Wednesday, April 3, 2019

Hokkaido Road Trip : Day 3

14 Feb 2019

Sapporo - Asahiyama Zoo - Asahikawa Court Hotel

Pagi ini suasana putih di mana-mana pasal tengah snowfall lebat masa ni. Jalanraya pun dipenuh salji, tapi masih boleh dilalui nampaknya. Lepas bersarapan terus bertolak menuju ke Asahiyama Zoo. Perjalanan hari ini agak jauh lebih kurang 155 km.

Suasana pagi depan apartment... sebelah kanan tu tempat parking kereta aku malam tadi


Team cuci -cuci  salji dah start bekerja nampaknya😆


Singgah dulu di Family Mart berdekatan. Beli biskut-biskut termasuk biskut kapal yang viral, minyak masak canola, telur dan sayur. 

Masa aku mintak minyak canola tu, pekerja dia terus pi ambik tab untuk guna google translate sebab tak faham. Aku pun tak teringat nak tolong google untuk dia sesiap tadi. 

Dia dapat cari dan tunjuk minyak canola... teruslah aku ambik. Yelah kena hati-hati, takut terbeli minyak yang ada "si sondol muka bulat" tak ke naya namanya😆


Family Mart

Suasana dalam kedai

Selesai membeli. Perjalanan ke Asahiyama melalui highway lancar aje nampaknya. Walaupun kekadang jalan tak berapa clear sebab dilitupi salji, follow aje kereta kat depan (andaian aku orang Jepun lebih berpengalaman memandu jadi ikut depa selamat. Kampung depa lah katakan). Speed dalam 80km/j sudah memadai. Harga tol dari Sapporo ke Asahiyama adalah RM131.00. Agak mahal jugak untuk jarak 155km berbanding di Malaysia. Seronok Pak Menteri kalau boleh banding-bandingkan harga macam ni😁. Nasib baik lepas ni hampir kesemua perjalanan menggunakan jalan biasa aje. 

Cantiknya view sepanjang perjalanan terutama pokok-pokok pine yang dipenuhi salji. Walaupun semuanya putih saujana mata memandang tapi bila tengok dengan mata kepala sendiri kagum dan best pulak rasa. Suasana baru bagi aku dan family.



Suasana highway



Tukar driver. Mengantuklah aku bawak sejuk-sejuk macam ni... nasib baik Nabila boleh jadi driver ganti... lega



Singgah sebentar solat jamak taqdim di R&R depa bila dah masuk waktu. Nampaknya Jepun ni perangai depa tak sama macam mat saleh. Perangai Asia tetap ada... hahhahahah.  Depa suka tengok orang dan ambik tahu. Semua yang lalu punyalah tengok masa tengah solat tu. 


Fuhhhh... kagum aku dengan suasana mewah tandas kat R&R ni. Lagi best semua tandas kat Jepun ada bidet dan kebanyakannya ada auto pemanas kat lapik duduk tu tambah selesa la rasa. Tak perlu bawak botol mineral bagai macam negeri mat saleh. Di situ kelebihannya.


Cucilah kereta kita sikit ye nak... malu pulak bapak rasa bila pandang kereta sebelah tu bersih aje takde salji langsung

Dekat nak sampai dah ni



Sampai... depan entrance Asahiyama Zoo


Parking

Kena turun tangga yang banyak ni... alamak balik pun mesti sama punya






Comel la binatang ni. Macam kucing pun ada. Dia tulis rakun 

Asahiyama Zoo ni penghuninya bukan binatang biasa tetapi binatang yang mampu hidup di musim sejuk misalnya penguin, seal, beruang kutub, rusa, tupai, serigala dan lain-lain. Seronok menghabiskan masa di sini cuma suasana sangat sejuk dan salji asyik turun aje. Tiket masuknya 820 Yen/person


 Tudia salji punya turun 


Comel beruang kutub niKalo perhati lama sikit boleh perasan yang beruang ni berpusing-pusing laluan yang sama tanpa henti. Agaknya dilatih begitu. Kesian la pulak




Seal


Ada satu tempat berteduh kat sini, kami pun singgah sebentar untuk makan bekalan makanan. Terjumpa satu keluarga Melayu. Bertegur sapa kejap.

Acara paling dinanti oleh semua pengunjung mestilah Penguin Parade yang glamer. Ramai betul yang menanti show 2 pm ni sampai nak dapat ruang pun susah. Dah la salji turun lebat masa tu, lenguh aku berdiri. Meriah nampaknya Parade ni. Seronok semua orang tengok gelagat penguin yang comel ni.

Penguin ... superstar tempat ni

Depa ni gigih beratur dari awai lagi... dapatla bumbung

Geng takde bumbung ni sah sah la kena salji, kalau dibiarkan penuh la atas topi dan baju semua. Aku ni tak berapa minat pakai topi lama lama, tapi kalau tak pakai nanti salji jatuh atas bulu mata pulak... nanges pokcik


Penguin Parade





Makin lama makin lebat pulak salji turun masa nak balik ni. Jauh betul aku rasa perjalanan nak ke kereta tu. Udah rasa macam kat kutub utara, macam dalam National Geographic teman rase ni ha. 

Dah- dah le tu anak isteri... bapak dah ketaq ni, moh ler balik

Patutle teman rase sejuk benor... -6°C ghopenye

Selesai semua terus bertolak ke Asahikawa menuju ke hotel yang telah aku tempah ni iaitu Court Hotel Asahikawa. Check in confirmlah mudah tak perlu key code bagai. Hotel ni memang best dan mewah. View kat luar pun nampak menarik. Rental hotel ni RM 489. 

  View luar dari tingkap

Bilik air di tingkat bawah pun ada... selesa sungguh
Bilik air atas yang agak canggih

Ini katil di tingkat atas... semua orang tidur sini, katil kat tingkat bawah tu dibiarkan kosong 

Bukit salji sebelah kereta

Hotel ada menyediakan dapur dan microwave tapi aku syak ni sekadar ikut syarat saja sebab peralatan memasak tak ada. 

Untuk makan malam ni tak jadi masalah la sebab bekal siang tadi tak usik langsung. Banyak kali jadi camni, sampai bilik baru rasa lapo. Bila nak mkan, panaskan aje. Hari ni ada bihun goreng serta nasi putih dan ayam kunyit. 

Dan malam ini juga kali pertama kami mencuba Pek Kembara Nasi Pilaf Rendang. Rasanya biasa je, kira bolehlah.

Esok nak ke Biei dan  Furano pulak.

No comments: