Sunday, May 29, 2022

Arif Haikal ke IIUM Kuantan

Catatan 7 - 11 Nov 2021

Lama betul entry ni terbenam kat dalam draft. Kena publish la.

Nampaknya dah sampailah masa menghantar Arif Haikal ke IIUM Kuantan untuk menyambung pelajarannya lepas tamat Asasi di IIUM CFS. Yelah dekat 2 tahun belajar online mana boleh jadi. Dewan kuliah pun tak pernah jejak kaki. Paling best masuk aje dah 2nd year terus jadi senior tak payah attend orientasi bagai.

Maka pada hari Ahad bertolaklah semua ke Kuantan. Alhamdulillah perjalanan lancar. Check in di GM Hotel selama 3 malam dan Veer Hotel selama 1 malam.

Hari Isnin pagi kami dah ada dalam IIUM ni. Terus pegi sarapan di kantin Mahallah Khalid Al Walid. Makanan boleh tahan sedap. Satu yang best IIUM ni procedure masuk tak ketat berbanding UITM, alhamdulillah.  

Untuk masuk kolej, student cuma perlu buat PCR test negatif  terus dapat bilik dan kunci.  

Selama 4 malam di sini, kesemuanya Arif  tidur dengan kami di hotel. Pagi pagi singgah sarapan dan terus pergi hantar dia ke kolej semula. Syukurlah keluar masuk tak ada masalah.

GM hotel ni memang ok, sewa dia RM 144 semalam

Sarapan di kantin Mahallah. Lepas ni anak aku kena makan sinilah selalu

View dari kantin

Jualan makanan kat depan lift ni student punya agaknya, style ambik dan letak duit sebab takde sapa tunggu

Mahallah Khalid Al Walid

Satu dorm ada 4 orang dan dipisahkan bilik masing masing, kira privacy lah sikit

Ni makan malam kat Gerbang Bandar Indera Mahkota 

View dari tingkap bilik

Fakulti Arif Haikal 

Dua beradik ni pergi riki riki library. Tak cukup tu pi tengok swimming pool. Terkini anak aku bagitau dia dah beberapa kali pi mandi pool. Hebat IIUM siap ada pool


Masjid.... sini semua bangunan saiz besar


Tasik sebelah masjid

Depa ajak pi makan malam kat Texas Chicken. Malam berikutnya makan di Andaman Tomyam depan hotel, sedaplah jugak


Tepian sungai Kuantan memang menarik waktu malam. Ramai orang sampai nak cari parking pun payah


Makan malam di Ana Ikan Bakar... ni masa nak balik. Aku pegi awai sikit  jadi orang belum ramai macam ni

 Bilik Veer Hotel... semua ok je, cuma yang tak best sebelah hotel ni ada construction works. Dia punya piling memang bisinglah

Sarapan di Restoran Qaseh Adinda Indera Mahkota

Makan tengahari di Restoran D'wan family Indera Mahkota lagi

Sarapan kali ke 2 kat sini rasanya. Restoran D'WAFI ni famous... kerabat Diraja Pahang pun makan kat sini katanya

Takde apa aktiviti dibuat selain keluar makan. Sebab kedua anak aku ada kelas. Nabila kena kelas online. Aku sebenarnya takde plan nak tinggal banyak hari kat sini tapi tulah... maknya tak sampai hati nak balik awal. Huhuhu. Maklumlah dah lama sangat dok sama sama masa PKP. 

Dah 4 malam ni, dah dah lah tu maknye. Jomlah kita pulang ke pangkal jalan. Maka tiba masa kami pun tinggalkan Arif Haikal di IIUM Kuantan. Semoga dapat menyambung pelajaran dengan selesa dan sempurna. InshaAllah.

Otw balik singgah dulu Temerloh. Makan tengahari di Along Patin. Aku makan nasi lauk biasa je. Geng wanita ni suka beno dengan patin. Heran aku tak jemu jemu deme ni

Lewat petang, masa ni dekat nak sampai dah. Singgah makan di Lekir. Alhamdulillah Allah permudahkan  perjalanan pergi dan pulang kami dengan selamat

No comments: