Hadith Nabi S.A.W:
Tidak berkurang harta kerana sedekah, dan tiada seorang yang memaafkan suatu kezaliman melainkan Allah swt menambah kemuliaan, dan tiada seorang yang tawadhuk ( merendah ) kerana Allah swt melainkan Allah swt menaikkan darjatnya. ( Abu Hurairah r.a. )
Hadith Nabi S.A.W :
Dermawan itu merupakan suatu pohon yang akarnya di syurga dan dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke syurga. Kedekut ( kikir ) itu pohon yang asalnya di dalam neraka sedang dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke neraka. ( Aishah r.a)
Sedekah mengandungi 10 kebaikan
Kebaikan di dunia.
1.Membersihkan harta kekayaan.
2.Membersihkan badan dari dosa-dosa.
3.Menolak bala dan penyakit.
4.Menyenangkan hati orang miskin.
5.Menjadikan berkat dalam harta dan meluaskan rezeki.
Kebaikan di Akhirat.
1.Sedekah itu menjadi naungan baginya
2.Sedekah meringankan hisab amalnya
3.Memberatkan timbangan amal kebaikannya
4.Memudahkan melintasi sirat.
5.Bertambah darjat di syurga
Barangsiapa yang menolak 5 pekara, maka Allah akan menolak 5 pekara daripadanya
1.Barangsiapa menolak zakat, Allah swt akan menolak keselamatan hartanya.
2.Barangsiapa tolak sedekah, Allah swt akan mengurangi kesihatannya.
3.Barangsiapa menolak zakat tanamannya, Allah swt akan menolak berkat tanahnya.
4.Barangsiapa tidak suka berdoa, Allah tidak suka untuk menerimanya.
No comments:
Post a Comment