Sempena cuti Tahun Baru Cina
fikir punya fikir di mana nak habiskan masa cuti empat hari tu, dapatla idea
ke Port Dickson. Survey hotel sampai pening sebab last minit booking
bukan senang nak dapat. Lagipun hotel-hotel ni sombong sikit laa masa
peak hours macam ni sebab ramai orang. Nasib baik, kami dapat Bayu Beach
Resort, itupun untuk satu hari saja. Tapi aku dah back-up dengan survey
beberapa bilik yang boleh walk in.
Perjalanan
pergi jam dari sungai besi sampai ke Seremban.
Bergerak perlahan macam semut. Start 11.30 pm, 2.30 pm baru sampai.
Sampai
resort, terus check in. Bilik kat tingkat 5, sea view. Bilik memang
cantik dan pemandangan pun menarik. Cuma yang agak kureng tu, swimming
pool dia ada banyak regulation. Lelaki kalau tak pakai baju mandi kena bukak baju.
Segan la aku nak tunjuk badan aku ni. Terpaksalah aku mandi sekerat
kepala masa dalam air, dan naik aje terus pakai baju.
pantai dia memang luas dan cantik
Kat laut pun best, tenang dan santai
habis. Walaupun ada cerita tentang buaya kat PD baru-baru ni, aku tengok
orang mandi semacam aje, tak risau langsung.
Makan pagi boleh tahan la jugak. Cuma tambah RM12 aje, sebab Haikal dapat free. Lepas check out terus ke tempat penginapan seterusnya iaitu Cozzi Hotel kat Teluk Kemang.