Wednesday, May 22, 2019

Hokkaido Road Trip : Day 5

16 Feb 2019

Furano - Otaru Canal - Little Barrel Guest House

Salam Ramadhan yang ke 17. Kejap betul rasa dah di pertengahan puasa dah. Semoga kita semua memperolehi rahmat dari Nya. 

Nak sambung sikitlah entry Hokkaido yang dah lama tertangguh ni.

Pagi yang ceria. Pepagi lagi dah berkicau si Arif nak merasa buat ABC guna salji. Aku cakap alamak mana ada sirap dan bahan lain nak buat. Last last gunakan susu campur milo sebagai alternatif. 

Tak berlengah dia pun pegi amik salji kat luar, aku dah pesan ambik salji yang paling tinggi. Padahal area dalam hutan ni saljinya confirmlah bersih... jauh dari pekan, jalanraya dan kenderaan. Tambahan salji tengah turun jadi kebersihannya terjamin. Aku tak kaji sangat pasal makan snow ni, belasah jelah. Bila lagi nak try. 

Memang tak sangka aku, sedap kot rupanya milo + susu + salji, maklumlah salji dia lebih lembut dan halus dari guna mesin ABC. Dah macam ice blended versi lebih gebu... good idea. Depa kata kalau repeat lagi Hokkaido lepas ni nak buat aiskrim vanila pulak lagi terangkat.


Pagi ni wife aku masak nasi goreng dan laksami untuk sarapan dan bekalan

Ni dia rupa aiskrim milo kami


Popular nampaknya milo salji ni sampai kena top up

Suasana kat Log Yukari ni pepagi memanglah menawan. Dalam semua tempat tinggal sepanjang perjalanan ni, main salji kat sinilah yang paling best. Happy depa main salji sebelum bertolak. 



Enjoy sungguh depa main salji kat sini... tuu tengah nak dive dalam salji bagai

Happy gayanya


Mokcik dan pokcik pun nak begambo juge

Owner ni sediakan buku untuk sesapa yang nak bagi feedback. Ni ulasan dari Haikal


Goodbye Log Yukari... ada rezeki sampai lagi InsyaAllah

Perjalanan hari ni boleh tahan jauh 151km. Kalau kat Malaysia jarak ni kira dekatlah lagi-lagi highway tapi sini tak boleh nak bawak laju sebab keadaan bersalji jugak speed limit dia yang terhad. Dalam pukul 10 pagi perjalanan dimulakan menuju ke Otaru.

Sebelum tu singgah kejap di Furano Ski Center. Salji lebat pulak turun, view sure tak berapa cantik jadi aku batalkan hasrat nak naik ke atas.

Kerja-kerja membersihkan salji


Berenti kejap kat parking Sandan Fall sebab tengok dalam map ada sungai sini. Toilet pun ada tapi habis terkambus dengan timbunan salji. Sungai pun tak dapat nak tengok abis beku. Melepas. 

Depan tu sungai

Trip ke Otaru melalui jalan biasa sahaja sehinggalah dekat dengan Sapporo barulah masuk highway sekejap. Sepanjang perjalanan dihidangkan dengan pemandangan yang sungguh cantik dan menawan. 




Ada jugak idea aku nak singgah sebentar kat Barato River nak tengok orang memancing. Nasib tak berapa baik tak jumpa tempat ni walaupun ada dalam map code. Jumpa sungai aje tapi spot memancing tak jumpa. Tak de rezeki lah tu.

Sambung lagi perjalanan sehingga sampai ke Otaru Canal. Ramai betul orang kat sini. Mengambil gambar dan lain-lain. Overrated... tu yang aku rasa. Tidak begitu menarik kalau setakat sungai macam ni kat Pantai Remis kampung aku pun ada... heheh. But,  ok lah... been there.

Sampai Otaru

Otaru Canal

Tak ada aktiviti yang sempat dibuat selepas Otaru Canal, dah makin gelap. Badan pun dah letih, terus aku cari tempat tinggal untuk malam ini iaitu Little Barrel Guesthouse. Not bad boleh tahan selesa tempat ni. Ratenya RM510 harga untuk semalam. Ada shared kitchen kalau nak masak. 

Receptionist dia rajin betul siap dia yang tolong angkat beg dari kereta sampai ke bilik. Naik tangga sampai ke atas dan berbukit pulak tu.

Little Barrel Guesthouse. Jalan nak ke dalam hotel habis tertimbus salji. Parking kat hujung bangunan sana. Free. Depan dia pulak ada Family Mart

View dari tingkap guesthouse... depan tu laut




Suasana dalam bilik

Malam ni tak masak apa pun sebab makanan bekal pun masih ada... untuk panaskan semula cuma masukkan sekali makanan tu dengan pemanas yang sedia ada dalam pek Kembara Nasi Pilaf. Selesai.

Walaupun nasi pilaf  dah habis, heater dia masih boleh guna lagi

Rehat cukup-cukup. Esok kembara bersambung ke Niseko dan Lake Toya pulak.

3 comments:

cikguzim said...

Bestnya main salji...salam lebaran

am said...

Salam lebaran juga utk cikgu

Family of Travelers said...

salam bang.. bila nak sambung lagi menulis ni...nak refer untuk upcoming trip