Tuesday, May 1, 2018

Korea Trip - Jeju : Day 2 ~ Part 1

15 April 2018

Seongsan llchulbong - Seopjikoji - Oedolgae

Sedia maklum yang Jeju ni memang banyak tarikannya. Jadi aku pilih mana-mana attraction yang dikira sesuai dan matching dengan route. Konsepnya biar sederhana jumlah attraction tapi enjoy. 

Menu makan pagi hari ini bihun goreng sementara bekal makanan tengahari asam pedas dan sambal tumis telur.

~Seongsan llchulbong~

Pagi-pagi lagi dalam pukul 5 lebih kami sudah ke kaki gunung ini. Kalau betul-betul berhajat nak tengok matahari terbit di puncak kena lagi awal dari ni... tapi tak kuase le teman. Bersemangat nampaknya ahli keluarga aku. Waktu spring ni Subuh pukul 4.37 pagi.

Mendaki tempat ni mengambil masa setengah jam campur berehat sikit-sikit. Turun biasala kejap aje... menikmati view tu yang jadi lama.

View tempat ni memang cantik malah ia telah diregister sebagai tapak Warisan UNESCO. Puncak yang terhasil dari letusan gunung berapi kira-kira 100,000 tahun dahulu ini kelihatan hebat.

Kalau ke Jeju tempat ni kira A must go.




Platform di puncak... bolehlah lepak lepak tengok sunrise kat sini sambil minum minum 

Permukaan kawah gunung berapi dari puncak



Nice view

Sini tempat show lady divers



Selesai tempat ni kami ke apartment semula, makan pagi, berkemas dan check out. Peramah betul tuan punya apartment ni. Tolong angkat beg dan ambil gambar lagi. Setakat ni mana-mana hotel yang kami pernah stay, tidak pernah jumpa owner seramah  dan sebaik ini layanannya. Good job Ahjuma.๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Menu sepanjang hari

~ Seopjikoji ~

Next kami berkereta menuju ke Seopjikoji. Dekat je dari Seongsan tadi, lebih kurang 15 minit perjalanan. Laluan pesisiran laut menghala ke Seopjikoji ni memang cantik dan menarik. Cuaca pun baik.



  Boleh tahan jugak suasana kat sini


Seafood grill pun ada

Tak lama pun kat sini, terus menuju ke Oeldogae. On the way  keluar tu, singgah sekejap lookout ni. Nun di kejauhan kelihatan Seongsan Ilchulbong... indah sungguh.




~ Oedolgae ~

Laluan nak ke Oedolgae ni pun menarik macam tadi. Kiri kanan kelihatan meriah dengan bunga-bungaan dan pokok limau. Kena memandu berhati-hati sebab speed limitnya sentiasa berubah-ubah dan ada banyak speed trap. Max 70km / hr.

Suasana musim bunga yang ceria

Untung laa.....tanam limau tepi rumah pun buah kemain lebat



Sampai di Oedolgae. Lagi sekali sini pun cantik dan best jugak. Ada taman di sebelah kiri dan kanan kawasan batu berdiri ni. Tak rugilah datang tempat ni ditambah tiupan angin yang nyaman. 

Masuk free. Parking je kena bayar sama macam di Seopjikoji tadi. 


Laluan nak ke taman


Lalang hijau yang berombak cantik bila ditiup angin


Limau kecik ni manis dan boleh makan dengan kulit sekali. Jualan dia style takde orang tunggu. Letak harga dan bakul duit... pepandaila nak bayar. Kalau tempat kita jual macam ni alamat limau cerah licin dan bakul duit kosonglah jawabnya.....๐Ÿ˜


Habis tempat ni kami ke next attraction iaitu Jusangjeolli Cliff.

No comments: