Sunday, July 21, 2019

Hokkaido Road Trip : Day 7

18 Feb 2019

Lake Toya - Muroran - Hell Valley - Chitose

Bangun pagi aje terbentang di depan mata view  Lake Toya yang indah. Itu belum matahari terbit lagi... pasti bertambah indah. 


Lepas berkemas barang semua kami pun check out, menuju mana lagi... kalau bukan tepian Lake Toya. 

View lepas subuh

Sarapan

Gigih anak lelaki aku beli tepung dan potato chips nak buat ayam rangup ni

Depan homestay

Rumah berhampiran

Tidak salah jangkaan aku bila matahari pagi muncul keindahan tasik ini memang semakin terserlah. Seronoknya melepak-lepak dan menghabiskan masa di sini. Keindahannya mengingatkan kami suasana tasik-tasik di New Zealand destinasi kegemaran semua.

Sayang aje nak tinggalkan Lake Toya ni. Best macamanapun kena sambung perjalanan jugak sebab esok dah nak terbang ke Osaka pulak. 

Breathtaking view




Enjoy betul lepak tempat ni

Mentang la salji ni ringan... habih hati depa dok main tiup tiup 





Cadang nak teruskan aje perjalanan tanpa singgah lagi, sekali terserempak spot Lake Toya yang lebih indah di sebelah hujungnya. Singgah lagilah jawabnya. 

Bahagian tanjungnya memang luarbiasa cantik. Nampaknya kena ambik gambar lagi banyak ni baru puas hati. 

Pokok-pokok yang buat suasana tambah menarik






Depa ni kalau berhenti semedang terlajak lama 

Perjalanan disambung menuju ke Muroran. Lawa pulak view ketika melintasi Hakucho Bridge. Rasa nak berhenti aje kat atas jambatan ni menikmati view tapi tak bolehlah, mana ada tempat singgah kat atas jambatan 😅

Sungai ni pun cun jugak

Hakucho Bridge


Next ke area tebing tinggi tepian laut Muroran - Tokkarisho Lookout. Cantik tempatnya tapi hazab jugakla kejap pasal jalan berbukit dan ada salji tebal. Apapun selamat aje sampai ke tempat ni.


Cantik jugak Tokkarisho Lookout ni




Sambung lagi perjalanan ke Noboribetsu (Hell Valley) yang terkenal dengan geyser ni. Biasa aje tempat ni bagi aku. Teringin jugak nak ke Lake Shikotsu lepas tempat ni tapi  apa boleh buat tak cukup masa nampaknya. Tamak kot padahal baru aje lawat Lake Toya 😁

Takpelah lain  kali kalau mai Hokkaido lagi tempat pertama aku nak tuju Lake Shikotsu ni lah.Tapi Lake Toya pun aku nak repeat jugak.  Dua malam terus... heheh

Hell Valley




Habis aje Hell Valley terus menuju ke penginapan terakhir di Hokkaido ini iaitu Hotel  Best Western Plus Chitose. Hotel ni tak jauh dari airport atau Orix Car rental, jadi mudahlah nak memulangkan kereta dan amik next flight ke Osaka.

Luas dan selesa betul hotelnya untuk berehat-rehat maklumlah semua orang sudah letih setelah mengharungi 7 hari di Hokkaido ini. Sewanya agak mahal RM613... dekat airport lah katakan. 


Baju tidur pun disediakan

Malam terakhir di Hokkaido. Aku tak tau la pi jalan mana pun asyik rasa tak cukup memanjang. Sebab sekarang masih awal tahun  jadi cuti aku belum banyak lagi itupun dah carry forward dari tahun lepas punya.

Lepas ni rasanya macam lagi sukar nak bercuti lama sebab nak kena matching cuti anak anak pulak. Depa dedua dah kat IPTA. Musim di negara orang pun nak ambik kira jugak. Huhuu.

Laluan sepanjang 7 hari di Hokkaido

6 comments:

Family of Travelers said...

Salam bang. Asahiyama Zoo tu berbaloi tak pergi? Tengah dilemma nak pegi situ or Noboribetsu Marine Park? mohon share kalau2 abg pernah baca review or blog

am said...

Waalaikumusalam,
Saya pergi dengan anak2, depa nampak enjoy tempat tu. Bagi kami berbaloi la, lagi satu sebab route saya melalui Biei dan terus Furano, jadi dalam laluan la. Noboribetsu Marine Park tu saya tengok ada macam2 jugak.So keputusan banyak bergantung pada route yang u nak guna.

aesyah said...

Salam bang, sepanjang drive di Hokkaido ade pakai snow chain ke? and kene ade international license x?

am said...

Waalaikumusalam, kereta ni x guna snow chain, dia guna snow tyre. Snow tyre termasuk dalam pekej. IDP memang wajib masa nk hire.

aep said...

slm..boleh bagitau website mna nak booking homestay kat Lake Toya tu..Thanks

am said...

Waalaikumusalam, Homestay ni saya book dari AirBnB. Cari yang title dia mcm ni : Lake Toya, Lake view, 1 min. walk to lake, Great!!