah presentation berjalan dengan lancar diikuti perbincangan yang lebih mendalam. Ramai yang menghadiri, dari Procurement, Design, Material Management, IT dsb. Aku harap semua pihak mendapat manfaat dari presentation ini dan syarikat dapat melaksanakan projek besar ini dengan jayanya.

Thursday, October 28, 2010

Outstation - Meeting with Supplier

Royale Bintang Hotel

Manusia hanya mampu merancang, sedangkan Allah maha berkuasa menentukan segalanya. Semenjak aku dah balik dok Manjung ni makin kerap pulak outstation ke KL.

Tempat menginap masih sama kat Royale. Makan tak jadi masalah..banyak gerai kat belakang ni jadi kalau time aku tak ada pun, pandai-pandai la depa merayau. Sebelah pagi ada orang jual nasi lemak. Tengahari pulak ada nasi kandaq baek punya.

On the way, makan dulu kat Lekir

kat BB Plaza - Nabila cukup suka kedai-kedai cenderamata macam ni


Tasik Perdana



Kat restoran jejantas

Aku agak lepas ni mesti lagi kerap aku ke KL. Maklumlah sebab company aku kerja ni baru je dapat LOI untuk bina lagi 6 buah kapal perang. Billion-billion punya projek, bukan Billion supermarket...mesti lagi ganas kena nego. Lagipun projek ni macam gula....banyak semut yang nak menghurungnya.

Aku ingat lagi masa 1st projek dulu. Kerap betul kat KL.....ada sekali tu sampai sebulan berterusan. Masa ni aku, Nora dan Nabila tinggal di rumah Amir adik aku kat Cheras Perdana. Baik sungguh depa.

Kalau dulu tempat menginap biasanya sama ada Maple Suite Jalan Raja Chulan atau Dynasty Hotel. Ada sekali tu aku kena tinggal lama kat Maple suite sampai kena import Nora jadi tukang masak...tempat ni serba lengkap dengan dapur semua. Siap abang aku yang sulung bawak ikan dan sayur-sayur lagi...

Tapi sekarang ni rasanya tak boleh le nak masak-masak lagi......nak kasi terbakar bilik bolehle.

Satu hal pakcik tak tahan bila kena lalu depan Mydin masa nak balik ke Manjung mula le depa mengajak singgah. Suke benor deme dengan Mydin tu.  Apa hensem benor ke si Mydin itu?? Setakat nak beli keronsang...apekeheiii! Sebab aku ni suami dan ayah misali........layan kan aje.