Sunday, November 13, 2011

Outstation - Lighting System Provider & Bolt and Nut Visit

The Curve Hotel Damansara & Royale Bintang Hotel

Hujung October baru ni outstation 4 hari 3 malam. Kali ni ada 2 company Lighting System provider dan Bolt & Nut company nak dilawati. Tempat penginapan ditempatkan di Royale Bintang The Curve (hotel ni berkembar dengan The Curve Shopping Centre). Apa lagi bawak depa sekali laa. Tempat ni tak susah sangat nak cari, tapi sebab jalan asyik tutup dan lencong sini sana berpusing-pusing jugaklah nak jumpa tambah dengan suasana malam dan hujan. Alhamdulillah selamat jugak sampai dan terus check in.

Company pertama aku lawati Intralink yang merupakan antara company pertama menghasilkan LED (Light Emittance Diod) di Malaysia ni. Hebat jugak company ni sampai export ke USA, China dan Negara Timur Tengah.Cuma aku kesian tengok kawasan opis depa ni sesak sangat sampai parking kereta pun 2 lapis jadinya. Kalau ada emergency macam mana tu? kalau kereta yang blocking terlupa nak release handbrake?

Oleh kerana sebelah hotel ni ada IKEA dan Tesco abis lawatan sempat jugak jalan-jalan kat sana. Seronok la bebudak tu siap melawat kedai buku POPULAR yang luas dan kedai Pets kat sini. Lepastu pulak jamu mata tengok interior design bilik tidur, ruang tamu dan ruang pameran kat IKEA.

Biik Royale Bintang The Curve

antara interior design kat IKEA





Pencinta haiwan

Makan pagi kat Royale Bintang the Curve



 Hari kedua pulak melawat Bolt & Nut specialist. Bayangkan sikit punya besar kilang dia, dia hanya buat Bolt & Nut sahaja. Macam-macam jenis dan bentuk.

Sarapan 2nd day. Kanak2 kena tambah RM10 sorang

depa lepak kat surau sementara menunggu aku abis lawatan di Amat Sinar

 On the way balik sarapan di R&R rawang.macam tension je sebab kena makan nasi

Abis lawat tempat ni kami check out dan check in pulak kat Royale Bintang, Bukit Bintang. Esok harinya melawat Amat Sinar kat Kuala Kubu Baru. Hebat jugak ada orang melayu yang boleh buat bisnes macam ni. 

Boss dia siap datang naik Lamborghini Sport tu....alahai dapat tengok ajelah. Abis tu terus bertolak pulang ke Manjung.