Friday, July 6, 2012

Sweet Memories Switzerland : Day 5

Lausanne Lagi

Catatan 21 May

Kami tiba di Lausanne sudah agak lewat petang. Apa boleh buat, masa memang terhad dan program begitu padat sehingga tidak sempat untuk singgah di Geneva. Sekali lagi kami check in di Hotel AlaGare....kali ni diberi bilik yang lebih luas dan selesa pada harga yang lebih rendah. Mungkin sebab aku check in 2 kali kot.

Bilik hotel Ala Gare -  Check in kali kedua

Stesen Metro Ouchy

Lepas check in kami keluar berjalan-jalan kejap kat Lausanne. Kalau sebelum ni dengan tram, kali ni kami menggunakan underground Metro pulak. Lagi selesa dan mudah rupanya Metro ni. Terus kami menuju ke stesen terakhir iaitu Ouchy (perhentian untuk Tasik Geneva). Sebenarnya Lausanne dan Geneva ni berkongsi tasik yang dinamakan Lake Geneva yang sangat luas.

Brader yang dalam gambar tu adalah seorang Pak Arab yang bekerja di KL. Lama jugak dia sembang dengan aku, katanya dia tinggal di Kampung Baru KL.

Lausanne Capitale Olympique

Bunga yang banyak dijumpai kat Lausanne



Tasik Geneva

Ouchy Fountain...air pancut dan lampu lampu tak bukak pulak, kalau on semua ni memang cantik aku tengok dalam google. Sebelah tu medan selera depa  

Dalam dok letih tu ada lagi tenaga bebudak ni nak pegi tengok Funfair kat Lausanne ni. Nasib baik tak de lah jauh sangat dari stesen Ouchy tadi......layankan aje.


Fun Fair Lausanne

Hotel Ala Gare

Balik aje dari Tasik Geneva, kami pun start le packing apa yang patut untuk ke destinasi seterusnya. Sebelum tu masih sempat lagi beli cokelat sebab Swiss ni memang famous dengan cokelat, walaupun aku dapati rasanya lebih kurang sama dengan cokelat kat Lorient sebelum ni.

Pada keseluruhannya boleh aku simpulkan bahawa Swiss ni adalah negara yang sangat cantik dan seronok dilawati.

Aku ingat lagi pertama kali aku nampak perkataan Switzerland ni masa aku kat kedai gunting rambut Pantai Remis...Kecik lagi masa tu. Masa tu aku nampak perkataan "Switzerland - Holiday on Ice" dekat botol bedak di kedai gunting rambut. Ada gambar salji dan pokok tirus.....masa tu aku cuma dapat tengok dan membayangkan aje. Yelah, anak seorang nelayan berangan nak ke swiss.

Alhamdulilah....aku dah pun diberi Allah kesempatan melawat tempat ni. Kenangan di Swiss ini pasti terpahat dalam ingatan kami sekeluarga hingga ke akhir hayat.

4 comments:

Unknown said...

Salam Tuan,

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman tuan semasa di swiss.
Ini, sedikit sebanyak dapat membantu dalam lawatan saya yang seterusnya.
Swiss sememangnya menjadi destinasi pilihan kami sekeluarga. Insyallah, kalau tiada halangan, April tahun depan saya akan kesana.

Cuma nak bertanya tentang saiz locker yang disediakan.
Ape saiz yang paling besar yg ada n berapa harga untuk satu locker?
Dekat Bern, perkhidmatan locker ada x disediakan?
Sebab cadangnya nak tinggal barang bila dekat Bern.

Kalau nak beli swiss pass, boleh beli secara online atau direct kuanter? Mana yang terbaik? Sebab saya akan masuk melalui Zurich nanti.

Lagi satu, berapakan anggaran belanja seharian semasa di sana?

said...

Waalaikumusalam,

1. Saiz Loker saya tak pasti tapi ada yang kecil dan ada yang besar. Beg sederhana besar memang boleh muat. Kalau tak cukup boleh ambil dua. Semua Train station termasuk Berne ada locker, kena cari kat papantanda. Ada yang Swiss 10 dan Swiss 6 (Harga dulu).
2. Swiss pass lebih baik beli kat train station sebab boleh dapat penerangan dan pilih pekej yang sepadan untuk family. Their English is very good.
3. Anggaran saya dapat nak tolong sebab tak ingat berapa kami dah belanja.

casa nayafana said...

Baru Kali ni Aku baca cerita Switzerland hang...nice trip Amran....Memang utk pi dengan Swiss Travel Pass Dan anak Masih bawah 16 tahun....musimpanas pulak Tu...daytime Panjang....Nantilah tengok Aku macammana ni....come this Nov 2024 ..org tak pi time ni...off season

said...

Terbaiklah plan hang nak pi Swiss yaye. Swiss ni pi musim apa pun best. Nov masih autumn cantik bro. Itinerary hang confirm padu. Aku punya iti zaman muda mudi lagi hahah