Saturday, September 18, 2010

Eid Recreation @ Allagar Waterfall

Rasanya aidilftri tahun ni panas betul. Apakah ini tandanya kesan pemanasan global sudah semakin serius?

Untuk menyejukkan sedikit badan, hari raya kedua aku pun bersama keluarga sebelah Nora pergi ke air terjun Allagar. Perjalanan ke sini tak sampai setengah jam pun. Aku ingatkan raya-raya ni takde orang kat sini...tapi ramai jugak rupanya.

Inilah air terjun kegemaran aku sejak kecil lagi. Aku pernah berbasikal maupun berjalan kaki dengan sedara aku yang lain ke sini (dari rumah mak sedara aku kira-kira 8km) demi keseronokan mandi manda di tempat yang sangat nyaman ini. Selain dari itu aku jugak pernah menyusuri sungai dengan laluan yang sungguh mencabar untuk sampai ke air terjun ini. 

Tidak kira musim hujan atau musim kemarau air terjun ini sentiasa mengalirkan air yang sungguh sejuk dan segar. Kalau nak seronok lagi bawalah ikan atau ayam dan buat BBQ.....huhuhu....tersangatlah mantapnya.

Akan tetapi air terjun ini menjadi sangat bahaya ketika hujan lebat kerana air akan melimpah dengan cepat tanpa terduga. Adik aku dulu nyaris maut kat sini ketika cuba mengambil rotan di kawasan ini. Tapi walau apapun aku tetap suka berkunjung ke tempat yang penuh nostalgia ini bila saja ada masa kelapangan. 

Selain tempat ni, satu lagi kawasan mandi yang biasa aku pergi ialah Ulu Licin kat Bruas nun. Sini pun tak kurang jugak bestnya.


 


Segala nasi dengan kuih raya semua sekali angkut makan kat sini
 

No comments: