Friday, August 23, 2019

Tahniah Arif Haikal


14 Mac 2019

Throwback cerita lalu. Sweet memories macam ni nak  letak lah dalam blog ni.. Hehe. 

Keputusan SPM anak aku diumumkan pada 14 Mac yang lalu. Bila tiba hari tu depa ajak aku pi sekolah, jadi aku pun ambik cuti satu hari. 

Suspen pulak masa dia nak baca keputusan tu. Pengacara panggil sorang-sorang naik ke pentas bermula dari keputusan 5A dan ke atas. Aku cakap dalam hati anak aku ni dapat 6A pun jadilah sebab aku tengok cara dia belajar tak dahsyat mana. Dahla tak belajar kat asrama. Tuisyen luar langsung tak pergi. Aku mampu tolong bab karangan BM je, maklumlah dah tua tua ni tak larat aku nak selesaikan formula Add Math atau Fizik bagai huhu. Tapi umi dia memang ada belikan buku buku kat dia tu yang aku tau. 

Tunggu punya tunggu 5A takde, 6A takde jugak, 7A takde pun, 8A tarak... Adeh. Kesian ada sayu pun ada. Mungkin dia dapat 4A le gamaknya dan tak layak naik pentas. Lepastu pengacara bagitau ada lima orang dapat 9A termasuk dua orang dari kelas sastera. Empat nama dah diumumkan tinggal sorang je lagi. Tipis harapan nampaknya. Tambah sedih kami semua. 

Lambat pulak cikgu nak umum pelajar terakhir. Nak buat suspen ke? Sekali aku dengar suara budak-budak laung nama Arif... Arif. Serentak itu cikgu pun umumkan nama dia.

Macam tak percaya dia bole dapat semua A untuk kesemua 9 subject yang dia ambik dari aliran Sains (SMK Seri Manjung ni takde sebarang subjek tambahan) dan Arif merupakan pelajar terbaik SPM 2018. ٱلْـحَـمْـدُ للهِ  Syukur Ya Allah.  

Terima kasih kepada semua guru guru SMK Seri Manjung atas jasa dan tunjuk ajar selama ini.

Ada sorang cikgu bagitau Arif ni memang selalu bagi kami risau.. boleh score ke tak boleh score. Masa kat pentas, pengetua pulak tambah Arif ni saya jumpa gosok gigi dalam bilik air... kes mari lambat le tu. Hahah. Nak buat cemana tabiat dia gosok gigi dua kali waktu pagi masa subuh dan selepas sarapan. Aku yang suruh dia cepat-cepat maklumlah aku pun nak masuk opis lepas hantar dia ke sekolah.

Segala pujian bagimu Ya Allah atas anugerahMu ini.

Masa hari keputusan diumumkan


Bersama classmate 

Ni gambar masa hari anugerah cemerlang  27 April hari tu. Sekarang dua dua kesayangan dah masuk IPTA. Start minggu depan tinggallah pokcik dan mokcik berdua aje kat rumah. Huhu

Hadiah dari SMK Seri Manjung selain wang tunai

5 comments:

Kisah Tatie said...

tahniah

am said...

Tq

Family of Travelers said...

tahniah bang...saya follow blog abang dr depa ni kecik lagi travel merata...skrg dh masuk IPTA. how fast time flies...kem salam kt pakcik depa, Ajis hehe

am said...

Terima kasih banyak dik. Tanpa disedari memang cepat sungguh masa berlalu. Rindu masa depa kecik kecik. Ok nanti saya bgtau ajis heheh..

Unknown said...

tahniah ya good sgt rsult anak tu.....tahniah..btw...akak nk share ,ade adik2 lepasan spm ?nak cuba mohon utk program pendidikan awal kanak kanak?trus wsp sis k sis bg info 011-16930576...intake utk nov dh dibuka bole mohon =progrm kerjasama UPSI ni.. dan jika ada brminat bidg nursing/farmasi pun bole pm sis..sis bg info...dh 8 tahun sis jaga program akademik bolehla sis advice ckit ckit