Sunday, July 29, 2018

Korea Trip : Seoul Day 4

19 April 2018

Everland

Sampai masa hari yang dinanti anak-anak aku untuk bergumbira di Everland Theme Park. Entry tiket  tempat ni pun memang aku beli online sesiap dari Klook pada harga RM137/pax. Tujuannya untuk mengelak kesesakan kat pintu masuk dan tak payah beratur panjang.

Oleh kerana tempat ni agak jauh, maka pepagi lagi dah menapak ke train station. Cara nak ke Everland dari Itaewon :

Station Iteawon  - ambik Line 6 ke Yaksu Station - Tukar  Line 3 ke Seoul University of Edu. Station - Tukar line 2 ke Gangnam Station Exit 10 - Ambil bas No 5002 ke Everland (jalan terus ke depan dari Exit 10 dalam 100m  sampai jumpa bus stop yang terletak berdekatan, pastikan signboard yang ada bas 5002)


Alhamdulillah tak begitu ramai orang yang nak ke Everland dari sini. Agaknya ramai yang ambik Express Shuttle dari station lain misalnya dari Myeongdong. Tak ada apa kurangnya bas 5002 ni, sebijik macam bas express lain dan tambangnya cuma 10,000 Won untuk 4 orang. Semua duduk kerusi belakang sekali... selesa.

Dalam 9.30 kami pun sampai ke tempat menunggu bas khas untuk ke Everland. Bas ni free aje dan ramai betul rombongan dari merata tempat telah sedia menanti di sini. Taman ni buka pukul 10. Kira ngam ngam lah sampai depan pintu tu.

Cepat aje masuk dengan online pass Klook ni, dia scan bar code terus je ke dalam.


Peta Everland

Oleh kerana anak aku berdua ni yang jadi guide kat dalam ni, kenalah ikut program depa. Nampaknya Nabila dah study apa yang best dan apa yang patut skip kat dalam ni... dan mana patut masuk dulu atau kemudian. Jadi dapatlah jimat masa ke sana ke mari sebab tempat ni luas.

First ke Zootopia. Awal-awal lagi dah kena exercise. Yelah untuk mengelakkan berbaris panjang kat Amazon Express terpaksalah berlari-lari anak....adeh. 


Untuk lebih cepat,boleh book game yang queue nya panjang sesiap. Linknya DI SINI.


Cungap jugak aku nak sampai tempat ni


Tetap kena berbaris tapi tak lama sangat. Kalau lambat sikit lagi alamat lagi panjanglah line. Nampaknya geng Korea ni lagi cepat

Ni yang beratur belakang aku ni lagi ramai... bikin kecoh la depa ni haih


Seronok pulak naik Amazon Express ni.....laluan berliku jeram-jeram dan air terjun ..basah sikit sikit tu tak jadi hal lah


Kena bungkuslah supaya tak basah sangat

Next depa ajak pegi ke Safari World, masih lagi dalam Zootopia. Kat sini kena berbaris jugak tapi sekejap aje. Mungkin sebab hari masih awal. Memang bestlah naik bas dia dan dapat tengok pelbagai haiwan liar secara dekat macam harimau belang, harimau putih, singa dan beruang. 

Opkos la cermin dia jenis bullet proof untuk keselamatan. Walaupun binatang ni ganas, nampak comel aje semuanya bila tengok dekat-dekat. 


Pintu masuk Safari World

Alolo... comel la kucing putih ni ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„


Alhamdulillah......bukan senang nak dapat peluang tengok binatang jarak dekat macam ni


Dalam bas

Aksi teddy bear berdiri ni memang kegemaran ramai



Seterusnya adalah Lost Valley. Tempat ni lagi popular dan kena berbaris agak panjang. Kali ni naik amfibia bus pulak. Nampaknya Lost Valley ni lagi seronok, yelah pertama kali naik amfibia bus yang boleh terapung dalam air ni. Best tengok petugas dia bagi makan zirafah. Ada yang boleh bagi makan sendiri, kena ambik pakej lain lah. 


View dari tingkap amfibia bus

Kalau teringin nak bagi makan brader kacak tengkuk panjang ni, kena ambik jeep lah dan sila bayar lebih 

Tempat lepak harimau bintang



Keluar dari Zootopia, terus ke American Adventure pulak. Depa bertiga masuk lagi dua mainan iaitu 4D Space Tour dan Rotating House. Selesai sini terus gerak ke surau. Sebelah je dari tempat ni. 

Alhamdulillah sini ada surau kecik tapi campur lelaki pompuan la. Memang senang banyaklah sebab ada sorang je masa tu yang tengah solat.  

Space Tour... kalau tanya depa semuanya best belaka


Surau. Credit to backpackersmuslimseoul

Next kami ke European Adventure, nak tengok tulip la apa lagi. Dulu kat Amsterdam tak berkesempatan ke Keukenhof, jadi ini kira peluang kedua lah. Cantik... memang cantik dan indah tempat ni. Pandainya depa hias dan susun tulip dan pelbagai bungaan lain bagi nampak menarik.

Lalu sini dulu

Tulip Garden dari kejauhan... kalau time summer giliran Rose Garden tapi kat belakang sana

Dekorasi yang kreatif dan menarik

Sekejap je kat tulip. Plan nak datang lain kat sini nanti. Lagipun orang sangatlah ramai masa ni. Jadi terus aje ke Magic Land dulu.

Adeh, sini pun ramai orang jugak rupanya. Terlepas satu mainan apa entah yang anak aku nak naik sebab tak sanggup nak beratur. Jadi singgah gitu-gitu aje dan berhenti rehat sambil makan bekal. 

Selesai makan sambung jalan jalan lagi. Entah cemana sampai kat Music Garden. Tadi tak lalu taman ni... kalau tak, boleh la makan kat dalam ni dah la cantik, tenang pulak tu.


Music Garden



Seperti pernah kulihat payung-payung begini... tapi di mana ya?

Cherry Blossom yang masih banyak di Everland. Memang rezeki nampaknya puas sekeluarga enjoy  Cherry Blossom walaupun tersasar seminggu dari festival 

Nak merasa naik Chairlift, berbarislah sekeluarga kat tempat ni. Nasib sekejap je mungkin sebab hari dah makin petang, bagus. Seronok rasanya naik chairlift sambil kaki tergantung gantung hehe... enjoy kejap. 


Jom naik Chairlift

Turun dari Chairlift, depa masuk lagi satu mainan apa entah kat dalam Alpine Village area European Adventure tadi sementara aku dan Nora ke Tulip Festival sekali lagi nak tengok bunga-bungaan dan pertunjukan ala-ala fairy tales. Lepak jap kat fountain sementara tunggu depa selesai.  



Jenguk ke sini kejap sebelum ke Alpine Village


Comel 


Tak puas rasanya tengok penguin ni

Best kata depa main kat dalam tu... tak payah beratur terus masuk je

Fountain of Youth macam dalam Pirates of Caribbean ke ni?

Stage ni tempat show  fairy tales

Menawan... mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa bunga  tulip sebenarnya bukan berasal dari Belanda sebaliknya dari Empayar Ottoman, Turki






Kalaulah ada kat Malaysia macam ni... hmmmm











Lupin pun ada sini. Berkenan betul tengok bunga ni... terus teringat Lake Tekapo





Habis tempat ni dah lewat petang, apalagi bertolak pulang la. Malam ada fireworks show, tapi tak sanggup teman nak menunggunya. Ni pun dah seronok dan puas.

On the way out

Jom balik ye anak anak


Route balik sama macam datang tadi, kena naik bas Everland ke Bus Stop tadi, seterusnya tunggu bas 5002 ke Gangnam semula. 

Kesimpulannya Everland ni memang seronok dan tak cukup sehari, rasanya tempat ni  lebih best dari Disneyland atau Universal Studio.

Menu makan malam... beli kat kedai yang sama depan masjid sebelum ini

2 comments:

Juls Julie80 said...

salam ziarah & follow sini.. cantik2 gambarnya..bestnyer dpt peluang tgk tempat orang... btw, gambar anak yg kene bungkus supaya x basah tu yg lelaki tu ade iras anak sedara saya sekali pandang...hihih

btw, jemput singgah blog kite http://julsjulie80.blogspot.com :)

am said...

Salam, thanks sudi ke blog ni. Ada iras ye? betulah orang kata dalam dunia ada 7 orang yg serupa kan.