Wednesday, March 6, 2019

Japan : Hokkaido & Osaka Road Trip ~ Intro

Alhamdulilah selamat kami sekeluarga bercuti selama 12 hari di Hokkaido & Osaka baru-baru ini. 

Biasanya kalau bercuti aku pilih masa spring. Lebih nyaman dan cantik selalunya. Tapi kali ni nampaknya masa yang sesuai dengan cuti anak perempuan aku ni hanyalah pada bulan Februari. Sejuk pun sejuklah. 

Foto - Foto sepintas lalu :

Shirahige Waterfall

Ranshima Beach

Niseko

Lake Toya

Muroran 


Takino Suzuran

Arashiyama River

Cerita pergi Japan ni bermula dengan aktiviti saja saja aku search tambang flight tahun lepas. Kot kot ada yang tengah offer ke. Sekali aku jumpa flight MAS ke Osaka RM1410 returned. Boleh tahan jugak. Lagipun MAS ni opkos la best sebab seat lebih luas dan selesa, makanan sedap included dan langsung tak berkira pasal luggage weight. Masa tu jugak aku book tiket ke Osaka lepas bincang lebih kurang dengan depa semua iaitu pada tarikh 18 Ogos.

Ingat lepas book tiket  semua dah abis cite? Hahhahahaha...tidak. Rupanya datang pulak idea bersama iaitu alang-alang nak sejuk, adalah lebih afdhol kalau ada salji sekali. Maka decide untuk search tiket ke Sapporo/Hokkaido pulak. Aku pun search nampak ada Jet Star dan Peach Airways. 

Padahal masa tu dah plan itinerary road trip Osaka selama 10 hari penuh sampai ke Shirakawa-go, Lake Biwa bagai. Lepas tu tukar plan 7 hari Osaka dan 3 hari Sapporo pulak. Kesudahannya lepas perbicangan hangat, akhirnya 7 hari Sapporo/Hokkaido dan 3 hari saja Osaka. Terbalik sungguh itinerary kali ni.😆

Malas naik turun keretapi kat Seoul hari tu menyebabkan aku pilih berkereta sepanjang trip kali ni. Baca kat trip advisor, ehh... ramai pulak yang dok nasihat jangan drive waktu winter. Bahaya katanya. But then, why not give a try. Bila lagi nak merasa memandu dalam keadaan bersalji dan dalam suasana sejuk? Cabaran baru katanya. Maka untuk kereta aku pun cari yang sesuai. Pilihan kereta dari Orix Car Rental. 

Masuk Januari, bermulalah persediaan untuk percutian musim sejuk sekeluarga yang pertama. Lebih sikit nampaknya persediaan kali ni maklumlah baju sejuk yang sesuai, kasut, sarung tangan semua belum ada lagi. Begitu jugak persediaan bahan makanan dan lain-lain. Alhamdulillah semuanya ok, dan pada 11 Februari 2018 sekeluarga bertolak ke Hentian ERL Salak Tinggi dan pengembaraan pun bermula.


Tu dia sudah mai.... barang makan + sebahagian kelengkapan musim sejuk

6 comments:

neisya azmin said...

salam... ada fb atau IG tak..nk follow...thanks

am said...

Waalaikumusalam. FB ada tapi saya tak aktif.

casa nayafana said...

Tahniah Amran......akan baca satu satu hehehehe

am said...

Yahya, Nanti aku kasi racun sama ko dalam next entry.....hahahahha

Family of Travelers said...

NZ dulu saya blog-walking terjumpak blog abang...ni bulan lepas beli tiket Japan hujung tahun nak ke Sapporo, tetibe teringat blog percikan kenangan...nahhh, abg dah pegi..excited terus membaca satu2..good sharing bang...

am said...

Happy Holiday la hujung tahun ni. Sapporo mmg best