Thursday, March 9, 2017

Lawatan Nabila Sekali Jalan Penang


Catatan 23 - 26 Disember 2016

Biasanya bila melawat Nabila, aku tidur kat Permatang Pauh. Hotel Seri Pauh la, mana lagi. Sampai staff Hotel ni pun dah tau nama aku begitulah kerapnya datang. Mydin toksah cakap la sampai barang dapur pun kekadang beli sini aje.

Tapi kali ni terasa nak masuk Penang pulak, maklumlah hujung-hujung tahun ni dah la tak melancong ke mana mana. Yelah ada komitmen lain yang  lebih penting. Jadi cuti kat Penang pun sudah kira bagus. 

Jadi ambik aje Nabila kat kolej dia terus menuju ke Jambatan Pulau Pinang. Cuaca sangat baik dan jalanraya pun tak sesak. Musykil jugak aku dekat nak krismas ni jalan lancar? Mungkinkah sebab dah ada jambatan kedua?  Alhamdulillah.


Sebab hotel check in pukul 2, kami ke Batu Feringgi dulu. Kejap aje nak sampai sini. Tengok-tengok suasana pantai, singgah lebih kurang beli makanan sikit maka masa pun dah tengahari. 

Patah balik menuju ke Tanjung Bungah. On the way singgah sembahyang Jumaat dulu di Masjid Terapung. Cantik masjid dia tepi laut macam ni. Ada air oren free lagi untuk semua jemaah, mana nak dapat?

Habis solat terus kami ke hotel pertama iaitu,

TM Resort Tanjung Bungah

Harga bilik RM280 family room. Ada dua buah bilik tidur, dua bilik air serta ruang tamu yang luas dengan view swimming pool dan pantai beberapa meter sahaja. Memang best dan selesa tempat ni. Katil pun selesa dan bilik bersih. Puas hati la.  

Balkoni mengadap pool yang berbentuk love gitu... Dari sini boleh nampak laut cuma sebab lindung dek pepokok, kurangla sikit. Untuk resort ni, aku pilih bilik tingkat paling rendah sebab sini takde lift

 
Bilik utama

Bilik kedua

 Dapur dan peralatan masak takde ye



Sinki dan meja makan pun ada. Apa lagi rice cooker pun mulalah berfungsi dan hasilnya dapatlah tomyam campur. Sebelum tu dah bekal siap siap dari rumah kari udang dan ayam kunyit.



                               Enjoy rasanya pepagi berjalan-jalan kat tepi pantai resort ni

Habis lepak aku terus ke Batu Feringgi untuk cari sarapan...sana ada banyak pilihan.

                                                         Lepas sarapan singgah sini kejap

Lepas check out kami ke Pantai Shamrock untuk makan tengahari. Nampak macam best aje gerai gerai kat tepi laut tu. Makan kira boleh la dari segi rasa tapi harganya agak mahal. Tepi lautlah katakan. 









Habis tempat ni kami ke hotel kedua pulak. Sebenarnya kami nak stay 2 malam kat TM Resort tapi takde kosong. Jadi search punya search akhirnya aku booking hotel ni,

Hotel Ixora Seberang Prai

Perjalanan keluar dari Pulau Pinang pun lancar jugak tak de sesak-sesak walaupun hari Krismas. Cuaca pun baik.

Check in kat Ixora Hotel ni agak lembab. Terkial-kial staffnya nak menyelesikan booking, macam pekerja baru aje nampaknya. Rate family room RM250.

Biliknya memang nampak mewah dan luas. Satu katil besar yang boleh muat 3 orang dan satu katil kecik. Memang selesa betul tempatnya. 

                                             Katil King Size dia memang besar gedabak


                                                                View dari hotel

Sebelah malam kami ke Faiz Station dekat dengan Petronas Taman Pauh untuk makan malam. Set ikan siakap masam manis, tomyam campur, kailan dan telur dadarnya memang sedap dan puas hati. Harga pun tak mahal. Lagi satu tak payah tunggu lama sebab servisnya memang cepat.


Pasal makan pagi kat Ixora Hotel ni kami dapati memang terbaiklah. Banyak betul pilihan makanan yang ada dan sedap-sedap belaka. Senang cerita memang enjoylah.


Sampai masa kami check out dari Hotel ni dan ke hotel berikutnya iaitu hotel regular kami Seri Pauh. Makin downgrade nampaknya......hahahhaha. Yelah kalau boleh hari-hari nak duduk hotel mewah tapi begitulah hakikat kehidupan. Apapun Seri pauh ni ok aje sesuai dengan harganya RM120 semalam.

Sebelum check in kami ke Mydin dulu dan makan tengahari di Dapur Penyet dalam Mydin. Suka depa anak beranak makan sini.

Manyak lapar... makanan lambat betul... orang pun asik penuh aje sini

Makan malam kat Restoren Adik Beradik yang berdekatan. Makanan sedap dan harga berpatutan. Aku suka nasi goreng sotong dan ayam berempah dia. Jalan kaki je dari hotel ni.

Esok petangnya setelah membeli belah apa yang patut kami pun menghantar Nabila ke UITM. Sebelum balik makan dulu kat café kolej Nabila ni. Murahnya harga macam tak percaya. Makanan pun boleh tahan rasanya.Untung laa budak budak kolej ni.

Library UITM

2 comments:

tiga lalat said...

dah 3 bulan punyer citer ye bang., jauhh tuu

am said...

Update ikut musim. Gitulah ghropenya hihi.