Tuesday, November 19, 2019

Teluk Cempedak Kuantan

17 &18 August

Ke Gambang lagi. Kali ni untuk menghantar semula Arif Haikal yang bercuti selama seminggu sempena Aidil Adha. Perjalanan aku sekarang ni dah makin lega semenjak depa berdua dah berlesen... ada je yang offer nak jadi driver ganti hehehe.

Nabila buatkan durian crepe ni pagi pagi buta nak jamu adik dia... baiknya kakak

Macam biasa la depa ni kalau travel tu ada aje idea nak singgah merata tempat. Kali ni depa ajak singgah di air terjun Batang Kali. Tak lah sukar sebab tepi jalan aje dengan laluan ke Jalan Genting Sempah. Boleh tahan jugak tempat ni. Seronok mandi manda kat sini. Air jernih, cuaca baik dan matahari bersinar terang. 


Air Terjun Batang Kali yang dingin dan nyaman
Habis mandi-manda sambung semula perjalanan sehinggalah sampai ke R&R Gambang. Semua orang pun dah lapar. Last makan kat air terjun tadi itupun ringan ringan je. Nampak ada menu patin tempoyak, apa lagi teruslah order. Sedap rasanya... ni belum kat restoran yang famous lagi nih, mesti lagi terangkat punya. 


Semangkuk ni RM12

On the way ke Kuantan tu, singgah dulu di airport. Survey dan nak tunjukkan kat anak aku apa yang patut kalau kalau dia nak naik flight sekali sekala. Kecik dan serba mudah nampaknya airport ni. Tak sesat punyalah... InshaAllah.


Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah

Untuk penginapan pulak aku book di Teluk Cempedak, maklumlah ni peluang nak merasa tempat ni yang taklah jauh dari Gambang. TC Bed and Breakfast jadi pilihan. Biliknya agak lama kira cukup makan aje. Mungkin sepadan dengan harganya kot. 


Suasana depan motel


Apapun Teluk Cempedak ni memang best. Waktu malam memang meriah dan menarik. Jarang aku jumpa pantai sebegini hidup malam-malam macam ni. Orang pun ramai dan seronok untuk bersantai-santai.

Ada pertunjukan main api


Sewa bangku angin ni RM10 tak silap aku

Melepak sambil merenung bulan sampai terpejamlah kiranya... letih dohhh

Mari anak anak kita balik tidur... mata bapak dah tak tahan sangat dah ni

Esok paginya sarapan pagi di KFC tepi laut ni. Sedap jugak sarapannya. Dah kenyang apa lagi merayau-rayau la sekitar pantai termasuk ke sebelah kirinya yang ada trek / jambatan panjang melintasi hutan bakau. Menarik jugak boleh berjalan sampai ke penghujungnya kalau kuat la😅 

Suasana pantai Teluk Cempedak ni agak sunyi pagi-pagi Ahad rupanya. Beza pulak kat tempat aku Teluk Batik biasa pagi cuti lagi meriah. Malam-malam biasa aje.

Ni kedai yang aku makan malam tadi... biasa je rasa makanannya

Dalam KFC



Tepian pantai berhampiran Hyatt Regency


Nice view

Trek ni memang panjang... ada yang berbasikal di laluan ini





Dah beso pun seronok main belon ni ye anak-anak

Lepas check-out terus menuju ke Gambang. Singgah seketika di taman tepian Sungai Kuantan. Tempat ni pun best jugak dan viewnya menarik. Habis tempat ni terus gerak ke CFS dan singgah sebentar di Taman Tas, beli barang-barang untuk anak aku ni.
  
Taman tepi sungai yang agak menarik



Selesai semuanya kami pun menghantar Arif Haikal ke CFS dan mengucapkan selamat tinggal. 

2 comments:

cikguzim said...

Seronoknya pergi kuantan...tc ni tempat wajib pergi kalau ke kontan, lepas tu ke tmn teruntum..

said...

Memang puashati mai TC ni cikgu... Taman Teruntum tu good idealah