Saturday, October 29, 2022

Pakistan Road Trip - Day 5

23 Sept 2022

Skardu - Gilgit - Gahkuch

Perjalanan hari ini kira-kira 280km. Hari yang cerah dan ceria. Sepanjang di Pakistan ini, cuaca sentiasa baik walaupun autumn biasanya dikaitkan dengan musim hujan. Alhamdulillah rezeki. 

Berfoto dengan owner Mr Tanveer sebelum bertolak

Sempat petik epal dan aprikot sebelum bertolak

Checkout dari Rafsal Inn dalam pukul 8 pagi.  Kami melalui Alamdar Road dalam 10 minit dan seterusnya bersambung ke S-1 highway sekali lagi untuk ke Gahkuch. Ikutkan map perjalanan harini mengambil masa dalam 6 jam tapi macam biasalah akan lambat 3, 4 jam jugak nanti.

Ni mercu tanda Skardu lah agaknya


Bye-bye Skardu

Sebelum ke Gilgit masuk sebentar ke arah Lower Katchura Lake sebab semalam tak sempat. Akan tetapi memang tak ada rezekilah, tempat ni belum bukak lagi, jadi kami buat keputusan tak payah tunggu lagilah, sambung aje perjalanan.




Tak nampak ngeri sangat tapi sebenarnya jurang ni sangat dalam. Kalau kat Malaysia dah ramai pemandu mabuk terjun dalam ni


Dalam 2 jam lebih perjalanan lancar aje, sehinggalah sampai ke satu tempat. Ada tanah runtuh agaknya, pekerja sedang mengalih batu-batu dengan jentera. Dekat setengah jam semua orang sangkut kat sini. Ada yang bawak keluar teko, nak lepak-lepak bancuh teh sama kawan-kawan le gamaknya.

Ni lah tempat berhenti semasa menunggu tanah runtuh kat depan sana selesai dialihkan





Pos pemeriksaan polis... kena tunjuk passport dan visa. Nak masuk Skardu kelmarin takde polis pulak

Sampai di Gilgit

Seronok aku dapat tengok snow capped mountain lagi

Habis S-1 highway tadi kami sambung ke Karakoram highway sebelum memasuki ke Gilgit Road pula. Tengahari sampai di Gilgit. Kami meninjau-ninjau kalau ada kedai makan yang sesuai untuk makan. Terjumpalah satu restoran, terus aku singgah.

Ada banyak tempat kosong dalam restoran ni. Apalagi terus lah aku order 2 pinggan nasi biriyani. Dah sedia maklum 2 pinggan pun belum tentu kami berempat mampu menghabiskannya, sini kan style portion besar. Sementara tunggu nasi siap, depa bertiga ke sebelah sana membeli ayam panggang katanya.

Singgah makan nasi biriyani kat kedai ni. Style ayam campur nasi tak ada kuah macam kebiasaan kat Malaysia

Nabila tanya chicken... dia jawab yes. Ingatkan ayam panggang macam di Jaglot haritu, rupanya sini pedal ayam panggang, betullah tu chicken jugak hehe. Adeh nak kena belajar bahasa Urdu ni

Lepas makan tadi, perjalanan disambung lagi. Kali ini menuju ke Gahkuch. Wah, laluan kali ini memang indah betul. Sungai-sungai yang turquoise, gunung-ganang yang tersusun indah memang menakjubkan. Suasana kiri kanan penuh dengan tempat-tempat yang kalau asyik nak menyinggah aje, alamat tak sampailah.

Singgah beli aiskim... pantang betul Nabila kalau nampak aiskrim 


 Tu dia sungai turquoise sudah mari

Masa terhad ke apa ke, kami singgah jugak bila jumpa spot yang landai dan menarik. Salah satunya sempat kami solat jamak dan naikkan drone. Tempat ni memang betul-betul mantap dia punya view. Kalaulah boleh melepak lebih lama mesti lagi best. Gamaknya inilah sebabnya ada orang pergi sesebuah negara tu berulang kali sebab ada tempat-tempat yang rasa tak puas enjoy le kot.

Singgah kejap tempat ni dan naikkan drone

Drone view. Melepak tempat ni memang best. Tu belum lagi ada mee goreng ke alamat lagi lama lah


Nora sedang mengendalikan drone. Aku tukang tengok aje. Ni semua tugas depa... hehe





Area ni jenuh tengok sungai turquoise sepanjang perjalanan. Belum area Gupis dan Yassin lagilah kuat warna turquoise dia


On the way selalu aje nampak orang jual buah-buahan. Takkan nak tengok aje, jadi aku singgah salah satu tempat yang nampak meriah. Memang murahlah buah-buahan ni semua, rasanya epal dan anggur ni tanaman orang tempatan. Sedap dan fresh betul. Epal besar dan rangup ni 4 biji baru RM3.

Kami pilih yang tak packing tu sebab nak beli sikit-sikit je... tapi aku syak tu epal jenis lain  

Dah beli epal kenalah beli anggur kecik terlajak manis ni sama baru lengkap... sebelah tu tomato

Sini selalu ada aliran air jernih tepi-tepi jalan macam dekat anggur ni... aku tengok customer dok basuh anggur-anggur yang depa beli dengan air tu. Aku yakin bersih je air ni semua



Tak jemu tengok sungai-sungai macam ni

Singgah pulak dekat satu spot "I Love Ghizer" dah dekat benar dengan pekan Gahkuch. Seronok menikmati sunset dalam suasana macam ni. Plan asal nak tidur di Goho Hotel Lake Khalti. Tak sempat nampaknya jadi terus kami decide cari aje hotel kat Gahkuch ni.


Ni dah dekat nak sampai pekan Gahkuch

Sekali lagi off season macam ni memang mudah aje nak dapat hotel. Hotel penginapan untuk malam ni adalah Brushaal Palace. Kat bawahnya ada restoran. Lagi lah senang nak order makan malam. Rate dia RM120. Dia bagi 1 bilik deluxe dan 1 bilik triple. Selesa jugak tempatnya. 

Hotel penginapan sekeluarga Brushaal Palace

Bilik deluxe

Bilik triple ni katil king dan katil single

Suasana malam dari balkoni

Friendly betul dua lelaki dalam restoran Brushaal Palace ni. Salah sorangnya guru. Macam-macam depa sembang dan interview Haikal 

Untuk malam ni order makan dari hotel. Menu roti prata dan kari ayam. Roti ni kalau kena kuah macam  ni memanglah sedap. Tapi sebelum ni mungkin sebab order tu waktu pagi jadi memang depa tak sediakan kari lagi, hanya kuah kacang je ada.


Apapun alhamdulillah untuk perjalanan yang selamat hari ini. Tidur dulu, selamat malam Gahkuch-kuch Hota Hai.

No comments: