Sabtu 6 March, kami pergi akuaria KLCC. Sebab baru ni aku asyik tengok ikan kat laut jadi teringatla nak bawak family pulak tengok ikan kat sini.
Parking kereta kat depan convention center murah sikit RM8 per entry. Si Haikal ni, masa kat rumah tak nak makan, bila nak masuk dalam mengadu lapar. Dapatla sandwich beli kat cafe tepi aquaria ni.
Entry ticket sepatutnya seratus rasa aku kalau 4 orang, tapi pasal aku tunjuk kad staff petronas, dapatla diskaun jadi RM74.00. Tempat ni memang best kalau bawak anak-anak, sebab banyak pemandangan menakjubkan.
rama-rama awet pun ada
Ada pelbagai jenis spesis ikan yang menarik. Seronok tunjuk dekat depa berdua ni terutama ikan-ikan kat dalam tunnel ni. Dulu dah bawak pegi Langkawi tapi depa langsung tak ingat sebab masa tu kecik lagi.
No comments:
Post a Comment