Wednesday, September 4, 2024

Throwback Paka

11 & 12 Feb

Raya Cina macam biasa ada cuti. Nabila dan Haikal dedua cuti jadi depa semua ajak pergi Terengganu lagi. 

Minggu lepas ke Kijal minggu ni ke Paka. Paka ni terletak dalam daerah Dungun. Kawasan ni terkenal dengan aktiviti oil and gas. Sama jugak macam Kerteh. Dari Kuantan akan jumpa Chukai dulu kemudian Kijal, Kemasik dan Kerteh lepas tu Paka.

Suka depa datang Terengganu ni walaupun Kuantan pun punya pantai pantai  yang cantik dan bersih macam Pantai Kempadang, Sepat, Teluk Sisek, Tanjung Api, Batu Hitam, Pelindung dan lain lain  lagi yang kerap kali dikunjungi.

Dari Kuantan terus menuju ke destinasi. Tapi sebelum tu kenalah singgah Pantai Mok Nik atau Monica Bay ni dulu. Pantai ni yang paling dekat dengan sempadan Pahang selain Pantai Chendor iaitu sebelah Cherating. Banyak kali dah sampai Cherating ni. Nanti rajin rajin buat entry throw back lagi.

Pantai ni kelebihannya sangatlah redup sebab ada banyak pokok. Depa tanam pokok rapat rapat sepanjang pantai. Angin pun sentiasa ada malah terlebih kencang. Jualan makanan pun meriah.

Pergi Terengganu minggu sebelum ni tanpa Haikal. Jadi kami pun bawaklah Haikal tengok Pantai Penunjuk Kijal, nak tengok anak sungai yang cantik tu. Sungai ni pernah viral baru baru ni.

Akan tetapi kali ni kurang cantik sikit dari sebelum ini. Mungkin air pasang surut ada kena mengena dengan anak sungai ni. 


Anak sungai Pantai Penunjuk Kijal. Terlebih cetek kali ni 

Lepas tempat ni kami ke Paka. Depa pilih menginap di Oyo Casaria Inn. Lewat petang jugak sampai. Biik ni dekat jugak dengan pantai.

Sebenarnya cadang nak 2 malam bercuti ni. Apa boleh buat Haikal check group study dia tetiba dia kena attend  class. 

Musim angin kencang dan laut bergelora masa ni, tapi suasana tetap menarik dan best. Jalan jalan tepi pantai yang berwarna kemerahan ni sambil naikkan drone dan menikmati pemandangan memang menghiburkan.

Lepas rehat di bilik kejap, mai layan view sementara nak gelap. Kalau peminat surfing suka ombak besar macam ni.

Untuk makan malam kami ke medan selera berhampiran. Tak ramai yang buka gerai malam ni. 

Sampai pagi pun angin tetap kencang. Jadi Haikal tak berani nak naikkan drone tinggi tinggi.






Kuda kuda ni owner motel yang punya. Kebetulan masa nak check out dia datang dan cerita pasal kuda dia dan bukakan pintu kandang bagi depa masuk beramah mesra dengan kuda kuda tu.



View tepi pantai ni wife aku kata macam dalam drama melayu. Lawa sungguh. Sambil angin bertiup kencang dan pohon kelapa melambai lambai.


Sebelum balik depa ajak pi Muara Kuala Paka dulu. Sebelah Pantai Paka ni aje. Panas betul tapi tetap banyak angin.


Next singgah di Muara Sungai Kertih. Cantik tempat ni terutama area tepi sungai. Sempat aku tertidur dalam kereta.
 
Di sungai ni tulis Kertih tapi di tengah bandar sana tulis Kerteh. Mana satu yang betul atau memang beza tak tahu la

Pertemuan sungai dan laut 

Pantai Kuala Kertih. Area ni ada construction nak cantikkan lagi taman gayanya 

Sambung lagi perjalanan dan singgah di medan selera Kemasik. Best makan kat sini. Banyak angin tiap kali mai.

Sotong dan ikan celup tepung kegemaran ramai

Habis makan ni takde singgah mana dah terus balik ke Kuantan.