Tuesday, May 6, 2025

VIETNAM : DAY 13 & 14 - VINPEARL, NHA TRANG AIRPORT & KL

22 & 23 SEPT 24

Nampaknya sebelum pulang ke Malaysia kena ke Vinpearl theme park sekali lagi sebab ada fan tempat ni tak puas berkunjung sekali, mintak nak ulang lagi. 

Siapa lagi kalau bukan Nabila. Minat punya pasal, sanggup dia sponsor semua orang bayar entrance fee tempat ni. Sejak dah kerja ni rajin pulak dia sponsor sana sini. 

Sebenarnya masa kat Dalat haritu ada sedikit perbincangan samada nak ke Muine atau Nha Trang semula. Mintak depa tengok pasal Muine kot ada yang minat. Takde nampaknya. Wife sorang je minat, kurang sokongan hahaha.

Dalam cable car




Mana mana attraction dalam Vinpearl yang tak sempat pergi 1st time dulu, depa cover kali ni termasuk mandi di water park. Aku tak joinlah mandi manda tu, cuma menunggu di sebuah pondok yang disediakan.


First visit haritu aku tak pergi Zoo, kalini depa teman aku masuk. Seronok jugak tempat ni.  Sekali lagi kami masuk Tata World River Adventure dan tengok Princess Tata Show. Puas hati depa dapat ulang benda yang depa suka termasuk Alpine Coaster.


Taman burung

 Burung ni memang taiko... tak bergerak dia orang nak lalu buat selamba je


Rumah pak belang

Naik ferris wheel sekali lagi

Dome ni ada taman siap ada econ lagi kat dalam

Bunga dalam dome... nice


Taman kaktus

Japanese Garden




Rose Garden

 Cable Car Station

Sampai ke malam jugak kalau dengan depa ni. Habis sini kami pulang ke apartment, bersiap siap untuk pulang ke Malaysia esok. 

Sampai masa bertolak ke Kuala Lumpur. Maka tamatlah percutian 14 hari di  Nha Trang dan Dalat di Vietnam yang menggembirakan.

Sampai KL dalam 3.30 petang. Depa ajak sambung bercuti di KL 2 malam. Layankan aje. Settle semua cuci pakaian kat apartment. 

Bilik malam first tu lawa, moden dan nampak baru. Tak ingat pulak apa nama. Nanti cari lain. Nak sambung bilik yang sama untuk malam ke 2 dah penuh.

Makanan dalam Flight

Pizza pun ada

View dari bilik malam ke 2

Sarapan 

Sunday, May 4, 2025

VIETNAM : DAY 12 - DALAT KE NHA TRANG

21 SEPT 24

Dah semakin ke penghujung kembara di bumi Vietnam ni, kena ke Nha Trang semula nampaknya. Untuk perjalanan kali ni kami tempah van. Nampak macam mewah dan menarik sangat kalau tengok dalam iklan. Jadi, ambik ajelah.

Depan apartment sebelum bertolak

Sampai masa van datang pick up kami di apartment. Van ni memang rasa macam best, lapang dan selesa tapi alamak suspension dia nak nangis dibuatnya, bouncing semacam. Sabo jelah. 

 Apapun alhamdulillah selamat perjalanan sampai ke apartment berikutnya di Nha Trang.


Dalam van  menuju ke Nha Trang... ni semua muka gembira sebelum tau van ni sikit punya goyang

Ni rupa dia. Babai van...

Apartment ni mula mula dia bagi bilik yang terlindung view laut sebab ada bangunan lain di depannya. Terus kami mintak tukar ke bilik yang lain.

Tak ada aktiviti apa lagi selain rehat rehat dan makan makan.

View dari balkoni, ok lah sikit



Untuk makan malam kami ke restoran Halal Food Karim. Walaupun restoran ni besar tapi nampaknya tak semeriah di Dalat. Hidangan dia goreng goreng aje yang ada masa tu. 

Depa order nasi goreng dan popia

Ni aku punya order

Lepas makan tak  ke mana mana lagi terus balik apartment. Orang puang ni depa singgah beli buah mata kucing, buah kelapa pun ada dan entah macam macam buah lagi.

Tidurlah dulu, esok dah nak beraktiviti lagi. Siaran ulangan katanya sebelum balik.

VIETNAM : DAY 11 - DALAT

20 SEPT 24 

Selepas 2 bulan baru nak update. Bukan setakat kura kura, siput pun kalah dah ni dia punya slow.

Masih di Dalat. Hari ini memang plan tak sewa skuter. Jadi ambik grab ke Flower Park ni. Lagipun langit agak mendung, sesuai la tu. Entrance fee ke tempat ini VND 100000 per pax. Lebih kurang RM16 lebih. Depa kata tengok kat youtube macam cantik Flower Park ni. Lokasi pun depan tasik aje.

Sayangnya sampai aje dah mula rintik-rintik. Masuk aje dalam hujan terus. Jadi kerjanya menunggu hujan berhenti barulah boleh meronda ronda. Nasib baiklah dah hujung hujung dekat nak balik Malaysia baru kerap hujan.

Pintu gerbang dia pun dah tersergam

Sebelah kiri tu tempat kami lepak tunggu hujan 

Tunggu hujan berhenti sambil makan biskut

Kembali cerah selepas hujan

Kawasan di atas sana ada Japanese Garden dan Rose Garden 

Bonsai di Japanese Garden 

Ros di Rose Garden 

Jambatan

View dari atas jambatan




Gambar sikit aje kali ini. Yang lainnya tersimpan dalam kamera. Malas aku nak cari. Merata tempat depa punya ambik masa tu aku tengok.

Beberapa jam kat dalam ni, kami pun bergerak menuju Sarah Restoran untuk aktiviti yang lebih mantap, makanlah apa lagi😆

Order steamboat lagi macam semalam


Habis makan ni memang dah tak ke mana. Esok dah nak tinggalkan Dalat yang cantik ni. Jomlah kita balik mengemas apa yang patut.

Friday, February 28, 2025