Jeju Airport - Gimpo Airport - White Gold Itaewon - Yeouido Park - Itaewon Mosque
Pagi-pagi lagi sekitar jam 7.00 pagi kami sudah bersedia untuk ke Jeju Airport memandangkan flight 8.45 pagi. Urusan lebih mudah sebab hotel ni ada service pengangkutan ke airport secara percuma.
Sampai airport segera aku mencari kaunter T'ways Air ini. Urusan luggage mudah aje sebab setiap orang boleh bawak sampai 15kg, jadi total untuk kami sekeluarga adalah 60kg. Masuk lambat sikit pun tak ada masalah sebab departure gatenya dekatnya alahai kalau dibandingkan dengan KLIA 2. Boarding flight pun 15 minit sebelum flight take off. Memang sempoi sungguh depa ni.
Penerbangan ke Seoul cuma mengambil masa 1 jam 10 minit sahaja... tak sempat nak terlelap pun. Sampai aje Gimpo Airport, terus keluar tanpa banyak masalah check luggage. Segera aku ke kedai CU untuk membeli T-Money. Untuk permulaan aku beli sebanyak 20,000 won setiap orang. Tak risau terlebih ke apa sebab boleh re-fund semula.
Oleh kerana luggage kami taklah sebanyak mana maka aku ambik keputusan naik Metro aje untuk ke Itaewon. Routenya macam ni :
Ambil Seoul Metro dari Gimpo Airport Station - Line 5 - ke Gongdeok Station - kemudian tukar ke line 6 dan turun di Itaewon Station Exit 4
Mula-mula tercangak-cangak le... kena jalan jauh la sikit bila nak transfer line. Kot manapon train ni memang banyak berjalanlah.
Senang jumpa nampaknya White Gold Apartment ni sebab dalam booking.com sudah ada panduan yang cukup jelas. Rate untuk apartment ni 611,100won untuk 5 malam.
Cuma kalo nak bayar guna kredit kad dia mintak 10% extra charge. Tak kuasa aku nak cari cash, jadi aku mintak 5% aje dan dia setuju. Total credit card aku kena charge RM2380 maknanya RM476 semalam.
Dekat dengan train, supermarket dan ada banyak makanan halal di sekitar. Memang berbaloi-baloi.
Mula-mula tercangak-cangak le... kena jalan jauh la sikit bila nak transfer line. Kot manapon train ni memang banyak berjalanlah.
Senang jumpa nampaknya White Gold Apartment ni sebab dalam booking.com sudah ada panduan yang cukup jelas. Rate untuk apartment ni 611,100won untuk 5 malam.
Cuma kalo nak bayar guna kredit kad dia mintak 10% extra charge. Tak kuasa aku nak cari cash, jadi aku mintak 5% aje dan dia setuju. Total credit card aku kena charge RM2380 maknanya RM476 semalam.
Dekat dengan train, supermarket dan ada banyak makanan halal di sekitar. Memang berbaloi-baloi.
Dapur selama 6 hari kat sini. Mesin basuh pun ada... kerap jugak basuh kain maklumlah bawak pakaian sikit je
Laluan ke bilik...apartment ni ada 2 bilik. Depan pintu masuk terus jumpa dapur
Sebelum buat apa-apa aktiviti, eloklah makan dulu. Sejuk-sejuk ni memang jadi sedaplah makanan tu semua walaupun simpe-simple je.
Itinerary aku untuk setengah hari yang berbaki ni ialah ke Yeouido Park dan setelah tu ke masjid Itaewon. Untuk ke park ni route dia macam ni :
Ambik line 6 Itaewon Station - turun Station Gongdeok - ambik Line 5 ke Station Yeouido
Kena berjalan kaki sikitlah nak ke taman ni, tapi cuaca nyaman macam ni memang takde hal kalau berjalan jauh sikit. Kami dapati walaupun Cherry Blossom Festival sudah berakhir minggu lepas masih ada lagi baki pokok cherry yang berbunga serta ada banyak bunga azalea yang berkembang mekar di taman ini.
Dah namanya ke taman... maka gambar kat entry ni penuhlah gambar bunga-bungaan. Dah macam blog kebun bunga pulak jadinya.
Seronok jugak melepak-lepak di taman ini beberapa ketika.
On the way nak ke park
Azalea yang bermacam warna
Jenuh dah jamu mata di Yeoudo Park tadi, aku pun patah balik ke Itaewon untuk melawat masjid di Korea ni. Kena naik bukit sikit dari jalan besar kalau nak ke masjid ni.
Sambil-sambil berjalan tu, mata aku tengok sana sini akhirnya terjumpa sebuah kedai handphone. Apalagi teruslah masuk. Dia ada package data internet untuk 1 minggu. Cantiklah. Harganya pun sangat berpatutan tapi aku dah lupa, maka tak perlulah aku nak ambik Pocket Wi- Fi ke apa. Lagipun apartment aku wi fi dia memang laju.
Lama pulak proses ni. Sementara orang tu nak masukkan data waktu pun dah nak Maghrib. Terus kami tinggalkan handphone dan ke Masjid Itaewon. Depan-depan tu jugak, dekat je.
Masjid 3 tingkat ni agak luas. Perempuan kat tingkat atas, tapi cara masuk untuk kawasan perempuan ni kena naik tangga dari dalam bangunan. Walaupun 3 tingkat tapi wife aku kata macam 4,5 tingkat rasa tinggi dia... haha tinggi habis. Confirm lah sejuk waktu ni.....tahap gigil ni bila berwuduk😁.
Masjid 3 tingkat ni agak luas. Perempuan kat tingkat atas, tapi cara masuk untuk kawasan perempuan ni kena naik tangga dari dalam bangunan. Walaupun 3 tingkat tapi wife aku kata macam 4,5 tingkat rasa tinggi dia... haha tinggi habis. Confirm lah sejuk waktu ni.....tahap gigil ni bila berwuduk😁.
Tak nampak pulak muka orang Korea kat dalam masjid ni. Semua orang asing. Terjumpa seorang budak Melayu kat depan tangga masjid. Company hantar sini katanya. Dia cakap dia dah seminggu hari-hari berulang alik dari Myeongdong ke Itaeawon ni cari makanan halal. Kat Myeongdong tak berapa best katanya. Alamak kuatnya kau dik panjat bukit hari-hari nak ke sini.
Cantik masjid ni waktu malam. Menurut keterangan, masjid ini dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi
Masa baru sampai... lepak sat depan masjid tunggu Maghrib
Tempat solat lelaki... gambar ni dari atas tempat wanita
Turun dari masjid, data internet pun dah siap. Nampak pulak kedai daging kat depan kedai tu handphone ni... tadi tak perasan pun. Apalagi, terus masuk dalam dan beli sekilo ayam dan setengah kilo kambing. Kalau matching ayam dan kambing ni dengan paste rendang segera serta paste kari yang dibawak, confirm terangkat punya.
Habis kedai ni sambung beli barang runcit pulak serba sikit dekat-dekat ni jugak. Lorong yang sama aje. Sambil jalan tu sambil perhati kedai mana la nak singgah beli makanan ni... banyak pulak pilihannya adeh.
Potong kambing ke bang... elok-elok ye, kasi kecik lagi sikit
Tetiba adala sorang mamat ni dok panggil masuk kedai dia. Mula-mula buat tak tahu aje jalan terus... lepastu wife aku patah balik sebab terperasan menu yang dia letak atas jalan tu macam ada nasik la apa la. Terus masuk dan order burger serta nasi putih lauk ayam goreng.
Susah nak jumpa kebab yang sedap kat oversea, tapi kat Itaewon ni tak sangka ada kebab dan burger yang sedap. Ayam goreng dia pun lazat. Walaupun ownernya ala-ala Arab, aku agak dia dah adjust ikut taste Asia.
Susunan dan hiasan dalam kedai dia yang comel... sorang-sorang aje dia masak dan layan apa semua
Internet dah ada. Jadi bab cari jalan short cut ni serah aje kat wife aku, ni memang kepakaran dia. Dekat sikit nak ke apartment bila ikut jalan pintas. Sekejap dah sampai... maklumlah kebetulan turun bukit pulak tu hahaha...
No comments:
Post a Comment