Monday, April 8, 2019

Hokkaido Road Trip : Day 4

15 Feb 2019

Asahikawa - Biei - Shirahige Waterfall - Blue Pond - Furano Ski Centre - Log Yukari - Ningle Terrace

Pagi yang dingin semestinya. Lepas check out dari Asahikawa Court Hotel ini, perjalanan disambung lagi. Kali ini menuju attraction seterusnya di Biei. Macam biasa bila bangun pagi kenalah cuci salji kat atas kereta.

Ini kali pertama isi minyak kereta sampai penuh masa on the way ke Biei. Nampaknya kereta jenis hybrid macam ni agak menjimatkan. Untuk perjalanan sejauh 280km lebih kurang bermula dari Orix Car Rental Chitose sehingga Asahikawa cuma RM91 sahaja. Tidak semahal yang aku sangka.
View depan hotel

 Menuju parking


Semalam ada bukit salji tepi kereta aku ni... pagi ni tengok dah habis kena sodok

 Memulakan perjalanan


On the way ke Biei


Tempat yang mula-mula ditujui adalah Ken and Mary Tree yang dikatakan sebagai salah satu tarikan di Biei ini . Bagi aku pokok Ken and Mary Tree ni biasa saja cuma kelebihannya  suasana di sekeliling tempat ni cantik dan saujana mata memandang.

Ken & Mary Tree

Geng Panca Sitara sudah mari


Sambung perjalanan

Seterusnya kami ke Mile Seven pulak, dekat je dari attraction tadi. Tapi nasib kurang baik sebab jalan masuk ke sana telah ditutup, Yelah ni kan private property jadi ownernya boleh aje tutup sesuka hati dia.

 Ni je view yang nampak bila sampai


Sebelah kanan nilah Mile Seven tapi tak boleh masuk tengok (ada yang eje Mild Seven, entahlah mana satu)


Sambung lagi. Kali ini menuju ke Shirahige Waterfall. Nampaknya berbaloi datang sejauh ini kerana ternyata waterfall ni memang  cantik dan mengkagumkan. Orang pun agak ramai kebanyakan datang dengan bas. 

Kami menghabiskan masa seketika menghayati keindahan tempat ini serta sungainya yang berwarna turquoise.
Menuju Shirahige Waterfall

Sampai



Shirahige Waterfall




Sungai di sebelah kiri


Seterusnya adalah Blue Pond. Tempat ni terletak dalam laluan ke Shirahige Waterfall. Dah dekat sangat dah. Tapi aku singgah masa on the way balik.

Sekalipun aku sudah sedia tahu yang kolamnya pastinya beku dan dilitupi salji, dah lalu sini apa salahnya singgah sebentar... been there katanye.

Tangga menuju Blue Pond

Ni Blue Pond ke White Pond... hahahhahahaa. Orang tetap ramai kat sini sekalipun kolamnya beku
Blue Pond masa musim lain memang cantik betul....gambar google



Singgah bilik air kat area ni kejap


Singgah solat jamak kat tepi jalan ni sekejap.....kali pertama solat atas salji, lapik dengan jaket....sejuk ketaq teman😅

Menuju Furano

Perjalanan menuju Furano memang jenuh tengok view yang cantik. Sesekali terserempak para pekerja Jepun di jalanan. Kagum sekeluarga tengok komitmen depa ni memastikan jalan tidak tertimbus serta mengawal lalulintas. Mampu mereka bekerja dengan gigih dalam suasana sejuk sebegini. 




 Cantik pulak... gunung apa tak taula


Tiba di Furano dalam pukul 3 petang. Sebelum ke tempat penginapan singgah sekejap di Furano Ski Centre meninjau-ninjau. Nampaknya tempat ni ramai mat saleh datang bermain ski. 

Nasib baik hari masih cerah jadi tidaklah begitu sukar mencari Log Yukari ni. Menarik betul tempatnya ala-ala kabin kayu mat saleh yang selalu aku tengok dalam tv dedulu. 

Harga kabin ni RM585 semalam. Ni lah harga penginapan termurah yang aku jumpa area sini. Tuan punya kabin pun peramah siap bagi sledge dan buat  demo lagi kat anak-anak aku cara mengelongsor. Hehehee

Sampai di Log Yukari Furano


Ni cabin untuk kami 4 orang


Ni sledge plastic yang owner rumah tu bagi... boleh tahan laju sledding kat sini sebab agak curam

Kabin ni memang lengkap dengan peralatan memasak. Heaternya guna diesel, tapi ok aje nampaknya. Boleh nampak salji turun masa dalam tandas... mana lagi nak jumpa suasana macam ni 😃😃



Curam sungguh tangga dia... tempat tidur semua di tingkat atas

Kat Jepun ni style dia tak kira hotel murah atau mahal mesti nak ada bath tub punya... sampai kat rumah kayu ni pun ada jugak walaupun tong plastik je heheh

Dapur... bolehlah masak untuk malam ni dan pagi esok


Tomyam, kari ayam + king crab, ayam goreng dan telur dadar......balun  

Kalau ikut aku, lepas makan dan sejuk-sejuk pulak tu yang paling afdhol mestilah tidur. Rasa nak kensel aje plan ke Ningle Terrace ni haha. Tapi depa ajak jugak. Layankan jela. Sebelah  Furano Ski Centre... tak jauh sangat dari Log Yukari ni. Tak silap dalam 10 ke 15 minit macam tu.  Masuk free. 

Agak menarik tempatnya yang dipenuhi cahaya lampu di mana mana. Banyak kedai yang menjual cenderahati... tapi aku tak beli apa pun sekadar meninjau-ninjau. Kat sebelahnya ada pulak Furano Kan Mura, tak kuase lah  teman nak pegi.

Ningle Terrace







Habis Ningle Terrace terus balik ke kabin. Sampai aje anak anak aku ni boleh pulak depa pegi main sledge ni lagi. Adeh. Tido lagi baik la anak anak oii. Esok nak jalan jauh lagi.

No comments: